Wednesday, August 27, 2014

In my mind.

Should I?
Could I?
Should you?
Could You?

Tuesday, August 26, 2014

Not too young and not too old to crack a joke.

But now, I am serious.

Ooo hello blog,


Half Che Wina, CP and Perempuan Garang Lemah Lembut.

Selamat pagi. Yesterday, I am 34. Dah tua dah. I do get wishes and doa from my loved ones (hey, I am not alone ok), and for that, THANK YOU darls.

As always, I am not a fan of Husband Wife You Liked Me, I Liked You or posting on each other timelines how much we love each other in Facebook which can be read by others sebab kami pemalu (ececeh). That is so not US. In fact, I rarely likes his post or what he shares. But recently, something happened and we changed our mind.

So, I just want to let YOU know that I enjoyed the movie, it was fun though ada sikit sikit aksi roller coaster yang mendebarkan, but overall I really want YOU to STOP.  Its not the type of movie that I wanted to watch twice. Thank you.

Thursday, August 21, 2014

Mari Berkemas Baju.

Ok. Seven more days . Heee. InshaAllah. Can't wait to see my one year apart twin and her entourage, my sissy, my brother and IKEA. Thank you Sayang for bringing us along with you.

But no. I am  not going to kacau him or whatsoever sebab it is actually his work that brings us all there. So, I'll be staying at sissy's house without him. T_T. Takpalah. Better than stay at home, here, waiting for him to come back plus the 8 hours journey. Blerghh. Muntah hijo.

Ok. Sekian. Entry pendek saja. Baby dah bangun.

Wednesday, August 20, 2014

Periuk nasik letrik.

Selalu kalau ke kedai elektrik, yang terpaling excited ialah Che Wani. Barang yang dia paling suka tengok ialah vacum dan periuk nasik. Alahai anak. Bila tengok periuk nasi microcomputer, mulalah dia.' Fuiyooo mummy'. 'Hebatlah mummy periuk nasik ni'. Dan ayat pelengkap yang paling best ialah 'beli satu mummy'. Banyaknya duit mummy kan.

Hai anak. Emak kamu ni menanak nasik atas dapur gas saja. Emak kamu ni kurang rajin nak membasuh periuk nasi yang ada pelbagai bahagian nak basuh. Senang kata, emak kamu ni pemalas sibuk. Kalaulah aku habiskan 5 minit untuk membasuh pelbagai parts periuk nasik elektrik, bukankah itu satu kerugian masa yang tidak boleh di maafkan. Dengan 5 minit aku boleh bertapa dalam toilet dengan tenang. Dengan 5 minit itu aku dapat bancuh air Stevia Tropika segelas  duduk di meja sambil layan baca komik Upin Ipin kepunyaan Aiman barang sehelai dua mukasurat. Dengan 5 minit aku dapat Tidur Kilat. Dengan 5 minit itu aku dapat Take 5. Hahahaha.

Sebenarnya ada ja periuk nasik karan kat rumah aku ni. Kang kata takda kata menipu pulak kan. Tapi anak aku tak kenal sebab bentuk dia memang comel macam aku. Che Wani ingat itu Bread Maker. Kahkahkah. Dan ya, aku memang suka masak nasik atas dapur gas walaupun dah beberapa kali merasa nasi rentung dan hangit sebab bila aku masak nasik macam tu, aku akan teringat mak aku. Itu saja. Sekian.

Monday, August 18, 2014

A blessing in disguise.

Lately, there has been a topsy turvy in my life. Nahhh. Nothing to worry about. Just like cooking. You need to add this and that spices to make a good dish. It makes me realized that I will never see the things I used to see in the same way again. And yes, lesson learnt. Though I learn it the hard way, I have to say that it makes me stronger and I am thankful for that.

Thank you Allah. Thank you for this experience.

WE NEED EACH OTHER.

Selalu kita rasa kita dah beri dan buat yang terbaik untuk orang disekeliling kita. Tapi, dalam dok merasakan macam tu, kita jadi semakin lalai dan terlupa. Kita anggap sesuatu benda atau perkara tu terlalu remeh nak dibuat atau kalau dibuat pun, takkan ada impact pun dalam hidup ni. Sebenarnya ada.


Dalam pada kita asyik nak fikirkan pasal perasaaan kita yang dah terguris atau terluka sebab sesuatu, kita terlepas pandang dari mana semua ni bermula. Kita asyik tuding jari sana sini menyalahkan orang lain. Kita terlupa nak nilai diri kita. Di mana kita.

 

Akan sampai satu tahap di mana kita rasa putus asa dan sudah tak nak ambil peduli tentang apa apa pun dalam hidup ini selain dari melayan rasa sedih yang melampau sambil makan Pringles tiga empat kotak sehari atas sofa sambil tengok tv dan berselang seli dengan menangis meratap hiba. Apa ni?



Jangan. Hidup kita ni bukan tentang kita seorang sahaja. Lihat sekeliling. Pandang ke dalam dalam mata orang orang yang kita sayang. Ya. Langit tak selalu cerah. Pun jugak langit tak sentiasa mendung. Hujan akan tetap turun jika Allah kata turun. Kita cuma kena cari tempat berlindung yang selamat untuk diri sendiri dan jugak yang tersayang.



Yang penting kita bersama sama. Saling melindungi satu sama lain. Saling melengkapi sesama kita.                                                                                                         

Sunday, August 17, 2014

Kedai Nasi Kandar di Tanah Merah, Kelantan.

Seronok. Hujung minggu lalu sangat seronok. CP tak kerja. Heee. Dapat menikmati masakan mamak yang betul betul mamak style di Tanah Merah, Kelantan untuk pertama kalinya di Kedai Makan Yaseen. Alhamdulillah. Kedai dia betui betui sebelah Bangunan JKR Tanah Merah dan berhadapan SMK Tanah Merah 1. Baru bukak dua minggu habaq hang. Last aku ngan Cp makan nasi kandaq ialah masa balik raya kat Aloq Setaq haritu. Ulang alik sakanlah kami hari Jumaat dan Sabtu kelmarin .Nikmat dunia. Terima kasih CP. Ailebiu. Heeeeee.

Dulu masa duduk di Aloq Setaq, setiap hujung minggu hari Sabtu dan Ahad memang ditunggu tunggulah. CP cuti. Seronok seronok. Makanan dalam kepala dah tak pikiaq hat lain dah. Roti canai Nasi kandar. Hat tu ja. Boleh keluar berdating berdua lagi. Anak anak boleh tinggai bagi bermain sat dengan makcik, wan, tok dan nenek. Hahahahaha. Sekarang, kat sini kalau sekali keluar breakfast, nah amik kau. Penuh satu MPV. Bawaklah semua anak anak dari hat kecik sampai hat baby. Takkan aku nak tinggai pulak di rumah. Merepek hang ni.

Ok. Enough said pasai Nasik Kandaq. Saja nak update pasai Kedai Nasi Kandaq saja. My chores are waiting. Clothes in the laundry basket dah melimpah limpah everywhere on the floor near my gigantic washing machine. So, you think that 16 kg load is enough for a family of seven? Then, think again because that clothes were yesterday punya saja. Satu hari tak mendobi, kain baju dah jadi seumpama gunung berapi meletus di dalam rumah. Help! I need help!

Wednesday, August 13, 2014

I am not lazy. I am just too tired.

Yesterday, me and CP had the chance to talk about everything without being disturbed by our 4 little soldiers. Hahaha. We let them watch whatever channel they want. When I came out, all four of them were sleeping like it has been a tornado there. Gila semak rumah. Hmmmm.

Back to me and CP. We were reminiscing our memories when we were YOUNG AND but not DANGEROUS. I realized that we used to do things TOGETHER. Paused.

2002

Haih. Where has all my energy gone?

Tuesday, August 12, 2014

My best Friend.

Hello blog,
How are you? Me? Oh, I am not feeling well and I am not feeling good. Oh, no no no no. I do not have any issues. I am just a little bit tired. But I have had enough. Trying to rationalize something that is not rational at all is a freaking wasting time. No, I am not wasting time on it. My chores are way more important than that.

Yes. I am a Stay At Home Mom and I am NOT a Work At Home Mom or a Working Mom. But please remember this. I AM NOT STUPID. Making mistakes, realizing it and trying hard not to  make the same mistakes again is a good thing to do. Everybody makes mistake. I do. We all do. Its OK. Its OK. As long as there is a willingness to change, its OK. Its OK. Forgive and forget doesn't make you weak, it makes you strong. That mean your heart is strong. I hope and I wish that my heart is a Super Heart.

Kadang kadang bila tersesat jalan, kita boleh cari sendiri dan jumpa jalan pulang. But sometimes, you need a friend that will pull you through all the way and get you on the right track. Kawan yang baik le. Bukan kawan yang ajak pi buat maksiat.

So to you dear friend, I love you. You are my friend. My best friend. The only best friend that I have ever had. But now, I am lost.

Only time will heal. Only time will tell.
.LA TAHZAN, INNALAHA MA'ANA.
HASBUNALLAH WA NI'MAL WAKIL.

Wednesday, August 6, 2014

My countless wrinkles journey.

Hello blog,
Its cloudy outside. Kakak baby dan baby are still sleeping. Luckily Cp left his broadband today. Looking back, I hardly cannot believed that 11 years have passed since the day we got married.Our kids, my oh my have already grown up. Che Wani just got taller and taller everyday and she is just a few inches from me when we stand together. She got that from Cp. Haha. Shes now entering 'fasa remaja'. Hope me and Cp are ready with all the answers that she needs.

Che Wina is always the sweetest. She certainly knows how, when and what to speak with everybody. Suka sangat membaca sampai buat apa pun mesti ada buku. She knows what she wants and i know that shes a very determined person.

Abang Aiman. Sangat particulars and cerewet mewet when it comes to his hair. No rambut pacak. Rambut mesti sikat rapi. Boleh mengamuk dan menangis hanya sebab  rambut. Suka kemas. Tak payah bagitahu suruh kemas katil sebelum ke sekolah pun. All I can say is that he is so organized. Ikut siapa ntah. Hehehehe.

Cik Syafiyah the Kakak Baby. Suka bercakap potpet potpet dan mengajuk semua orang dalam rumah. Tapi nahas kalau cuba ajuk dia balik. A bit grumpy just like ehem ehem, no no no not me.

The youngest, Baby Amin. I dont know yet how he will be, how he'll behave, what does he likes or didnt like. Tengoklah nanti. Lima orang anak. pasti ada lebih dari lima ragam dan kerenah. 

My dear Cp,
Alhamdulillah, I never thought we have come this far despite of all the challenges and turbulence along the way. I never dream of being a stay at home when we got hitched, I thought I was born to be a successful (sangatlah) career women. I never thought that we will have 5 lovely kids although long long time ago we used to say that ideal is 3. All my dreams changed its direction when I am with you.
I never thought that i can love you like this. I never thought I will but you did it. Errr, whats your secret? Hahahaha.

 P/s: Bulan birthday ni. Tu pasai suka flashback. It reminds me of how far I have come and how time flies. I hope I am getting wiser as much as the countless wrinkles I have on my face. Hahahah.

Sunday, August 3, 2014

Selamat Hari Raya, 2014.

Dear blog,
Sudah lama tak update apa apa kat engkau. Tak. Aku tak rindu kau pun. Alhamdulillah, selesai sudah proses kitaran aku sebagai emak orang. Hari tu mengandung, kemudian beranak dan selesai berpantang. Muhammad Syakir Amin. InshaAllah, moga jadi anak yang soleh dan Hamba Allah yang bertaqwa.

Ok. Raya 2014. Berpeluang balik kampung yahoo! yahoo! yahoo! Dapat berkumpul dan bertanya khabar secara berseMuka. MukaBuku sudah tidak perlu buat masa itu. Alhamdulillah. Seronok sangat tapi tak sempat nak menziarahi dan beraya rumah kawan kawan terutamanya Cik W di BLM. Tak dan nak call hang pun. Kalut. Nanti aku call hang na Cik W.

Berpeluang berbual secara serius dengan adik adik, Sob dan Tiah berkenaan hal mendirikan masjid. Selalu kalau bersembang adik beradik mesti benda merepek repek yang keluar. Hehee. Bagi aku, apa apa hubungan, kalau ada isu dalam hal berkenaan TRUST and COMMUNICATION, believe me, it is not going to work.

You cannot rely on LOVE 100 %. Kasih dan sayang tumbuh cepat bagai cendawan dan dalam masa yang sama mudah hilang. Betui. Tak muhong habaq hang. Kepercayaan perlu dibina dan ia tak datang macam Ting! oh magicnya dalam sehari dua. Ia macam satu tembok atau asas yang penting dalam sesuatu ikatan. Sekali tembok runtuh, memanglah kau boleh bina  semula tapi dah tentulah makan masa. Fixing a BROKEN HEART is hell more difficult than nurturing it. Jadi berterus teranglah dengan pasangan masing masing untuk mengelakkan prasangka. Kadang kadang kenyataan memang pahit, tapi bukankah itu lebih baik dari menipu atau main HIDE and SEEK. I hate hide and seek game since I was a child. Freaky.

KOMUNIKASI. Paling asas. Kau nak berniaga pun skill ni paling utama. Memang tidak masuk akal langsung kalau bila duduk berdua dalam apa apa keaadaan, masing masing mendiamkan diri tanpa berkata sepatah pun. Thats insane. Even orang yang bisu pun boleh communicate bila bersama menggunakan bahasa isyarat, inikan pulak kita yang Allah bagi peluang untuk bercakap secara normal. Mudah untuk berbincang jugak salah satu benda penting dalam komunikasi. Fikir fikirkanlah. Tak mau fikir, pi tidoq.

Untuk buat sesuatu hubungan itu berkekalan (dengan izin Allah), both husband and wife kenalah bekerjasama. Paling penting, jaga ADAB dan PERGAULAN dengan orang lain di luar sana dan juga di LAMAN LAMAN SOSIAL macam YM, WHATSAPP dan FACEBOOK. You will never know HOW and WHEN the technology will consume part of your life and your marriage. You will only when it is to late to go back. Ada hati perlu dijaga. Ada batas batas tertentu yang kita kena jaga bila dah bergelar suami atau isteri orang. Takpa aih, suami atau isteri tak nampak pun. Haish, Allah ada. Isteri kena pelihara maruah dan airmuka suami. Suami pun patut buat benda yang sama. InshaAllah.

Bila berkahwin, kita bukan saja mendapat pasangan hidup. Kita dapat banyak. Kita dapat teman yang boleh jadi tempat kita mengadu apa apa saja masalah. Kita dapat bina keluarga. Kita dapat kawan yang dapat menegur segala kekurangan yang ada dalam diri kita. Kita dapat teman untuk makan, teman sekatil, teman sekereta, teman serumah dan segala jenis teman lah. Sebut saja. Bukankah kita patut bersyukur dan berterima kasih pada Allah sebab bagi pasangan multipurpose untuk kita. ALL IN habaq hang. Tapi kalau teman buat maksiat tak payahlah noo.

Baiklah. Dua bayi kecil sudah bernyanyi secara serentak. I'm coming! I'm coming!

Ini bukan berleter, ini nasihat habaq hang.