Sunday, August 17, 2014

Kedai Nasi Kandar di Tanah Merah, Kelantan.

Seronok. Hujung minggu lalu sangat seronok. CP tak kerja. Heee. Dapat menikmati masakan mamak yang betul betul mamak style di Tanah Merah, Kelantan untuk pertama kalinya di Kedai Makan Yaseen. Alhamdulillah. Kedai dia betui betui sebelah Bangunan JKR Tanah Merah dan berhadapan SMK Tanah Merah 1. Baru bukak dua minggu habaq hang. Last aku ngan Cp makan nasi kandaq ialah masa balik raya kat Aloq Setaq haritu. Ulang alik sakanlah kami hari Jumaat dan Sabtu kelmarin .Nikmat dunia. Terima kasih CP. Ailebiu. Heeeeee.

Dulu masa duduk di Aloq Setaq, setiap hujung minggu hari Sabtu dan Ahad memang ditunggu tunggulah. CP cuti. Seronok seronok. Makanan dalam kepala dah tak pikiaq hat lain dah. Roti canai Nasi kandar. Hat tu ja. Boleh keluar berdating berdua lagi. Anak anak boleh tinggai bagi bermain sat dengan makcik, wan, tok dan nenek. Hahahahaha. Sekarang, kat sini kalau sekali keluar breakfast, nah amik kau. Penuh satu MPV. Bawaklah semua anak anak dari hat kecik sampai hat baby. Takkan aku nak tinggai pulak di rumah. Merepek hang ni.

Ok. Enough said pasai Nasik Kandaq. Saja nak update pasai Kedai Nasi Kandaq saja. My chores are waiting. Clothes in the laundry basket dah melimpah limpah everywhere on the floor near my gigantic washing machine. So, you think that 16 kg load is enough for a family of seven? Then, think again because that clothes were yesterday punya saja. Satu hari tak mendobi, kain baju dah jadi seumpama gunung berapi meletus di dalam rumah. Help! I need help!

No comments:

Post a Comment