Selalu kalau ke kedai elektrik, yang terpaling excited ialah Che Wani. Barang yang dia paling suka tengok ialah vacum dan periuk nasik. Alahai anak. Bila tengok periuk nasi microcomputer, mulalah dia.'
Fuiyooo mummy'. 'Hebatlah mummy periuk nasik ni'. Dan ayat pelengkap yang paling best ialah
'beli satu mummy'. Banyaknya duit mummy kan.
Hai anak. Emak kamu ni menanak nasik atas dapur gas saja. Emak kamu ni kurang rajin nak membasuh periuk nasi yang ada pelbagai bahagian nak basuh. Senang kata, emak kamu ni
pemalas sibuk. Kalaulah aku habiskan 5 minit untuk membasuh pelbagai parts periuk nasik elektrik, bukankah itu satu kerugian masa yang tidak boleh di maafkan. Dengan 5 minit aku boleh bertapa dalam toilet dengan tenang. Dengan 5 minit itu aku dapat bancuh air Stevia Tropika segelas duduk di meja sambil layan baca komik Upin Ipin kepunyaan Aiman barang sehelai dua mukasurat. Dengan 5 minit aku dapat Tidur Kilat. Dengan 5 minit itu aku dapat Take 5. Hahahaha.
Sebenarnya ada ja periuk nasik karan kat rumah aku ni. Kang kata takda kata menipu pulak kan. Tapi anak aku tak kenal sebab bentuk dia memang comel macam aku. Che Wani ingat itu Bread Maker. Kahkahkah. Dan ya, aku memang suka masak nasik atas dapur gas walaupun dah beberapa kali merasa nasi rentung dan hangit sebab bila aku masak nasik macam tu, aku akan teringat mak aku. Itu saja. Sekian.
No comments:
Post a Comment