Tuesday, September 30, 2014

Angan angan.

Melipat kain yang setinggi gunung. Perlukan kesabaran tahap tertinggi. Sesekali anak anak datang berlari lari sambil menyanyi di atas kain baju yang sudah terlipat rapi,terbeliak biji mata aku. Whattt? Kalau aku bebel pun aku kena lipat balik, kalau tak bebel pun aku kena lipat balik jugak. Menjerit tak payah kira. Berkali kali dah aku rasa anak tekak aku hampir tercabut. Sekejap lagi mungkin aku akan guna teknik enjit enjit semut.

Kelam kabut melipat baju sebab nak balik kampung. Yeehu. Raya Haji kan minggu depan. Mempacking baju ala kadar. Walau naik MPV, ruang tetap satu masalah. Dua bijik child car seat. Hmmm. Memang ngam ngam lah nampak gayanya. Selalu kerusi belakang sekali boleh lipat jatuh terus. Bolehlah aku berlagak bagai orang kaya dengan bagasi yang banyak. Tapi kali ini, nehi. Tidak boleh.Urusan mendobi tetap berjalan walau dimana aku berada. T_____T

Dah set nak bertemujanji dengan CP di Nasi Royale. Berdua? Oh, mungkin macam dalam angan angan. Mimpilah aku. Amin, Cik Syafiyah dah pasti turut serta. Kita berdating dalam rumah lah Sayangku CP. Heeeeeeee.

Sekian.

Yakin pada Allah.

Penat? Ya. Putus asa? Sedikit lagi. Sedih? Tidak lagi. Kecewa? Hanya Allah yang tahu. Beberapa kali jatuh, beberapa kali bangun semula. Apa yang ada? Rasa pedih dan terkilan. Rasa sakit dan pahit. Sungguh, kalau dapat dihitung, memang rasa lelah. Memang aku rasa dah kalah.

Paling penting, walau sesakit mana, sepedih mana pengalaman hidup yang terpaksa dilalui, Allah ada. Jangan putus harapan. Cepat atau lambat, hanya Allah yang tahu. Hanya Allah yang berkuasa ke atas segala galanya. Biarlah orang nak buat apapun. Yang penting, kita tahu Allah ada. Jangan berhenti berdoa. Jangan berhenti berharap pada Allah. Sudah puas usaha, disertai dengan tak putus putus berdoa, puas sudah merintih hiba pada Allah, sekarang serahkan segalanya pada Dia.

Bertenang. Teruskan berdoa. Mencuba untuk tidak berputus asa. Mencuba untuk kali yang keberapa. Entah.

Kesukaran hidup atau pengalaman pahit mungkin susah nak ditelan. Bukan mungkin. Bagi aku memang susah . Seperit manapun perasaan, sesakit mana pun hati, sepedih manapun rasa, yakinlah pasti ada sinar di suatu masa. Yakin pada Allah. InshaAllah, segalanya akan baik baik saja seperti sediakala.





Muhasabah untuk diri yang MudahRebah.


Yang benar:

monecomel
Perempuan  Garang Tapi Dalam Hati Ada Taman.


Sunday, September 14, 2014

Sembang motivasi untuk diri sendiri.

Hati. Tempat tumpuan segala perasaan. Kalau hati macam batu, susah. Semua buat ikut suka hati. Kalau berhati kristal, fragile sangat. Susah pulak nak jaga. Tension. Kalau berhati hati, lebih baik dari bersikap hantam sajalah. Bila makan hati, boleh jadi ubat penawar untuk jadi kurus atau mungkin boleh tertutup pintu hati buat selama lamanya.

Susah bila bercakap bab hati dan perasaan. Terlebih kasar, akan mudah buat orang terasa hati. Baik hati akan mudah buat orang jatuh hati. Heshh. Semua tak leh. Semua susah. So,tak yah buat apa apalah.

Eh, tak tak. Aku bergurau saja.

Dalam menjaga hati sendiri, jangan lupa tengok sekeliling. Kena tahu yang mana priority dan yang mana tidak. Bimbang kalau silap langkah, banyak hati yang akan  terluka semata mata hendak menjaga satu hati sahaja.

Sebagai isteri, emak dan anak, dalam aku nak menjaga hati aku, masih ada hati CP, hati anak anak dan hati orang tua. Mampukah aku?

Bismillah hitawakkaltu'alallah, walahaulawala quwatailla billaah hil 'aliyul'adzim. 

Mode: Pengawalan hati.

Yang Ihklas:

 ...monecomel...
--------------------------
Perempuan Garang Berhati Batu Lembut.

Thursday, September 11, 2014

Sembang muhong: Positive Mone in da house.

Bila api bertemu air, api akan padam. Bila air bertemu air, jadi air pasang. Bila air bertemu batu, laluan terhalang. Macam tu lah perangai manusia. Macam aku dan Cp. Tak tahulah siapa air, siapa api atau siapa tanah. Tapi yang aku pasti, CP memang Raja Bergurau, Raja Mengusik dan Raja Menyakat. Grrrrrrrrrr.

Bertentangan dengan aku. Aku tak reti bergurau. Tak tahu pun nak bezakan antara bergurau atau tidak. Bagi aku, jika kau kata A, maka A lah jawapannya. Takda aku nak tanya kenapa tak B, atau C atau apa apa. Its just me being me. Aku kurang ketawa. Aku takut ketawa. Selalu kalau lepas ketawa banyak banyak mesti menangis. Aku suka tumpukan perhatian. Senang kata, aku sangat sangat suka kalau aku jadi pendengar dari aku terpaksa berhuha huha ketawa sana sini. Aku jenis yang reserved.

Aku bukan anti sosial. Aku biasa berkawan. Biasa jugak berperangai masa zaman senget sebelah dulu. Kadang kadang aku tertanya tanya, macam mana CP boleh tahan dengan aku. Aku sukar berlawak. Tak pandai berlawak pun. Senang kata macam Cp sebut ' No sense of humor'. Ya, aku mengaku. Aku suka serius muka ketat dua puluh empat jam. But...

he said, I am who I am.Tersentuh hati chek aih. Sat, nak teriak sat. T___________T.

Walau aku muka ketat memanjang, he knows how to make me happy. He knows when to make me smile. Aku cakap kat CP yang aku nak tonton Raja Lawak supaya aku dapat few tips and tricks on how to have a bit of sense of humor. But he said tak payah. I do want to make people smile but I dont know how. I am not a jovial person nor that I am bubbly or a born jokester.

Thinking that he accepted me for who I am, i am so thankful for that.

Today : POSITIVE VIBE MODE

Monday, September 8, 2014

I still miss him though he is 5 minutes away from home.

Dear blog,
Pagi hari, sesudah Cp pergi kerja jenuh aku bersilat dalam rumah dengan dua bayi. Merungut? Tak. Aku bercerita. Sebenarnya, seronok sangat bila ada kanak kanak kecil dalam rumah. Aku takdala sunyi. Aku kan suka bercakap non stop. Cuma, masa aku mengandung kat Amin hari tu, aku jadi malas bercakap. Ikut sajalah. Aku cuma nak berbaring saja. Masa pantang pun sama. Aku lebih suka spend masa berbaring atas katil dari berbual terutama sekali dengan CP. Aku malas nak teman dia tengok TV. Aku malas nak melepek kat atas sofa. Semua aku malas. Maaf ya sayang. It wont happen again.

Sekarang, dua bayi masih terlena lagi. Nak ajak CP berbual kang ganggu pulak. Sekejap sekejap bolehlah Telegram dia. Tak pun call barang dua tiga minit tiga empat jam sekali. Ataupun aku sms ja kat dia. Pelik tak? Eh, kenapa pelik pulak. Sukahati akulah nak call dia, message dia bila bila pun. Bukan aku cakap lelama pun. Paling lama aku rasa 3 minit kot. Tu pun dah panaih telinga. Kalo 12 tahun yang lalu, dua jam tu macam dua minit ja. Hehhehheh.

Bila CP balik kerja, itulah masa paling seronok rasanya. Sebab dah 12 jam tak jumpa. I can talk to him and at the same time looking at his face and get to hug him lama lama. Though he is a bit skinny now, he is still my Papa bear. Heeeee. Ok. Now I miss him so much.

Sunday, September 7, 2014

Ikhlaskah aku?

Niat. Sesuatu yang kita boleh lafaz di mulut dan juga di dalam hati. Sesuatu yang kita tanam di dalam diri. Sesuatu yang kita berazam nak buat.

Ikhlas atau tidak, tak dapat nak ketahui. Ia adalah antara kita dengan Allah. Selagi niat atau keinginan itu patuh syariat, tidak melalaikan, tidak mendatangkan kesan yang buruk terhadap seseorang, InshaAllah, hidup akan mudah.

Bersangka baik adalah bagus, berwaspada bukanlah tidak percaya tetapi lebih kepada berjaga jaga. Tidak berlebih lebih atau besederhana dalam melakukan sesuatu perkara, adalah lebih elok dari melampaui batasan. Ya, termasuk bergurau senda secara membabi buta. Maaf, aku bukan anti sosial. Aku cuma  nak ingatkan batas batas aku sebagai seorang mak dan isteri orang. Hati aku diperbuat dari kaca, bukan dari steel atau berlian.

Ingat kembali niat yang asal, Inshaallah, Allah permudahkan.

Wednesday, September 3, 2014

Hotel Sri Gombak, the BEST. Hehehe.

Went to KL last week. Stayed at Sissy Sha's house. Me, Cp and the whole entourage. Penuh satu keta. We started our journey at 8.30 a.m. Konon nak keluaq before 7 am. Kahkahkah. Tak sempat nak breakfast. Went to 7E. Grab beberapa ketul roti Gardenia and a couple of drinks unutk sepanjang jalan. Memula decided to stop at hentian Gua Musang yang dekat balai bomba tu. Terlepas derr. Singgahlah di Raub for brunch. The kids was so excited. Its MB! What the funnn. Anak anak aku memang jakun sikit bila sebut MB. Sebabnya ialah kat MB boleh berswing sambil makan. Oh anak.

Sampai kat Sri Gombak around 4.30 pm.Kacau tuan rumah ja. Berehat jap barang beberapa minit then terus hambat semua anak anak gi mandi. Went to OU. Naik sebijik keta. Boleh bayang tak. Hehehe. Kesian budak budak kat belakang. Its Alya's piano lesson class that day. Makan malam at CJrs. Tamak haloba sungguh aku.  After that, we went to HM. Konon nak survey untuk baju dinner CP this September. Selepas pusing pusing tiga empat kali tawaf dalam tu, sambil bergilir menggendong anak yang tetiba buat perangai, akhirnya CP beli jugak baju yang dia berkenan. Aku telan air liur saja. Dengan askar yang ramai, memang aku malas.

Balik lebih kurang pukul 10 lebih. Then pi ambil pulak Sissy Tiah kat rumah sewa dia. Aku tak tau pun nama tempat tu apa. Penat derr. ZZZZZzzz.

Esok paginya, ke IKEA. Yahoo. Yippee .Left the kids dekat Smaland. Konon nak survey lampu. InshaAllah, ada rezeki nak pasang dekat BB. Tetiba terbeli lampu. Garu kepala aku ngan CP dok pikir macammana nak bawa balik. Hahahaha. We had our lunch at IKEA. Selesai suma, kelam kabut balik sebab CP kena register dah petang tu

Malam tu, Sha and AEdy bawak ke P,SD.  Makan dekat WM.  Had a good time there. How I wish CP was there with us that night.

Next morning, Sissy Sha brought us to L. I am so in love with you, L. The food was good, kami duduk luar sebab senang kalo budak budak nak menjerit tak tentu hala, and once again how I wish CP was there with us.

Malam ke kenduri kahwin saudara di DPC. Suasana kenduri sangat selesa. Jumpa saudara mara ramai jugak. Sempat jugak Makcik bungkus buah buahan untuk kami bawak balik.

Balik ke Sri Gombak. Tunggu CP balik dari conference. Pukoi 2.30 pagi baru sampai. Hmmmm. Esoknya, balik dah ke Tanah Merah. Huhuhuhu....Anyway, Alhamdulillah.  Dapat jugak ke rumah Sissy tahun ni. Banyak nau depa bagi kat aku ngan CP. Sampai bonet belakang dah jadi tak nampak apa. Thank you so much Sha and Aedy. Thank you Tiah sebab sanggup ambik unpaid leave semata mata nak jumpa kakak dan budak budak. I love you all.



Tuesday, September 2, 2014

Bila Perempuan Garang Menulis.

Satu benda yang sangat sangat aku nak elak ialah mencari pasal. Aku tak berminat. Bermain main atau bergurau senda secara berlebihan juga bukan cara aku. Bagi sesetengah orang, mungkin perkara macam ini dah jadi macam lauk pauk dalam hidup, tapi tak bagi aku. Jangan bergurau pelik pelik dengan aku. Aku tak boleh hadam. Sebagai seorang perempuan merangkap seorang isteri dan jugak seorang ibu, bagi aku setiap gurauan ada batasan. Bila aku, kat mana mana pun aku pergi, bukan aku bawa nama keluarga dan nama suami aku saja. Aku bawa maruah, harga diri dan nama baik suami aku bersama sama.

Ini pasal aku rasa memang sesuai aku duduk di rumah berkhidmat untuk suami dan anak anak anak. Sebab apa? Sebab aku dah tak sporting.Ya, aku dah tak berminat. Mungkinkah aku dah berasa tua dan tak sesuai untuk bersenda gurau  macam dulu dulu? Bagi aku, CP dan anak anak adalah tumpuan utama sekarang. Aku malas merepek. Aku jadi serius.

Ya. Aku jadi lebih reserved. Sekarang. Point kat sini bukan aku nak cakap aku baik. Aku cuma nak cakap yang aku dah berubah. Aku bukan baik pun zaman muda remaja dulu. Sekarang pun bukan baik jugak. Banyak yang aku tak peduli. Semua yang aku nak buat, ikut suka hati. Tapi aku tak mau lah anak anak aku jadi macam aku. Makan masa. Memang aku ambik masa yang lama untuk berubah. Sekarang pun proses tu masih berjalan lagi. Ada masa aku terlupa, ada masa aku leka sikit, tapi aku sedang mencuba.

Bagi aku, segala kenangan silam atau  memori ketika zaman kegelapan dulu, lebih baik  buang jauh jauh. Orang Kedah kata lempaq tauk buang. Kenang boleh tapi mestilah disusuli rasa penyesalan. Tak perlu dibangga kalau berbuat maksiat canang satu dunia.

Entry ni aku tulis secara general. Semua adalah dari pandangan dan pendapat peribadi aku. Tiada kena mengena dengan kau, kau atau kau. Yang baik jadi tauladan, yang buruk jadi sempadan.

Sekian. xoxo

..monecomel..

Yang Tak Berapa Nak Ikhlas,
PEREMPUAN GARANG.