Sunday, September 14, 2014

Sembang motivasi untuk diri sendiri.

Hati. Tempat tumpuan segala perasaan. Kalau hati macam batu, susah. Semua buat ikut suka hati. Kalau berhati kristal, fragile sangat. Susah pulak nak jaga. Tension. Kalau berhati hati, lebih baik dari bersikap hantam sajalah. Bila makan hati, boleh jadi ubat penawar untuk jadi kurus atau mungkin boleh tertutup pintu hati buat selama lamanya.

Susah bila bercakap bab hati dan perasaan. Terlebih kasar, akan mudah buat orang terasa hati. Baik hati akan mudah buat orang jatuh hati. Heshh. Semua tak leh. Semua susah. So,tak yah buat apa apalah.

Eh, tak tak. Aku bergurau saja.

Dalam menjaga hati sendiri, jangan lupa tengok sekeliling. Kena tahu yang mana priority dan yang mana tidak. Bimbang kalau silap langkah, banyak hati yang akan  terluka semata mata hendak menjaga satu hati sahaja.

Sebagai isteri, emak dan anak, dalam aku nak menjaga hati aku, masih ada hati CP, hati anak anak dan hati orang tua. Mampukah aku?

Bismillah hitawakkaltu'alallah, walahaulawala quwatailla billaah hil 'aliyul'adzim. 

Mode: Pengawalan hati.

Yang Ihklas:

 ...monecomel...
--------------------------
Perempuan Garang Berhati Batu Lembut.

No comments:

Post a Comment