Sejak kebelakangan ni, isu student terpaksa jual diri untuk tampung pengajian hangat diperkatakan. Habih sampai kedai kopi kat kampung pun sibuk buat discussion sesama peminum kopi. Sebagai seorang Hamba Allah, saya rasa terpanggil nak komen dan bagi pandangan sikit dalam isu ni. Tujuan utama student tu pergi IPTA buat apa? Mestilah untuk belajar kan. Biasalah dalam hidup ni. Ada yang memang dari keluarga yang berada, ada jugak dari keluarga pertengahan dan yang selebihnya adalah dari keluarga yang susah senang kata miskin dan tidak berkemampuan.
Meh sini saya cerita perihal kawan semasa di IPTA dulu. Dia bukan dari keluarga kaya. Adik beradik pun ramai. Biasalah kalau belajar kat IPTA. Buku buku semua tebal tebal. Hardcover pulak tu. Mestilah mahal. Nak photocopy nanti dah jadi cetak rompak pulak. Nak tak nak, kenalah beli jugak. Nak kongsi janganlah bermimpi. Bila nak pinjam sekejap pun tak usahlah buang masa tanya. Memanjang jawab nak guna. Tak habih lagilah. Belum bukak lagilah. Kos hidup pulak tinggi kat sana. Makanan jangan cakaplah. Mahal uuuiiiii. Tak kira ngan rumah sewa lagi dengan tuan rumah yang bila dengar ja student terus bagi sewa kaw kaw punya tinggi. Kita yang terdesak ni hmmmm. Oklah. Kembali ke kawan saya ni. Apa yang saya kagum ialah, walaupun dia susah, dia sedaya upaya tak akan mintak pinjam duit dari kami. Offer nak bagi pinjam tak payah cakaplah. Sampai dah berbuih mulut tanya, tapi tak pernah dia ambil. Tak pernah dia nak. Apa yang dia buat ialah selepas kelas dia akan buat kerja part time. Tapi bukan yang itu itu ya. Dia jadi pembantu kedai. Start dari pukul 6 petang sampai 10 malam. Cuba bayangkan dengan study lagi, dengan nak bangun awal awal ke kelas lagi esok. Tapi, Alhamdulillah, kawan saya ni dia grad on time. CGPA pun bagus. Bukan ala kadar punya result tau. Tak da kantoi pun paper walau satu. Dan dia sekarang dah berjaya menjawat jawatan yang dia idamkan. Hidup pun pada pandangan saya Alhamdulillah dah senang.
Nah tengok tengok. In cuma salah satu cerita saja. Ada ramai lagi student IPTA yang buat kerja halal semata mata nak tampung kehidupan masa belajar. MATLAMAT TAK HALAL KAN CARA. Walaupun sesusah mana sekalipun, walaupun seseksa mana kehidupan, kita kena ingat pada ALLAH. Setiap apa yang kita buat, semua diperhatikanNya. Percayalah. Nak buat benda yang tak elok memang senang sangat. Sesenang macam petik jari ja. Tapi sangat mencabar kalau kita nak berbuat benda yang baik. Ada saja halangan. Ada saja alasan. Berilah seribu satu alasan, tapi yang salah tetap salah. Ni nak semua benda express. Nak semua benda mudah. Mana boleh. Mana ada short cut dalam hidup ni.Cubalah lihat student yang 'terpaksa' menjual diri tu. Cuba lihat perwatakan mereka. Cuba lihat pakaian mereka. Cuba lihat kawan kawan yang mereka bergaul. Selalunya kalau kita nak tengok bagaimana seseorang, kita boleh lihat bagaimana dengan kawan kawan disekelilingnya. Pasti sama kan? Cuba lihat cara hidup mereka. Cuba buat kajian tengok. Sembahyang tak? Puasa tak? Cuba tengok, tanya. Ya ya. Mungkin saya tidak berada ditempat mereka yang melakukan benda benda ni. Saya jugak mugkin tak mengalami kehidupan susah macam mereka. Tapi yang saya pasti dan saya tahu, kita adalah Hamba Allah. Kita sama saja. Kita semua punya masalah yang tersendiri. Punya keinginan yang tersendiri. Kita semua jugak akan diuji. Tapi dalam masa yang sama, kita di ajar membezakan yang mana baik dan yang mana tidak baik. Jalan hidup dan pilihan yang kita buat sahaja yang membezakan kita.
Semestinya dalam hidup ini ada pilihan. Semestinya dalam hidup ini ada tinggi rendah. Tak semua yang kaya aman. Pun hidup dalam ketakutan jugak memikirkan duit yang banyak. Takut anak anak kena culiklah. Takut kena rompaklah. Yang susah dan miskin apatah lagi. Semua manusia ada masalah. Semua manusia boleh memilih. Tapi kita jangan lupa dengan Yang Maha Kuasa. Dia Maha Mendengar. Maha Pemurah. Maha Pengasihani. Walaupun bukan sekarang permintaan kamu, kamu dan kamu dan jugak saya dimakbulkan, mungkin sedikit masa lagi. Percayalah. Setiap jalan yang berliku dan jugak masalah yang tak putus tiba, pasti ada penyelesaiaannya. Jangan ambil jalan mudah. Jangan ikut shortcut. Takut menyesal sepanjang hayat. Wallahua'lam. Tata.
No comments:
Post a Comment