Saturday, December 4, 2010

Oh arnab teddy bear

Buka FB dan update blog bukan lagi menjadi kesukaan semenjak dua menjak ni. Banyak aktiviti lain yang perlu buat, kena buat, wajib buat dan tak yah cakap pun aku dah buat. Dah seminggu mesin jahit buat perangai. Eloklah. Tak da lah nak kalut kalut hujung minggu ajak CP ulang alik pergi kedai kain beli barang semeter dua. Nak meragam, meragamlah. Boleh buat benda lain pulak.

Sekarang ni tengah seronok membela rabbit. Dari enam ekor, cuma tinggal tiga ja sekarang. Harap harap yang ada ni hiduplah kot. Yang hari tu sakit bawak pergi jumpa vet pun dah kiok dah. Janganlah ada yang cirit lagi selepas ni. Kalau yang tiga ekor ni membiak, aku teringin nak bela arnab yang macam teddy bear pulak. Comel sangat. Bulu dia panjang gila. Gemuk pulak tu. Ish ish ish. Birthday aku pun dah lepas kan. Kalau tak boleh request arnab teddy bear tu. Eyyyy. Comel sangat. Harga pun comel lah.

CP tengah ZZZZzzzZZ. Aiman pun sama tengah ZZzzzZZ. Wina and Wani tengah main kat rumah tok. Sebab tu lah ada masa lapang nak update entry. Ehehe. Lagipun hari ni tak yah masak. Ada kenduri. Yeay. Oklah. Nak pi lipat baju yang dah setambun kat dalam rumah ni. Eheh. Tata.

No comments:

Post a Comment