Hari ni ialah hari memunggah dan memangkah serta membuang letak tepi segala isi yang tak berkenaan di dalam almari baju. Baru terperasan. Banyak jugak yang aku tak pakai pun ada dalam tu. Baju masa pregnant dulu pun campur sekali. Ni tak boleh jadi ni. Kena buat operasi yang betu betul ni. Nampak ja penuh almari ni, sampai nak masuk baju pun tak boleh dah. Mana dengan baju CP lagi.
Oklah. Lepas selesai memunggah, nak kena jahit kain untuk Little Sis pulak. Katanya minggu orientasi kena pakai kain hitam dengan baju batik. Haih. Aku dulu pakai baju batik dengan kain batik ja masa minggu orientasi. Lagi senang, cepat dan mudah. Alaaaa. Macam yang hangpa duk masak Megi Instant tu la. Zap zup zap. Tadaaa. Dah siap 'tiga empat kelip' mata. Cuma satu saja masalah. Kain batik mudah terlondeh kalau tak reti pakai. Hehehehe... Tata.
No comments:
Post a Comment