Wednesday, December 22, 2010

Katarak

Alhamdulillah. Selepas beberapa hari, tok dah semakin ceria dan berselera makan nampaknya. Maklumlah, sebelum ni asyik susah hati gundah gulana sebab penglihatan kabur. Nampak macam asap berkepul kepul saja. Kadang kadang kalau makan, boleh tercekik tulang. Kadang kadang kalau tak berhati hati, pecah berderai kaca ke lantai. Nak membeli belah dan berjalan jalan pun tak seronoklah sebab penglihatan amat terhad. Kalau tunggu queue kat spital, rasa lama lagilah tok aku nak lega.

Tak lama pun buat pembedahan katarak ni. Tok aku bertolak dari rumah pukul 3.15 petang. Pukul 6.00 petang dah boleh balik dah berehat kat rumah bapak aku. Alhamdulillah, terus dia dah boleh tengok jam, tengok semut yang sekecik kecik tu merayap, tengok muka anak cucu dia puas puas tanpa ada blur dan yang penting sekali dia boleh mengaji Al Quran. Kesian tok. Kadang kadang tu sampai tertunduk tunduk merenung nak baca, tapi tak boleh sebab memang tak nampak apa pun. Syukur sangat sangat. Tapi tu baru untuk mata sebelah kiri. InshaAllah, mungkin next weeklah kot selepas balik dari Melaka nak buat untuk mata yang sebelah kanan pulak. Semoga semua ok saja nanti. InshaAllah.

Oklah. Till then. Tata.

No comments:

Post a Comment