Esok rasa macam nak keluar dengan adik perempuan pi jalan jalan and shopping bersama. Hari Jumaat nanti dia dah tak da kat sini dah. Kesian anak anak aku. Tak da sapa yang depa boleh buli lagi dah. Adik lelaki aku pun tak balik balik lagi dari KL. Puas hang holiday noooo Fikri. Jangan lupa pulak beli apa apa kat anak anak menakan dengan mak anak menakan kat sini. List 'perabih duit' apa barang pun aku tak buat lagi ni. Kalau pi shopping tak da list memang akan jadi masalah ni.
Nak nak pulak kalau bawak dua princess tu sekali. Mau macam macam mintak nanti. Aiman tak kisah. Kalau CP keluar sekali senang. Tak payah merengek kat aku mintak benda mengarut ngarut. Nak Barbie. Nak kereta Flash and Dash lah. Nak Tumbling Monkey lah. Ini semua iklan Tv lah. Terima kasih banyak banyak sebab tahu bagaimana nak bagitau mak bapak cara nak menguruskan dana dan pelaburan dengan cara beli mainan ya. Hah. Aku penat. Perut aku berbunyi. Rasa macam lapar la pulak dekat tengah malam buta ni. Semua orang dah ZZzzzZZ. Aku nak ke dapurlah. Nak makan sikit. Tak banyak pun. Mungkin makan roti lima enam keping buat 'lapik' perut. Selamat malam. Tata.
No comments:
Post a Comment