Thursday, June 30, 2011

Lidi Sate dan Susuk.

Aku musykil. Aku pelik dan hairan. Aku tak paham dan tak tau nak cakap apa.....

Dua tiga hari lepas, aku adalah berkunjung ke rumah seseorang ni. Ada hal sikit so aku singgah la sekejap barang limabelas minit kat rumah Hamba Allah tu. Nak jadikan cerita, dia hidangkan sate untuk aku ngan CP. Aku yang muka tak malu ni pun terus ke dapur buat bagai rumah sendiri padahal itu baru first time aku ke rumah Hamba Allah tersebut.

Aku pun cakap kat kat dia kenapa tak makan sate tu. Kenapa duk tengok saja. Kemudian dia pun jawab kata dia tak boleh pegang lidi sate. Kalau dia makan, kena ada orang tolong lurutkan isi sate tu. Lidi tolak tepi. Ish. Apahal pulak. Penyakit apa yang sampai tak boleh pegang lidi ni. Allergic jenis yang baru ka. Aku pun buat buat tanya lah dia menuntut ilmu apabenda sampai tak boleh pegang lidi sambil aku tergelak gelak. Dia dengan serius kata adalah, adalah, adalah sampai empat lima kali.

Haih. Pelik aku. Bila aku tengok muka dia betul betul, baru aku perasan. Muka dia dah tak macam dulu lagi. Sekarang ni macam glow berseri seri. Apsai aku bodoh sangat ni. Nasib aku tak da minum pabenda dalam rumah Hamba Allah tersebut. Takut jugak aku mandrem mandrem ni.

Bila aku sampai ja rumah, aku pun dok terpikiaq pikiaq sambil sembang ngan CP. So, pagi tadi aku dengan semangat rajin yang berkobar kobar ditambah pulak dengan perasaan ingin tahu yang membuak buak, aku pun google lah barang serba sikit pasal penyakit tak boleh pegang lidi ni. Mengikut maklumat yang aku dapat, orang yang tak leh makan sate directly dari lidi ialah orang yang pakai susuk. Nauzubillah.

Aku pon teringat masa dulu dulu dia datang rumah aku, aku ajak dia cross bawah ampaian kononnya nak lalu shortcutlah kan. Yang aku pelik, dia mati mati tak mau lalu bawah ampaian. Sanggup pulak tu ambik jalan jauh. Lantak le. Ni pun salah satu pantang larang orang yang pakai susuk ni. Biar betik. Kalau betullah  Hamba Allah ni pakai susuk, aku rasa sedih. Aku rasa sangat sangat tak patut dia buat camtu. Tapi, aku harap aku silap. Harap harap tekaan aku seratus peratus tak betul.  Hanya dia dan Allah saja yang tau.


Psss, SATE tanpa LIDI tiada NIKMAT......

No comments:

Post a Comment