Baiklah murid murid. Hari ni cikgu nak kamu seorang demi seorang ceritakan tentang diri kamu dan keluarga kamu. Seorang murid yang duduk paling depan sekali di dalam kelas pun terus mengangkat tangan dan kemudian bangun meyahut cabaran yang cikgu berikan. Nama budak berani tu Afik.
Cikgu : Ok Afik, ceritakan pada cikgu perihal kamu dan keluarga kamu.
Afik : Keluarga saya biasa saja cikgu. Macam keluarga lain lain jugak. Tapi ada sesuatu yang luarbiasa berlaku di dalam keluarga saya dan ianya nampak seperti bermusim.
Cikgu : Menarik. Ceritakanlah, saya pun suspen jugak ni.
Afik : Macam ni cikgu. Ia berkenaan dengan ibu saya. Saya lihat setiap kali bila ada tetamu datang, ibu saya macam terseksa dan merana. (sambil tunduk memandang lantai)
Cikgu : Ya, sambung lagi Afik.
Afik : Setiap kali tetamu datang, setiap kali itulah ibu saya kelihatan macam gatal yang amat sangat di bahagian muka terutamanya di bahagian dahi dan dia kelihatan macam tidak senang duduk asyik memusing ke kiri dan ke kanan, tangan dia angkat angkat menggaru dan menggosak muka. Yang saya pelik sangat cikgu, ibu saya tak macam sakit pun. Siap bergelak ketawa lagi.
Cikgu : Musykil cikgu. Bapak kamu dah bawak mak kamu pergi klinik tak periksa apa yang patut?
Afik : Tak pun. Bapak saya kata tak da apa apa pun. Lagipun, benda ni selalu terjadi sehari selepas ibu saya membeli barang kemas secara
Cikgu : Sindrom Beruk? (sambil terssenyum).. Afik, ibu kamu tak da masalah apa apa pun. Ibu kamu sihat sahaja pada pandangan cikgu. Janganlah risau Afik. Ibu kamu tu mungkin terlalu seronok berbual dengan kawan kawan nya. (cover line betul cikgu ni).
Afik : Kalau cikgu cakap macam tu, saya pun dah tak risau lagi. Terima kasih cikgu.
Cikgu: Terima kasih Afik. Ok, pelajar seterusnya.............................
Pssst, ada sapa sapa pernah dapat sindrom beruk macam ni? Atau pernah tengok? hikhikhik..
Kesimpulannya, janganlah keterlaluan sangat. Kita kan manusia, bukan beruk. Satgi tak pasal pasal dapat sindrom beruk bila asyik sangat nak tunjuk barang kemas tiga empat puluh lapis kat orang.Ciao.
No comments:
Post a Comment