Tuesday, June 14, 2011

Maaf. Hari ini sangat tidak gembira.

Pandangan mata selalu menipu. Kadang kadang apa yang kita nampak pada pandangan mata kita, itulah yang kita rasakan benar. Sebab visual pada ketika itu adalah yang terpaling jelas. Kita tak tahu kita mungkin tersilap membuat andaian padahal benda lain yang berlaku pada ketika itu. Sama jugak pandangan dan pendapat kita terhadap seseorang. Kita rasakan bila seseorang itu dekat dengan kita, rapat dengan kita, kita rasakan dia ikhlas dan memang boleh dipercayai. Kadangkala, kita tak perlu sebab apapun untuk menerima seseorang dalam hidup kita. Yang penting kita rasa dia memang boleh dipercayai. Tapi sebenarnya tidak!

Manusia memang pandai berpura pura. Berbaik baik bertanya khabar berita. Berkongsi cerita dan bergelak ketawa. Paling tidak boleh diterima kalau kita memang percayakan seseorang itu semenjak dari kita kecil dan masih berhingus lagi. Kenyataan memang pahit. Tapi kita perlu sedar. Hidup ini ada bermacam perasa. Ubat, walaupun pahit kita telan jugak sebab kita percaya denagn izin Allah kita boleh sembuh. Gula gula, walaupun semanis manapun, tetap akan mendatangkan kemudaratan kalau tak dikawal pengambilan dengan betul.

Aku masih terkejut. Aku rasa tak percaya. Tapi bila aku kenang balik segala macam perkara yang berkaitan dengan sang empunya diri, aku mula rasa ragu ragu. Aku terkilan kerana ia melibatkan orang yang aku sayang, yang dah tiada. Apapun, aku berdoa agar sang empunya diri itu kembali ke pangkal jalan. Bagi pihak orang yang aku sayang, aku halalkan segala macam penipuan dan pencurian yang telah dilakukan samada dalam keadaan kami sedar atau tidak. Kita tak selamanya akan bahagia menongkat langit. Berhentilah memburukkan orang lain semata mata untuk menutup perilaku sendiri.
Aku harap dan akan sentiasa berdoa agar sang empunya diri akn insaf dan bertaubat serta kembali ke pangkal jalan. Kalau pergi ke mana manapun, kita tetap bersaudara. Itu sudah pasti. Di saat kita dalam kesusahan, barulah kita tahu nak hargai saudara yang ada disekeliling.

Mungkin buat masa yang terdekat harap harap tiada lagi panggilan dari sang empunya diri itu. Aku maafkan dia tapi aku pasti aku tak dapat berpura pura macam tak ada apa apa dan macam aku tak tahu apa apa. Maaf. Hari ni sangat tidak gembira. Sekian. Tata.

No comments:

Post a Comment