Tuesday, February 25, 2014

Pelaburan Emas : Kenapa Cp dan aku pilih Public Gold

Apa tu Public Gold?

  • Public Gold membolehkan kita berjual beli emas fizikal secara mudah, selamat dan lebih murah. 
  • Bermula dengan ketulenan emas 999.9 dan 916, dan perak 999, pelanggan boleh memilih untuk membeli emas dan perak mengikut kemampuan masing masing bermula dari 10 g hingga ke 1 kg. 
  • Manakala untuk dinar, bermula dengan 1 dinar yang bersamaan dengan 4.25 g emas 916. 
  • Dirham Public Gold bermula dengan 10 dirham.

Kelebihan  Public Gold?
  • Public Gold ada banyak cawangan di seluruh Malaysia. Maka urusan jual beli lebih mudah.
  • Ia selamat dan tiada penipuan. Beli emas, dapat emas.
  • Lebih murah sebab turun naik harga emas di Public Gold adalah mengikut harga emas di pasaran international dan diupdate setiap 20 minit.
  • Pelanggan boleh mmbuat pembelian serendah 10 g.
  • Margin spread ( susut nilai ) di Public Gold ialah dari 4.5% - 8% sahaja.Peratusan Margin Spread ni hanya akan berubah sekiranya berlaku keadaan pasaran yang tidak stabil cth: perang, ekonomi tak stabil dsbnya.
Katalah hari ni tiba tiba saja teringat nak tengok dalam website Public Gold harga emas. Eh, murah ni. Boleh beli ni. Contoh mcam harga dinar kat Public Gold cuma Rm 610 ja. So, boleh lock terus pada harga tersebut dengan membuat pembelian secara online. So, kalau kalau lepas 20 minit dah place order tetiba harga emas mencacak canak naik, toksah bimbang sebab kan dah lock tadi pada harga yang memula tadi. Boleh jugak mintak tolong dealer tolong lock kan harga. Dealer akan tolong place order dengan Public Gold, bagitahulah bila nak amik dan cawangan Public Gold paling dekat untuk collect emas.  Customer cuma perlu bayar terus kepada akaun Public Gold, print slip pembayaran, dan bawak bukti pembayaran tu masa nak gi collect emas. Mudahkan.

Tak perlu risau kena tipu, barang takda atau apa apa. Dealer cuma tolong lock harga dan place order. Customer bayar direct pada Public Gold dan collect sendiri barang. Bukan apa. Nak pi beli walk in boleh ja. Cuma takut stok tak ada, hampa dan ramai pulak customer. Dah kena tunggu pulak lama lama lama kat situ. 

Berminat tak? Kalau berminat, atau saja saja nak tanya info berkaitan emas Public Gold boleh hubungi saya. Ok. Itu saja.


Munirah Muhamad Hasbullah
PG Dealer Code : PG040439
Sms/ Whatsapp : +60134372446
Email : monecomel@yahoo.com
..xoxo..




Syazwina @ Her 8th Birthday.

Hari ni birthday Che Wina. Aku bagi hadiah bedsheet saja kali ni. Macam emak emak sungguh kan hadiah aku. Dia tak kisah pun. Mainan tak da dalam senarai. Dia mintak buku dari Cp dan jugak kek Secret Recipe sebijik. Mak aii. Selera tak menahan. 

 

Wina, semoga jadi anak yang baik, bahagia di dunia dan akhirat. Melawak melawak juga, tapi solat jangan lupa. Mommy sayang Wina.

Monday, February 24, 2014

Bila anak anak dah besar nanti...

Kerja makan gaji dengan swasta yang dah pasti tiada pencen memang agak scary. Bagilah gaji banyak manapun, bonus tiga empat belas bulan pun, harga barang dan kos hidup tetap akan naik mencanak canak. Maknanya, pepandailah nak invest kat mana pun, asalkan menepati syara' dan tidak haram dan boleh digunakan di hari tua. Yang ada extra cash lebih sikit, boleh beli IPO, jual beli saham Main Index, menyimpan di Tabung Haji, melabur di ASB atau di mana mana saja yang boleh buat keuntungan walaupun sedikit. Boleh jugak beli emas pelaburan sikit sikit yang boleh menjana keuntungan di kemudian hari.

Pendidikan di masa depan pun kena ambil kira juga. Yuran pengajian anak anak mesti mahal bila sampai waktu mereka ke universiti nanti. Tak macam zaman aku belajar dulu. Satu semester, tak sampai RM 1k pun. Yalah, tu baru yuran pengajian. Tak kira lagi kos nak beli segala buku teks dan alat alat pembelajaran yang berkaitan. Kalo dapat duduk Kolej, Alhamdulillah. Kalau menyewa di luar kampus, dah kena bayau sewa rumah. Duit makan dan transportation cost pun kena kira sekali. Makk aiii. Untunglah, ada PTPTN. Tapi itu hutang. Hmmm.

Aku dengan Cp dah berkira kira dari dulu lagi kalau boleh tamau anak anak amik pinjaman PTPTN.  Bukan apa. Belum kerja lagi dahstart hutang. Baru nak kerja dah ada hutang standby tunggu nak dibayar. Kesian kesian. Tapi itulah, kenalah menyimpan. Kalo ada saving lebih dari mencukupi, by the time budak budak ni nak sambung belajar, taklah terasa sangat. InshaAllah. InshaAllah.

Sebab tu jugaklah aku terharu tengok Cp bertungkus lumus perah otak, cari idea  bagaimana nak expand atau double up setiap apa yang dah ada semata mata untuk kelangsungan family pada masa sekarang dan juga untuk masa hadapan. Niat asal kami melabur dalam dinar dan dirham ialah untuk pelaburan diri sendiri, tapi aku tak ada masalah kalau ada sesiapa yang berminat nak beli emas PG dekat aku. Nak tanya serba sikit pasal pelaburan emas pun boleh. InshaAllah, aku akan bantu setakat yang aku mampu. Aku pun baru lagi, masih belajar. 



Munirah Muhamad Hasbullah
PG040439
Sms/Whatsapp : +60134372446
Email : monecomel@yahoo.com
Tanah Merah, Kelantan

Sunday, February 23, 2014

Pregnancy : 22 weeks

Ok. I am at 22 weeks now. There's been lots of kicking in there and pain, especially on my right leg. Please be good Little One. Though I haven't met you, I knew I loved you. Cp has not finalized yet my listings, so Im gonna have to wait till he agree with all the things that I have included in the lists.

Cik Syafiyah still have that awkward look on her face everytime I told her to rub my tummy. I told her that there is a baby inside my tummy. Instead of doing what I told her to do, she ask me for milk! milk! milk! Hadoi.

Musim panas sekarang. Hopefully, there will no coughing, sneezing, or fever in the house. Wani is doing just fine at this moment. No sign of asthma, but she still need to use her Seretide twice daily for preventive measures. Syafiyah,Wina and Aiman pun masih segar and harap semua sihat sihat saja. InshaAllah. Ok. Kerja domestik menunggu. Sekian .



Bila Surirumah Bercakap: Sekeping Dinar, sekeping Dirham.

Tahun lepas, bila orang sibuk sana sini habaq kata emas murah, emas dah jatuh harga, aku pun kalut sama. Mulalah berangan ok nak beli apa Lagipun memang sebelum tu dah berkira kira nak membeli untuk anak anak. Jadi, tanpa berlengah kami ke HJ. Aku dah tentu terus ke bahagian mak nenek gelang tangan, rantai tangan dan rantai. Mak ai. Kelabu mata. Selesai pilih sorang satu benda, Cp datang dan tanya nak beli dak Pamp Suisse. Eh, takda dalam senarai pung.

Aku pun gi tengok. Ok. Bersealed dan ada nombot siri. Cp amik dua ketul dan belek belek tiga empat kali. Kesalahan pertama, tengok barang yang tiada dalam senarai. Baiklah. Dah pegang rasa seronok tanak lepas. Kesalahan kedua, isteri yang pak hangguk macam aku yang selalu kata "ikut abanglah". Kesalahan ketiga, membeli tanpa negotiate harga. Arrrgh. Argggh. Dah balik rumah baru sedar nok. Aku tanya Cp kenapa kita tak minta kurang tadi. Beli barang kemas macam beli baju. Tidak pandai atau kurang kecerdikan. Nasi dah jadi bubur pun. Tak, aku tak nangis. Aku anggap aku kekurangan ilmu. Maka aku dan Cp perlu cari ilmu dan tambah lagi pengetahuan pasal pelaburan emas ni.

Lepas kejadian pahit tersebut, aku ngan Cp googled sana sini cari info pasal emas. Barang yang lepas jangan dok kenang sangat. Takpa. Simpan buat ketui dan kenangan. Kita cari ilmu dulu. Cari orang yang pakar dan berpengalaman dalam bidang ni. Tapi sekala sekali terpandang ketulan Pamp Suisse tu, ada jugak rasa macam nak telan ja. Haiii, kalo ikut hati mati, ikut rasa binasa. Chewah. So, survey sana sini, Cp jumpa satu blog yang menarik dan Alhamdulillah, sekarang aku dah jadi dealer PG. Kenapa aku pilih PG? Sebabnya ialah proses jual beli emas di PG telus, mudah dan tiada syarat merepek repek. Lagipun emas PG tak bersealed, so dia takdala nak letak syarat macam, calar, kemek atau sealed bukak dah jadi used gold. Paham paham le kalo jadi used gold. Kalo nak tolak, spread (susut nilai) boleh sampai 25%. Arghh. Macam Pamp Suisse. 

Dalam banyak banyak jenis emas dan silver di Public Gold, aku ngan Cp lebih prefer Dinar (emas dalam bentuk coin)dan Dirham (silver dalam bentuk coin). Pertama sebab dinar tiada caj untuk transportation cost kalo di semenanjung. So, bayar untuk harga dinar sajalah tanpa kos lain. Lepas tu, spread dinar sangat rendah kalo nak compare dengan yang lain. Dalam 6%++ kalo tak silap. Dirham (silver) pulak ada transportation cost, tapi dalam rm 5 ja untuk setiap seketul. Tapi dirham lebih cepat naik compare dengan dinar dan dirham lebih murah. Sekarang, dirham dalam Rm102 as @ 22/2/2014.



Aku ngan Cp bermula dengan sekeping dinar dan sekeping dirham saja. Aku jadi dealer ni pun secara kebetulan. Sebelum ni memang nak, tapi syarat nak jadi dealer PG kena beli emas RM20k dalam satu resit. Makk aii. Tapi sekarang ada promosi kalo beli emas 100g dah boleh jadi dealer which is way cheaper, so aku ngan Cp amiklah peluang. Niat kami cuma, esp Cp lah dia nak diversified portfolio dia supaya takdalah dia fokus satu dua investment saja. Lagipun emas ni bagus untuk long term. Bezanya kalo jadi dealer, untuk setiap transaction belian emas akan dapat 1%, kalo jual dapatlah dalam 0.5%. Memanglah nampak macam sikit, tapi InsyaAllah sikit sikit lama lama jadi setambun. Takdalah nak sampai membukit emas. Sikit atau banyak rezeki yang Allah bagi, Alhamdulillah. Thanks Cp for everything. Sekian.

P/S: Kepada yang berminat nak diversifed saving ke dalam bentuk dinar/dirham bolehla email ke monecomel@yahoo.com / whatsapp @ +60134372446. Boleh juga terus order kat Public Gold dan letakkan introducer No: PG040439 Munirah Muhamad Hasbullah. InshaAllah nanti kita boleh berkongsi-kongsi ilmu tentang pelaburan emas ini.

Thursday, February 20, 2014

Kulit Sensitif dan Moogoo.

Bila kita ada anak anak yang berkulit sensitif dan mudah sangat jadi ruam dan gatal gatal, kita sebagai mak akan jadi tak keruan. Anak anak aku semua berkulit sensitif tapi tahapnya berbeza beza lah antara satu sama lain. Paling ok sikit Cik Wani, tapi dia ada asthma. Kulit paling tak tahan ialah Cik Syafiyah dan Aiman. Dulu, aku suka sangat beli KeriJunier, Jonsen dan Purin ( hahaha, nama yang aku bagi tak menahan ). Tapi lepas dua tiga kali pakai, kulit budak budak ni dah mula menggelupas especially tang belakang. Bingung saya pak! Kemudian, pakai Lactacyd, then Sebamed, then Oilatum dan last sekali Cetaphil. Boleh la pakai semua tu, tapincuma tahan dua tiga minggu ja. Lepas tu jadi balik. Syafiyahlah paling teruk.

Lepas tu aku beli Buds. Ala, kat Tesco berlambak. Tapi botol cinonet sangat. Buds best sebab ia organic. Tak tau le betui ke tidak, tapi dah dia tulis kat situ organic dan natural ingredients, aku pun sebatlah. Memang takda lagi masalah kulit dekat kanak kanak ribena ni. Cumanya, botol dia cinonet. Cepat sangat habis.



Ada satu hari tu, aku bukak paper dan nampak iklan pasal Moogoo. Eii. Comelnya nama produk ni. Dia tulis kat situ memang sesuai untuk orang yang ada eczema dan sensitive skin. Boleh guna di muka dan badan. Semua dia guna natural ingredients dan berasaskan glucose dan coconut. Botol size 500 ml. Wah. Banyak ni. Aku pun pergilah Watson dah dia kata kat situ ada jual. Sebotol dalam RM 59 kot kalo tak silap aku. Baiklah. Tak salah aku cuba. Lagipun botol dia besar. Tak payahdah aku jadi pengumpul botol plastik yang handal.



Alhamdulillah, anak aku takda masalah kulit dah bila pakai Moogoo. Bau pun sedap. Rasa macam nak telan . Tapi yang leceh cuma satu. Dia boleh pedihkan mata so kena hati hati bila nak sabun budak budak kecik. Kang depa tonyoh mata, meraung satu rumah. Aku beli kat Watson ja. Tak taulah tempat lain. Tak pernah cari pun. Yang pasti, Moogoo memang berkesan untuk orang yang berkulit sensitif macam anak aku. Ok. Nak sambung kerja kerja domestik balik. Sekian.

Wednesday, February 19, 2014

Cerita dari Facebook.

Bila baca posting SN di facebook tadi, aku senyum ja. Point yang dia highlight memang bagus. Macam bapak akulah. Bapak aku garang, tapi tak pernah makan orang. Bapak aku tegas, tapi dia tak ganas. Belum pernah aku kena pukul seumur hidup dengan bapak aku. Mungkinkah aku anak yang baik? Amin. Hehhehheh.

Rumahtangga mana tak pernah bergelora. Kejap gaduh, kejap baik. Kejap macam belangkas, kejap macam kucing dengan anjing.Hish. Pening kan. Yalah. Manusia bukan robot. Manusia ada perasaan. Halus dan sensitif bagai kaca. Jadi sekali sekala tersentap dan berderai tu, normal lah.Asal takda penderaan mental dan fizikal sudah. Perang dingin pun kalau boleh aku tak nak. Merajuk boleh tak?

Sekarang ni, kita tengok bila ada sedara rapat yang berkahwin akan terdengarlah frasa yang macam SN highlight tu. Kena prepare lah takut suami tinggal, takut suami buat taik dan segalanya. Heh, belum kawin lagi dah dipojok macam macam dan disuruh menaruh prasangka buruk pada bakal suami. Toksah kahwin la macam ni.

Aku dulu lepas kahwin, ramai mak nenek tanya bila nak kerja. Rugi sangat kalau ada degree tak kerja. Lepastu siap pesan suruh aku ingat balik berapa banyak bapak aku dah belanja sepanjang aku belajar. Weh. Ini sudah melampau. Ditambah pulak masa kami mula mula kahwin tu Cp pun masih dalam probation sebagai trainee lagi. Kami  tak fikir panjang pun. Kemudian tup tup dapat Che Wani. Baru nak berehat jap konon nak jadi career woman, tetiba terdapat Che Wina. Lepas tu Aiman. Lepas tu Syafiyah dan InsyaAllah akan bertambah lagi seorang tak lama lagi. Alhamdulillah. Anak anak pun rezeki juga kan.

Dolu dolu masa darah muda, memang aku pernah jugak terlintas apa yang akan jadi pada aku kalo tetiba Cp terlupa tersayang aku dan anak anak. Pun aku ada jugak perasaan kasihan dan teringin jugak nak balas jasa baik bapak aku sepanjang hidup. Lebih lebih lagi bila mak aku dah tak da. Dialah mak, dialah ayah.Tapi Allah Maha Besar. Dia beri secara tidak langsung. Alhamdulillah. Terima kasih Cp. I Heart You.

Kesimpulannya, dalam hidup ni mesti ingat Allah yang berkuasa atas segala galanya. Dalam pada kita redha dengan apa yang Dia dah beri pada kita, kita mesti cuba perbaiki diri dan berusaha ke arah yang lebih baik. Yang penting, toksah dok pikiaq jauh sangat, membayangkan nasib buruk diri di tangan suami kalau takda kerja, takda gaji dan takda harta simpanan gelap sendiri padahal takda apa apa pun. Allah kan ada.

Bila Surirumah Bercakap : Trade In Emas

Assalamualaikum.
Selamat pagi. Keadaan tenang sikit pagi ni sebab Cik Syafiyah zzZzz. Yeayy, boleh update blog. Hari ni nak cerita pasal trade in emas yang lama dengan yang baru. Aku pun baru tahu. Moga Allah hindarkan kami sekeluarga dari mengamalkan riba.

Kalau dulu kat kampung, selalu jugak aku dengaq dan tengok mak dan tok bertukar barang kemas. Kang dah rasa meluat dengan fesyen lama, nak tukaq fesyen baru pulak. Hat kecik nak pi perbesaq bagi besaq gabai. Oh, sila faham ya. Mostly, orang orang lama memang macam tu. Tapi tahu tak sebenarnya tak boleh trade in macam tu saja.

Biasalah. Benda yang dah diamalkan sejak sekian lama kita dah anggap macam dah sebati dan betul. Padahal cara tu salah. Ada dua syarat utama nak trade in emas.

1. Mesti sama berat timbangannya.
Contoh macam Emak ada rantai emas 20g dan dia bercadang nak trade in dengan rantai emas yang baru. So, berat rantai emas yang baru tu mestilah berjumlah yang sama jugak iaitu 20g. Tapi yang jadi masalah sekarang ialah, bila kita trade in emas lama nak tukar dengan yang baru, kedai akan tolak sampai 25% dari harga emas semasa. Mustahil kita akan dapat beli rantai baru tu pada berat yang sama dengan yang lama dengan duit yang kita dapat  setelah ditolak spread.

2. Serahan dan penerimaan mestilah pada masa yang sama.
Tak boleh tangguh dan mestilah on the spot. Tak boleh la buat, 'ok aku jual barang kemas kat engkau, bak emas kau dulu kat aku, esok aku bagi emas aku dekat engkau' , ataupun 'weh, aku ambik cincin emas ni dulu ek, esok aku bayar '.  Nehi kabhi nehi. No.

Paling penting, nak beli emas dan silver, tidak boleh secara berhutang / ansuran macam kau beli emas hari ini, tahun depan baru kau bayar. Eh, tu lama sangat kan. Maksud aku, beli hari ni, tapi tanak bayar lagi sebab nak tunggu duit gaji minggu depan dan secara ansuran. Nehi also. Cash only babeh. Kau dapat gaji nanti kau belilah. Tapi sebab bila kita beli emas ni, dia memerlukan duit tunai yang banyak, jadi lebih baiklah kita gunakan online banking je. Lebih selamat dan mudah. Takdalah nak usung dua tiga puluh ribu kehulu ke hilir. Kalo hilang, menangis air mata darah. T____T.

Habis, aku tanak rantai lama ni. Aku nak yang baru. Yang up to date. Ok. Ok. Sabar kak. Boleh ja cumanya kena buat macam ni.
Pergi kedai emas. Jual dulu barang kemas yang ahkak dah tak suka tu, then dapatkan cash hasil dari penjualan barang yang lama tu. Then, amik duit tu, ahkak pilihlah barang kemas fesyen apa yang ahkak nak. Kalau emas yang baru tu mahal dari emas yang lama atau beratnya pun lebih, ahkak tambah lah duit dari poket ahkak sendiri. 

Kesimpulannya, tak boleh terus tukar emas lama nak trade in yang baru la la tu jugak. Selesaikan dulu proses jual beli emas lama, dapatkan cash, kemudian baru proceed ke proses jual beli emas yang baru.

Segala permasalahan berkaitan jual beli emas atau trade in emas, boleh rujuk ke ustaz zaharuddin. Apa yang aku tulis dalam blog ini adalah setakat pemahaman aku saja. Sila rujuk pada artikel yang di tulis oleh pakar seperti Ustaz Zaharuddin untuk lebih jelas. Sekian.

Tuesday, February 18, 2014

Bila surirumah bercakap: Pelaburan Emas

Sebagai surirumah, aku mengaku aku agak lemah bila sentuh tentang bab bab kewangan. Bab membeli aku pandai. Tapi, bukan lah bermakna aku kena pegang 'biar papa asal bergaya'. Tak. Aku tak pandai bergaya. Pun aku bukan surirumah comot. Cumanya, bila aku tengok Cp bersungguh sungguh nak beri yang terbaik kepada kami sekeluarga, aku mula alert. Kalau dulu ikut suka dialah nak bukak portfolio apa, nak invest kat mana, nak buat apa apapun untuk investment jangka panjang. Aku tak mahu campur sebab bagi aku dia dah penat kerja, suka hati dialah nak buat apa. Hes the man so he knows what hes doing.

Tapi sejak aku duduk sebelah dia kadang kadang menempel ditepi tengok dia update tu, update ni aku jadi macam 'wau menariknya'.  Dan dari situlah aku start baca blog apa yang dia baca ( Cp peminat http://www.pakdi.net/,  http://www.mohdzulkifli.com/), buku apa yang dia baca (tak semua)dan mula menyibok. Dari malas ke minat dari minat ke teruja. So, bila ada promosi dari Public Gold untuk jadi Dealer hanya perlu beli emas 100g, aku jadi tak keruan. Bukanlah macam 'monkey got flower'. Tak. Ia macam pucuk dicita ulam mendatang. Niat sebenar nak buat pelaburan untuk jangka panjang cuma untuk kami berdua tapi dah alang alang jadi dealer tu, kalau ada orang tanya InshaAllah bolehlah jual.

Kalau Cp, dia lebih prefer dinar. Dinar ni bentuk coin yang comel dan diperbuat dari emas  916. Comel dan bernilai. Bukan apa. Spread dinar lebih rendah kalau nak compare dengan yang lain. Maknanya nilai jual balik tu lebih tinggi kalau spread rendah. Kalo spread tinggi sampai mencecah 25%-30% memang teruklah. Lagipun, 1 dinar bersamaan dengan 4.25 gram. So, takdalah kecik, nipis melayang berbanding dengan nilai 1 gram emas 916.

Anak anak dah balik daa. Cepat sangat van sampai hari ini. Oklah. Nanti aku sambung lagi cerita pasal ni. Sekarang nak mengadap kanak kanak pulak. Sekian.


Tuesday, February 11, 2014

Things I have learned along the way

It has been 10 years, and i have learned quite a few things that I will never ever forget in my life. Marriage is not only about love.

I have a few rules that I cant afford to break it. Boleh gila tau. Bujang tada hal. Surirumah cerewet sikit but I hope its not going to annoy other people.

1. My kitchen is my territory. Shhhy. Its my house, so my rule. I have the power to keep what I want. You want your ideal kitchen, go home and make one. As long as you are in my house, its my frickin kitchen!

2. They are my kids, not yours. You are most welcome to share your fabulous ideas on how to raise children, but stop condemning my way. They are my kids, so again, my way. Thank you and shut up.

3. I am not interested and definitely doesnt really bother to intervene, meddling or whatsoever you decide in your life. I get it. I know how feel.

4. Husband and wife does not have any secret. Besides that ATM, Internet banking or any job related  password, H and W do not have secret. Hey, kata partner kan.

5. Brothers and sisters are blood related, but that does not mean they can say whatever they want about our life. Hey, we're married and its our life. Thank you.

Sunday, February 9, 2014

Me @ 20 weeks, Syafiyah @ 21 mo.

Alhamdulillah, sudah 20 minggu. Test GTT semalam di Perdana. Horray. Kali ini tiada Gestational Diabetes. Thank You Allah. Kanak kanak di rumah sudah mula membagi cadangan nama untuk baby dan membelek buku Nama berulang kali. Terutamanya Cik Kakak Wina. Hamboih. Sabaq le. Awai lagi.

Sudah mula membuat list barangan yang perlu dibeli sedikit demi sedikit InshaAllah bila dah masukThird Trimester nanti. Listing dah, approval ja belum dapat lagi. Cp belum pun review lagi senarai tu. Hish, tak tahulah bilanya.

Cik Syafiyah berkelakuan garang semenjak dua menjak ni. Tapi muka baik sangat masa zzZzz. Tak cukup tidurkah atau tak cukup makankah ataupun tidak cukup kasih sayangkah?Hahhahhah. Tak tahulah. Cumanya harap kelakuan garang Cik Syafiyah ni hanya temporary. Habis semua kena. Abang Aiman, Kakak Wani dan Kak Wina pun takut dengan Syafiyah.

 


 

Ya Allah, cepatnya Syafiyah membesar. Dah boleh main dan geng dengan Kakak Wani dan Kakak Wina. Semoga sentiasa sihat dan membesar jadi hamba Allah yang taat. InshaAllah.


Saturday, February 8, 2014

My GTT is tomorrow!

Esok, InshaAllah third appointment dengan Dr Zana. Malam ni kena puasa start pukul 10 malam sebab esok kena buat GTT. Blueeek. Ayaq manih melecaih lagi. Harap harap, less than  6.8 mmol. Tolonglah. Pleaselah. Positif mode, sila on ok. Dah. Cik Syafiyah dah mula menyerang. Okbai.