Sunday, May 31, 2009

Aku Mau Rehat

Penat, letih dan mau tidur secara banyak dan banyak. Nak angkat tangan pun tada larrrat wooo.. Maybe will update laterrr selepas ...emmm..warrghh...ngantuknya....nak ZZZzzzZZZ dulu..

Tuesday, May 26, 2009

Bodoh Sombong dan Tuttt

Stupid dan begok. Ingatkan semalam dah selesai. Oh kampungku. Hai kampungku. Tak pernah aku jumpa. Ni lah baru pertama kali aku jumpa dengan manusia macam ni. Taksub. Tak sangka pulak ada orang yang teruk macam ni.

Cerita dia macam ni. Kat sebelah rumah tok aku, ada sebidang kecik tanah. Arwah tok wan aku wakafkan lama dulu untuk surau. Surau tu pun dah lama dah. So, ada la sikit peruntukan yang kerajaan bagi untuk baik pulih surau yang dah uzur ni. Mula-mula tu aku pun curiga la jugak. Apasal tak runtuh buat bagi jadi setingkat? Apsal tingkap dia sebelah semak? Apsal baik pulih ja dan tak buat baru? Macam-macam lagilah soalan aku tanya bapak aku. But then, dari sehari ke sehari sampilah aku tengok surau tu dah nak siap, barulah aku nampak. Ooooo. Macam ni. Oooo. Begitu.

Semalam, Hamba Allah yang sangat bertuah ni tetiba ja suka suki nak ubah suai ikut suka dia. Aik. Apa ni. Lepas tu siap maki hamun lagi orang yang buat kerja-kerja tu. Apa kuli boleh suka hati ka adjust ikut suka. Tak boleh kan? Masalahnya, Hamba Allah ni tak paham bahasa. Aku pun tak pasti apa motif dia buat mengamuk-mengamuk kat sini. Setahu akulah, sepanjang surau tu ada kat sini, rasanya baru tiga empat kali Hamba Allah ni naik sembahyang. Dulu pernah sekali dia naik nak berjemaah, tapi lepas tu tegur kat Iman katanya bacaan salah. Bila suruh dia baca, Eh, siapa yang salah ni. Bacaan Hamba Allah ni lagi pelik dan luarbiasa dari Tok Imam tu sendiri. Esoknya, terus tak naik dah. Apa punya perangai ni?

Ada sekali masa pilihnraya, Hamba Allah yang sangat betuah ni dengan penuh rasa bangga p buat sketch pulak kat atas Parti Dacing punya Banner. Ayat yang mencabar pulak tu dia tulis.Apa ke hei ni. Tahu la tak suka. Tapi janganlah sampai nak menjahanamkan harta yang bukan kepunyaan sendiri. Pelik. Bodoh sombong pun ada jugak sikit-sikit. Aku bukanlah penyokong parti Dacing atau parti Bulan. Aku neutral. Tiada masuk mana-mana pihak. Sebagai generasi muda, aku rasa muak, mual dan geli nak ambil tahu bila tengok keadaan politik negara macam Tuuttt. Sorry not interested to talk about this. System bila dah malfunctioned memang tak boleh pakai.

Apa-apa hal pun sambung cerita tadi balik. Tadi Hamba Allah tu datang lagi. Memekik sana sini. Konon dia ja betul. Habih la jadi tontonan orang kampung dan jugak gelak ketawa orang yang lalu-lalang. Lama-jugak la kejadian ni. Ntah angin apa ntah. Sekarang dah reda sikit. Harap-harap petang satgi jangan dia mai pulak sudah bawak parang tajam lepastu..... Hish..ngeri. Tak mau pikiaq ah. Aku senang ja. Telefon Polis. Dah. Habih cerita. Cakap banyak jom kita p sembang kat Balai. Fullstop.

Monday, May 25, 2009

4 more days

Yea. Yea. So happy and excited. Lagi 4 more days. Yea. Hope that everything will turn out well and going smooth macam yang dah di plan. But..woo... woo...I'm sure gonna miss my 3 Little Ninjas. Alah Mone ni. Berdrama pulak. Sekejap ja pun. Baju sehelai pun tak packing lagi. Malas ja memanjang. Lagipun Che Pyan amik leave hari Rabu dan Khamis ni. So, boleh la mintak tolong Che Pyan kemas-mengemas bersama-sama dengan aku yang tak berapa rajin ni. Warghh.. Mengantuk la pulak. Malam ni kena tiduq awal. Esok wani sekolah. Kang anak dah bangun, Mummy duk berlingkar dalam selimut lagi.

Saturday, May 23, 2009

No Public Holiday

Yesterday
Yesterday adalah hari selazy-lazynya. Too lazy to cook, too lazy to do semua kerja-kerja rumah. Pemalas tahap apa ntah yesterday. I even asked my sis to buy KFC for lunch. Apa punya mummy ntah. Tapi me sangat-sangat lazy sampai kalau nak angkat buntut pun tak larat. Ok..Enough about yesterday's lazy day.

Last Night
Me n the whole family that means Che Pyan,the kids as well as my sis Tiah, went toTesco for monthly punya shopping. Untuk apa? Beli groceries la. Sampai penuh satu trolley. Fortunately, bawak Aiman punya stroller. Tidak, hmmm..tak tau nak letak kat mana dah. Nak dukung tak larat. Bukannya Aiman berat sangat pun. Aku ja yang tak larat. Dah habih tawaf dan mebeli semua segala mak nenek, Wani mula dah. Dia mula dah. Dia mula dah meragam. Aku pun mula jugak. Mula naik hangin satu badan. Nak Pondok Pizza! Nak Pondok Pizza! Apa la anak aku ni. Siang tadi nak makan KFC. Malam nak Pondok Pizza pulak. Jenuh. Jam dah pukul 10.30 mlm. Perut dah mula buat irama Rock N Roll. Nak tak nak kena la singgah jugak. Geram aku. Pandai pulak Wani ni. Siap berguguran airmata lagi sebab nak makan Pondok Pizza. Ceh. Drama Queen. Last-last, bukan dia makan pun. Dah selamat p Wonderland dah. GRrrrr. Saja ja berdrama di malam hari. Tapi Big shot memang sedap. MMM.. Yummy. Kalau guna Maybankard dapat 30% discount lagi. The Large Big Shot Pizza itself dah cost about RM 31.00. Tambah Mushroom soup and Garlic Bread lagik. Total semua cuma RM 29.85 ja. Wow. Sesuai la kan untuk orang yang cheapskate macam aku ni. Hahahaha.

Today
My Che Pyan tak da kat rumah. Waaaa. Rindunya. Hello. Today is Saturday. It's my Public Holiday kan? He should be spending his time with me and the kids. But then, today is like macam hari-hari biasa. Che Pyan ada dinner tonight. So, before 10.00 a.m dia dah kena ada kat sana untuk rehearsel tarian. Ewah Ewah. Nak menari pulak ya? Tak kisahlah. Janji tahu menjaga diri supaya tak mengcross border. Hahaha. Hihihi. Huhuhu.

Oklah. Time for me to get some rest. Mau rehat. Banyak lagi benda nak buat satgi. Esok nak balik rumah Mak In Law pulak. Siapa lagi nak kemas kalau bukan aku. Aku. Aku. Dan Aku jugak.

Thursday, May 21, 2009

Kelecehan Melampau

Leceh dan menyusahkan. Tak tau nak buat macammana lagi dah. Sangat suka dengan ia. Tetapi terpaksa mencari pengganti yang baru. Nama pun terpaksa. Khidmat yang dibagi kepada aku pun bukannya tak bagus. Bagus. Tapi aku kena consider perasaan kelecehan orang lain jugak. Takkan la aku nak memikir untuk diri sendiri saja. Ok. Ok. Sudahlah. Sudah malas mau tulis.

Kejap lagi Che Pyan sampai. Aku nak kena bersiap sedia untuk pergi berperang mempertahankan negara bersama-sama. HAhahaha. Bukanlah. Aku nak p dinner berdua dengan Che Pyan. Ceh. Macam tak dak anak ja. Satgi tapau la kat The 3 Ninjas tu. Kalau bawak mau mintak yang bukan-bukan especially The Big Girl. Yahuuuu. Aku malas masak. Sebab lauk tak dak. Yea. Aku nak g Dinner. Che Pyan nak belanja. Yea. Amboi. Boleh buat rhythm lagi tu. Cukup Mone. Pang. Ambik penampaq sebijik. Syhhh. Tu macam bunyi kereta Che Pyan ja. Ok. Tata. Eh Macam nama kereta Made In India pulak. Ok Bye Bye.

Wednesday, May 20, 2009

Say no to Chemical Pesticides and Insecticides

Aku Benci Racun Pembunuh Serangga. Aku Benci Racun Perosak Tanaman. Tidak kisah samada racun yang digunakan indoor atau outdoor. Sangat-sangat benci dan sangat-sangat tidak menyukai apatah lagi menggunakannya. Pernah beli sebab bapak aku suruh letak dalam rumah. Kononnya nak bunuh lipas la, nyamuk la, semut la dan apa bintang yang aku rasa nak bunuh. Tapi haram sekali pun tak pernah guna. Tak tergamak aku nak guna. Apatah lagi memikirkan yang anak-anak aku akan menhidu racun serangga tersebut. Eeeuuwww. Kepada sesapa yang still duk guna lagi pesticide atau insectide, please. Please consider to stop using benda alah itu. It's very harmful not only to the environment, but also to ourself as well as our loved ones. Please stop using it. Kalau nak tau more info kenapa kita should stop guna benda ni, please click kat sini.

Tuesday, May 19, 2009

Magneto dan Megatron yang Jahat

Minggu ni aku tiada perasaan. Sangat bosan dan boring dan bertekanan perasaan. Che Pyan sangat sibuk. Tiada teman berbicara. Tiada teman berpidato. Tiada teman berkongsi suka dan duka. Kenapalah suka sangat manusia-manusia disana mendera Che Pyan yang menjadi kesayangan aku. Tolonglah hentikan penderaan mental dan fizikal (?) terhadap Che Pyan yang menjadi kesayangan aku. Tolonglah. Tolonglah. Aku merayu. Kasihanilah daku. Mintak nyawa..!

Ceh. Merayu pun tak guna. Manusia yang brperangai macam tu memang tak ada hati perut. Pemalas. Nah. Pang! Ambik sebijik penampaq istimewa ni. Mau kerja berjawatan besar. Mau gaji besar. Tapi kerja tak mau buat. Semua suruh Che Pyan buat. Tak respect orang yang senior pulak tu. Nak kena luku? Kerja tak hebat pun. Tapi berlagak nak mampos. Macam bagus.

Eh. Macam mana hang tau Mone?
Sebab aku pernah jumpa manusia-manusia ini beberapa kali. Dan InshaAllah, memang akan selalu jumpa lagi. Ya la. Bowling Inter Branch sebulan sekali. Nih buat Bowling Pat Penjuru pula ni. Mau tak jumpa muka-muka ni. Hari Sabtu nih...wooo..wooo..pun Che Pyan tak da. Ingatkan boleh bersenda gurau seperti biasa dan seperti tiap-tiap hujung minggu. Che PYan dah janji. Tapi..apakan daya.

Mereka itu mempunyai kuasa. Kuasa veto. Kuasa jahat Magneto. Lebih jahat lagi dari Megatron. Kuasa kuku Besi. Kalah Nazi. Hah. Aku benci. Baik aku bermain. Anak kecik dah tiduq. Wani dekat sekolah lagi. Banyak lagi masa ni. Lunch dah siap. Hahaha. Yea. Banyaknya masa lapang. Aku mau main. The Sims..Here I Come! Mari. Mari ke mari. Mari tolong ubati perasaanku ini boneka kesayangan ku. Hahahaha..

Sunday, May 17, 2009

Kita tengok ja

Conversation between Me n Che Pyan.

Mone : Abang, jom kita p Tesco sat. Nak beli barang Aiman.
Che Pyan : Hmmm..Ok.

Kat tempat parking Tesco

Mone : Eh Abang,Fos dah bukak la kat Village Mall. Nak p tengok dak? Ala. kita tengok ja.
Che Pyan : Ok. Kalau nak p Village Mall lepas ni, beli barang Aiman lepas tu terus kita straight p sana (Village Mall). Abang duduk dalam kereta dengan anak-anak. Mone p beli. Satgi kalau abang ikut sekali dengan budak-budak ni hmm..siap la. Bukan barang Aiman saja beli ni satgi.
Mone : Ok. sambil berlari-lari anak menuju ke Tesco dan terus membeli barang Aiman tanpa menoleh kekiri kekanan kedepan dan kebelakang untuk meninjau barang-barang lain. Hebat.

Di Village Mall

Mone : Abang, jom kita tengok kat FOS. Kat Alor Setar tak da. ( Bila mau ada?). Kita jalan-jalan cuci mata sambil survey. LAgipun next week kan kita nak shopping baju dua tiga helai nak p vacation dua orang. Hihihi.
Abang : Ok lah. Mesti tak da offer menarik nih. Lengang ja Mone. Tapi takpa. Nak tengok ja pun.
Mone : Tak pa. Kita tengok la dulu. Bukan kita nak beli pun kan.

Ya, kita tengok dulu. Ayat tu lah yang selalu diguna pakai oleh aku dengan Che Pyan. Ayat keramat kalau masuk shopping complex ka apa. Aku ingat lagi masa kat KLCC. Masa tu tengah survey cincin. Bukan nak beli pun. Kononnya Che Pyan nak bagi hadiah Anniversary la. Ayat yang aku ngan Che Pyan guna, macam biasa la.Takpa. Kita tengok dulu. Bukan kita nak beli lagi. Alih-alih, mungkin kerana salesperson separa man and woman tu pandai, ntah guna ilmu pelaris peringkat apa ntah, terus Che Pyan terbeli. Poor Che Pyan. Terbang melayang duitnya kerana nak tengok aja.

Dan semalam, disebabkan ayat itulah, aku ngan Che pyan tersangkut kat situ kerana mengangkut beberapa helai baju. Yang syoknya, memang pantas gila. Tak pernah aku nak beli baju dan dalam masa yang sama nak pilih-pilih baju dalam masa yang amat singkat. Semalam, aku rasa lebih kurang dalam 45 minit ja aku ngan Che Pyan pilih, beli dan bayar. Hebat kan. Sepantas kilat. Tipu sangatlah tu aku ni. Mana boleh beli baju sepantas kilat. Kalau pantas macam tu, macam mencuri dah tu.

Tapi serius. Memang cantik-cantik la. Mau pening kepala aku. Tengok-tengok jam dah dekat 7.30 malam. Apa kejadah ni. Sampai nak masuk Maghrib pun boleh duk bertenggek lagi membeli-belah. Setan memang banyaklah time tu. Dan kami hampir menjadi sebahagian dari mereka. Nasib la Che Pyan ni tidak lupa mengingatkan diri sendiri dan keluarganya waktu sembahyang ni. Kalau tidak Maghrib dalam FOS la. Tapi kan..tapi kan wooo...wooo..wooo..aku frust. Tak sempat nak ambik seluar ngan baju lagi sehelai. Kat Aiman pun tak sempat nak beli apa-apa. Yillek for Aiman. Wani nasib baik sempat sambar sehelai. Tu pun jenuh pujuk tu. Habis semua kiri-kanan depan belakang habih dia tarik. Lepas tu panggil Mummy..Mummy cantik tak baju ni? Ok tak ngan Wani? Yang Wina duk kalut nak ambik seluar pendek sexy a.k.a Sexy SHort Pant dewasa. Apa la Wina ni. Kalau dia muat pun aku tak beli. PussyCat Dolls boleh la pakai. Wina tak kawan PussyCat Dolls. Wina kawan Puss in Boots. Eh. Silap. Aiman in Boots.

Kalau ikutkan hati, nak ja tunggu lama sikit. Tapi, kalau ikut kata hati, nanti jadik Syaiton. Aku tak mau jadik Syaiton. Takpa. Aku sabar. Che Pyan pun bersabar. Next week nak p lagi. Kesian Che Pyan. Tak sempat nak beli T-Shirts untuk diri sendiri. InshaAllah. Kali ni, kalau p, nak p awal sikit. Tak mau p pukul 6.45 petang macam semalam. Kalau tidak nanti, 'Aiman' jugak yang frust tak dapat apapun. Tapi Aiman tak kisah kan?

Che Pyan's


Hitam Putih Hitam
Mine

Sweater lagi?
Ntah berapa helai dah sweater budak ni.
Bila masa ntah ada musim sejuk kat sini

Wina's
So sweet.


Aiman?
Later ok.
Belum beli.

Friday, May 15, 2009

3 Ninjas

The Ninjas :


Ninja 1 : Wani Yamaha


Ninja 2 : Wina Arigato


Ninja 3 : Aiman Gozaimas



Sumber Kuasa :

Mendapat Kuasa SuperPower dari activiti menconteng dan melukis secara berterusan selama beberapa jam.

Ninja Wani developing Nature SuperPower


Ninja Aiman developing Random SuperPower


Ninja Wina developing Bling Bling SuperPower


3 Ninjas united their forces



The Bad Guys :


Ugly Rabbit


Tumbies Hodoh


BatabataCannotFly



Kesan Kemusnahan:



Kereta Ferrari jatuh dalam laut buatan


Kerusi patah riok


Cradlle baby patah.
Kaki craddle terus lembik tak boleh naik dah


Kereta bertempiaran.


Lihatlah dunia. Lihatlah kesan kemusnahan yang berlaku. Nasib baik ada 3 Ninjas 'menyelamatkan keadaan'. 'Terima Kasih' 3 Ninjas. I love u all no matter who u are and what u did. All of you are my favorite ninjas. Love you all with all my heart.

Saya Tak Kisah

Wow. Penanam anggur. Mengikut statistik yang baru aku dapat tahu pagi tadi, ada lebih kurang 60,000 penanam anggur kat negara kita ni. Hebat kan. Banyak gila penanam anggur. Boleh jadik negara pengeksport anggur. Aku tak tau la aku ni boleh dikategorikan penanam anggur atau tidak. Yang pasti aku seorang surirumah yang berjaya. Perasaan yang sangat perasan tapi disertai bukti yang kukuh. Cewah.

Penanam anggur dan penganggur? Mana satu pilihan hati. Mau tanam anggur atau mau duduk saja sambil terlentang atas sofa sambil makan anggur? Kalau aku, dua-dua aku nak. Satu dapat generate income satu lagi dapat berehat sambil mengenyangkan perut. Tapi ada jugak sejenis manusia yang aku sendiri tak pasti spesis jenis apa ntah yang tak mau berusaha langsung. Duk tunggu ja future employer datang depan rumah bawak surat tawaran kerja. Manusia spesis nih hebat. Memang hebat. Tapi malangnya mana ada kan? Lainlah kalau amik course yang memang sangat- sangat critical sekarang ni. TU tak payah cakap la. .

Kenapa ramai sangat penganggur? RAmai tu 60,000. Berpuluh-puluh ribu lemon. Kerana tidak banyak pekerjaan? Aku rasa tak kot. Cuba bukak The Star setiap hari Sabtu. Tebal apa pages untuk pencari-pencari kerja. Pilih ja. Tu kalau nak mintak kerja ngan swasta la. Kalau nak mintak jadi servant kerajaan, ermm..aku no comment, tak dak comment n tak mau bagi comment.

Aku rasa dalam 60,000 orang tu mesti percentage dia ramai perempuan kan? Biasalah. Perempuan kan pandai sikit. Aku rasa kan, mungkin sebab berlambak-lambak sangat orang ambik business admin dan computer science sampai dah jadi lambakan pulak di pasaran. Jadi terpaksa la pandai-pandai kena improvekan diri sendiri untuk bagi future employer tu impress. Tu semua andaian aku ja sebab aku sendiri pun tak tau kenapa sampai jadi banyak macam tu yang menganggur.

Tak tahulah wei. Sayang la. Aku kalau boleh, aku pun nak kerja. Tapi anak-anak aku nak letak kat mana? Siapa yang sudi nak mengasuh anak-anak aku yang manis- manis dan baik-baik itu? Siapa? Aku rasa tak da. Silap haribulan, pengasuh tu ambik tali gantung diri sendiri tak pun pretending to be sick ka apa sebab phobia nak jaga anak-anak aku yang manis-manis dan baik-baik itu. Oh. Aku tak mau bertanggungjawab.

Aku? Aku tak bekerja. Pun bukan dalam kategori penganggur walaupun aku ada Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam Perbankan Islam. Aku bukan tak pandai. Though aku tak dapat First Class Honour, aku grad dengan Dean's List tau. Ceh. Nak habaq jugak tu. Sudahlah Mone. Semua itu sudah tidak berarti lagi. Aku seorang surirumah. Surirumah yang berjaya. Alhamdulillah. Kenapa? Sebab aku mempunyai 3 little kids yang comel-comel, blessed with Great and Good Husband iaitu Che pYan, cukup makan, pakai dan minum dan yang penting sekali aku bersyukur dengan apa yang aku ada.

My Dearest Che Pyan, i don't want that Livina, Innova or the new Exora. Cukuplah dengan Kereta Nasional yang kita ada. Walaupun kecik cukup-cukup ja untuk kita berlima, I don't mind at all. Tak payah pikiaq. Nanti kalau ada rezeki dan tertambah anak pulak, baru kita pikiaq ok. Buat masa sekarang MPV bukanlah necessities. Not now.

Thursday, May 14, 2009

About Time

Yes. It's about time my che Pyan should put a smile on his face. About time he should be happy. About time I should be happy too. Sekejap tadi around 8.30 pm, che Pyan balik. Nampak ceria macam kanak-kanak Ribena. We talk about this and that. We talk about his day at work.

Tak macam selalu. Tak macam for the past few months. Balik rumah sangat tidak berenergy langsung. Sudah berjuta-juta lemon kata-kata semangat diberi. Sangat kurang berkesan. Kadang-kadang aku rasa macam aku ni teruk sangat. Eh. Bukan teruk sangat. Teruk sikit ja. Ya lah. Aku tak pandai pujuk memujuk ni. Mengcomfortkan orang jauh sekali. Kalau berleter tu aku pandai la. Nombor satu.

Ceh. Ni dah menyimpang dari cerita sebenar. Aku sangat happy sebab Che Pyan sudah happy. Che Pyan sangat happy sebab dia dah confirm. Yea yea. Tak payah pikiaq lagi. Tak payah pikiaq nak tanam sayur apa, nak bela kambing banyak mana, nak bela ikan apa untuk menjana income keluarga ini kalau Che Pyan tak confirm.

Serius. Aku dah terbayang dah macam mana hidup aku nanti kalau Che Pyan sudah tidak makan gaji lagi. Pagi-pagi aku ngan Che Pyan lagi dah kena bangun. Maklumla nak ke kebun sayur-sayuran organik. Lepastu balik rumah bagi ikan keli makan pulak. Tengahari, terkedek-kedeklah aku ngan Che Pyan menarik-narik kambing untuk dibawak ke tempat meragut. Wow. Macam seronok. Tapi pun, memang selama ni Che Pyan bela kambing pun, tanam sayur organik pun dan bela ikan keli pun. Tapi tu projek kecik ja. Maklumlah. Nama pun Penternak aka Petani part time. Bukan dapat buat income, lagi keluaq duit adala.

Apapun, Alhamdulillah. Akhirnya Che Pyan dah confirm. I knew it. Ermm...My Dear Che Pyan..kita nak celebrate kat mana confirmation u tu..? Wo ai ni...

Tekanan Bermain

Aduui. Sakitnya perut aku pagi. Ni mesti sebab aku makan jamu tu. Panas nak mampos tekak aku. Mau satgi tonsil bengkak pulak. Aku pepandai ja p tambah dos semalam. Sepatutnya aku makan sebijik ja. TApi entah pasai apa tetiba menggatal nak tambah lagi setengah kerat. Padan muka aku. Satgi siap la kena pergi berperang. Tekanan.

Yea. Hari ini hari Khamis. Esok hari Jumaat. Lusa hari Sabtu. HARI SABTU. Yea. Che Pyan cuti. Yea Yea. Seronoknya. Seronok sehingga tak terkata apa-apa. Ceh. Macam menang loteri ja aku ni. Tapi hari ni baru hari Khamis. Ada lagi 48 jam nak ke hari Sabtu. Ada lagi 2888 minit. Hah. Ada lagi172800 saat. HAH. Lamanya. Warggh. Tekanan.

Semalam Che Pyan balik lewat. Lebih kurang pukul 9 baru sampai rumah. YA Allah. Apsal lambat ni. Aku ni dah separuh pengsan dah lapaq nasik. Padan muka aku. Makan sorang-sorang tak mau. Nak tunggu Che PYan jugak. Padan muka aku lagi sekali. Dah la menggigil dan menggeletar kelaparan kalahkan orang Afreeeka lagi. Salah siapa? Aku jugak. Tapi En Tuut lagi salah. Tahu la anak bini dia tak dak kat sini. Jadik Lone Ranger. Apsai he has to drag my Che Pyan along with him just to minum Teh susu yang mengambil masa selama 1 hour. Hangin satu badan. Kipas berpusing pun tak terasa angin lagi dah. Dah berapa kali dah dia buat camni. Cukup-cukup la buat perintah berkurung kat office tu. Takkan lepas office Hour pun ada perintah Berkurung lagi. Bagi la aku peluang nak bersenda gurau ngan Che Pyan pulak. Tekanan. Tekanan.

Omg. Esok hari Jumaat. Baru ja aku teringat. Mak mertua aku ajak balik rumah dia. Suruh balik ambik buah mempelam. Baju haram satu helai pun tak kemas lagi. Esok mesti lepas Che Pyan balik kerja terus nak gerak. Alamak. Baju tak lipat pun selonggok sana, setimbun kat sini. Banyaknya kerja aku hari ni. Banyaknya Dateline nak kena siap ni. Banyaknya. Tekanan. Tekanan. Tekanan. Tekanan.

Malasnya. Baik aku p dapur makan. Apa apapun, sebelum nak buat kerja kena recharge dulu. Makan kenyang-kenyang then baru buat kerja. Baru kerja boleh siap dengan cepat dan tepat pada masanya. Pastu boleh main The Sims pulak. Ngehngehngehngeh.

Wednesday, May 13, 2009

Mother's day Award from Sissy Sha

Award menatang pa ntah Sha ni. Mother's Day? Anyway, Thanks Sha. Award duit ringgit takdo?


Err lagi satu nak tanya skit Sha, hadiah nya tea set tu ka? Wow...! I like. Pos kat rumah ya.. I tunggu..Hahahahahah

Jom Starfall

Disebabkan beberapa hari yang lepas aku telah banyak menulis benda -benda yang crappy dan sangat tidak berilmu, hari ini, aku dengan semangat baru dan berkobar-kobar telah mendedicatekan satu entry yang berilmiah khas untuk ibubapa yang ada anak yang lebih kurang sebaya ngan anak aku. Untuk hari ini sahaja. Kalau nak lagi entry berilmiah, pandai-pandai la surf sendiri.

Aku tak la rajin. Pun bukan dalam kategori pemalas yang terlampau. Aku cuma seorang surirumah yang tak berapa sibuk dan kadang-kadang mensibukkan diri sendiri dengan membuat benda-benda yang membuang masa yang kadang-kadang tak berfaedah. Di sebabkan my little kids pun suka sangat duk mengadap benda ni,kadang-kadang tu sampai tak makan pun takpa, aku start browsing untuk cari educational punya website yang sesuai untuk anak-anak aku. Dalam duk mencari tu, aku terjumpa lah satu website ni. Starfall.

Memang menarik dan sangat interctive. Superb. Kalau disuruh aku bagi markah atau pun bintang emas, mesti aku bagi 10/10 atau 1000 Bintang Emas khas untuk Website ni. Dalam banyak-banyak site yang aku dah browsed, aku rasa inilah yang paling best dan sangat user friendly. Tau sajalah bebudak. CEpat sangat dah boring. Cuba bagi kat budak-budak kecik main game tembak-tembak ka, game baling-baling ka, game bunuh binatang ka, sure tak boring dok mengadap pc. Jadi untuk mak bapak yang tak mau diganggu oleh anak-anak buat seketika dan dalam masa yang sama anak-anak buat benda yang berfaedah trylah bagi anak-anak mengexplore website ni.

Kelebihan:

It's FrEE, FRee and FrEe

Sangat Interactive

User friendly

Menarik dan colourful

Sangat Fun, FUN FuN..

Aku pulak yang terlebih lebih..Trylah kalau tak percaya...

Tuesday, May 12, 2009

Jadi Penonton Lagi

Malasnya aku. Rasa malas semalas malasnya. Dah la cuaca redup tak redup. Mendung tak mendung. Nak kata tak hujan malam ni, pun aku tak pasti sebab aku memang tak tengok ramalan cuaca. Kalau for the past few months asyik merungut panas, hangat, berkuap dan macam macam lagilah yang berkaitan, sekarang ni asyik mendung tak hujan hujan. Kalau sidai baju tu, jangan harap la pukul dua tiga petang boleh amik. Lembab lagi ada la. Che Pyan, beli Dryer satu. Melampau betui aku ni. Mintak tak ingat punya. Dryer bukan murah. Baik aku ajak Che Pyan bawak satu family p holiday. Itu lagi bagus. Erm..kat mana ya..? Tak habih lagi berangan. Macam banyak sangat duit tu.

Selalu kalau dah petang camni, aku duk kalut kat dapur. Biasalah . Tukang masak merangkap Tukang makan. Since tadi tengahari aku dah masak banyak, lauk tu carry forward la bawak ke petang. Macam baru belajar Accounting pulak. Eee..Aku paling tak suka subject Accounting dan yang sewaktu dengannya. Tekanan. Tapi nasib baik waktu aku belajar dulu aku lulus. Tidak tak dapat la aku kawin dengan Che Pyan.

Satgi malam aku nak ikut Che pYan p main bowling. Ceh. Bukan tau main pun depa semua tu. Aku lagi terrer. Aku pun boleh pegang bola sebelah tangan, lepas tu hayun kat lane tu. Susah ka? TAk susah pun. Takat hayun camtu aku dah biasa dah. Berlagak tak ingat punya. Kang tak pasaal-pasal Che Pyan mogok tak mau bawak aku p tengok depa main bowling. Cakap besar sangat. Oklah.. Aku tak reti main pun sebenarnya. Nak angkat bola pun tak larat, ni nak p hayun pulak bola tu. Buat malu diri sendiri dan Orang-orang sekeliling ja.

Aku baru teringat. Aku tak siap lagi buat rumah dalam The Sims. Satgi jadi project terbengkalai pulak. Aku ni dah tahap ketagihan dah ni main The Sims. Ini semua adik aku punya pasai. Sob, lepas ni kalau balik rumah, toksah la dok install game yang best-best kat sini. Nanti kakak tak masak, nanti ada orang kebuluq, nanti abang Pyan merajuk lepastu lari dari rumah pulak angkut semua sekali Wani, Wina ngan Aiman. Oh tidakkk!

Monday, May 11, 2009

Perangai Syaiton

Ketawa itu ubat. Mengilai itu mencari penyakit. Betul tak? Betul kan? Kalau tak betul pun tak pa. Aku tak kisah. Bukan luak satu sen pun duit aku ni. Saja ja tulis benda ni. Tiba-tiba teringat. Sebenarnya aku bukan nak tulis pasal ketawa ka, mengilai ka, duit satu sen ka. BUkan. Semua pun bukan. Topic kita di kedai kopi hari ni ialah berkenaan hubungan kekeluargaan. Lebih tepat lagi, hubungan ibu bapa dan anak-anak. Ini adalah dicedok dari kisah benar. Tiada penambah perisa atau pengawet yang berbahaya.

Anak-anak masa kecik-kecik semua ditatang bagai emas yang penuh jewelry box. Apa nak semua bagi. Sakit sikit ah uh ih, terus mak bapak tanpa berlengah pecut kereta 100 km/j jalan bandar bawak p klinik. Jangan nyamuk, semut pun aku pijak sampai mati kalau gigit anak aku. Kalau boleh sampai ke sarang semut aku cari. Tapi tu dulu. Itu masa kamu dan kamu itu masih kecik-kecik lagi. TApi sekarang, kamu itu dan kamu ini sudah besar dan dah bekerjaya. Semua dah ada kereta besar, rumah besar, company besar, isteri atau suami besar oppps..isteri nak yang slim pulak...oooo..pandai dan segala macam lagilah. Senang kata dah berjaya la.

Bila dah berjaya lain pulak cerita. Ini baru nak cerita betul-betul. Tadi warming up ja. OK ok. Soalan nya ialah, ada berapa kerat manusia yang tak menyusahkan mak bapak dia bila dah dewasa dan berumahtangga? Aku tak tahu. Kalau nak tanya statistiknya lagilah aku tak tahu. Tapi aku kenal lah beberapa manusia yang berperangai macam ni. Untuk memudahkan pembacaan, aku dah buat senarai beberapa jenis perangai manusia yang macam ini. Dengan lebih tepat lagi yang berperangai seperti Syaiton ini.

1. Tukang Perabis Duit
Ramai aku jumpa orang macam ni. Pemalas nak mampos. Kerja dia ialah; buat taik mata, makan seperti pelahap, tiduq macam Vampire (lamanakmampostiduq), berpartayy guna duit mak bapak yang tak berapa ada duit, mengharap belas kasihan dan ihsan dari adik-beradik memberi sumbangan untuk meneruskan kehidupan diri sendiri yang sememangnya dah terlampau. Orang macam ni memang melampau, terlampau kang aku bagi penampau.
Hukuman: Jangan bagi makan, Jangan bagi muka, jangan bagi duit. Pedulikan orang yang berperangai seperti Syaiton ini. Paling best halau keluar. Kasi dia rasa langit tinggi rendah.

2. Ada Duit Aku Joli, Takda Duit Ibu bapa Mari
Ini lagi satu spesis perangai yag aku tak tahan. Masa ada duit yang tak berapa banyak sangat pun tu, beli sana beli, hiking shopping complex sana, trekking shopping complex sini. Ada hang heran nak bagi sikit kat mak bapak hang tu. Ada hang ingat nak hulur seratus dua kat mak bapak hang yang duk ada lagi tu? Hujung bulan tak pun time terdesak, lemah lembut terus ngan mak bapak yang tak dipeduli masa ada duit hari tu. Manusia apa ni? Lagi teruk perangai dari no satu kat atas tapi dalam kategori yang sama jugak iaitu perangai seperti syaiton.
Hukuman: Pedulikan, Jangan dilayan dan Boleh Jalan.

3. Kurang Ajaran
Yang ni tahap Syaiton nombor tiga yang aku paling tak tahan. Perangai kurang ajar dan tak boleh dengar lansung orang bagi nasihat. Kalau orang bagi nasihat sikit, mula la buat perangai macam apa ntah. Geram betui aku. Yang paling kurang ajar kalau isteri yang tak reti bahasa ni megadu kat suami, then suami tu pulak bengong p marah mak atau bapak dia sendiri. Ini masuk dalam kategori kurang ajar la ni. OOOooo masa dah berbini, dah pandai nak marah-marah dan overacting dekat mak bapak sendiri. ooooOOO pandai. Nak mengarah sana, mengarah sini. Apa hebat sangat taraf kamu tu sampai boleh mengarah mak bapak sendiri. Fuii..Hebat. Bagi tepukan gemuruh kat orang yang macam ni.
Hukuman: Rendam dalam air panas menggelegak sehari semalam dah disuruh memohon ampun dan maaf kepada Ibu dan bapak yang dikasihi dan disayangi.

Aduh. Aku sakit kepala la pulak. Malas ah nak tulis lagi. BUat habih tenaga mental aku ja. Baik aku tengok Tv, tak pun main dengan anak-anak aku sambil tengok Tv. Sebelum itu aku ada nursery rhymes khas:

Untuk orang sekeliling aku

Aku tidak sempurna
Aku banyak kekurangan
Aku banyak kelemahan
Aku pun manusia
Aku pun tidak terlepas dari dosa
Pun tidak terlepas dari membuat salah
Orang lain aku tidak tahu
Dan aku pun kalau boleh tak mahu ambil tahu
tapi nak buat macammana aku tertahu dan diberitahu
Apa yang aku pasti
Aku mahu berubah
Sentiasa inginkan yang terbaik
Bukan saja untuk diri aku
Malahan untuk semua orang disekeliling aku
Kerana tanpa mereka semua
Siapalah aku
Manusia yang murung selalu
Tidak mahu ketawa
Tidak tahu tersenyum
Kerana mereka aku berusaha
Mengubah sedikit demi sedikit
Tidak ketawa menjadi ketawa
Tidak mahu senyum kepada tersenyum
Kerana aku tahu
Hanya yang terbaik untuk mereka
perlu aku sediakan dari diri aku.

Jalan-jalan Cari Penat

Fuh. Berpeluh gila pagi ni aku nak bagi Aiman tiduq. Seksa betui aku tengok. Finally, aku berjaya. Yea. Aiman sudah tiduq. Aku boleh mengadap menatang ni sambil breakfast. Aku nak cerita pasai smalam. Smalam, tidur macam baby. Bila masa pulak aku jadi baby ni. Sebenarnya, smalam aku tiduq dengan nyenyak. Nyenyak sebab terlampau letih. Petang smalam (berapa banyak perkatan smalam daa..) aku ngan Che Pyan bawak the kids p jalan-jalan kat Bandar DarulAman. Ceh. Bandar Darul Aman konon. Jitra la. Kat situ ada satu kawasan rekreasi untuk family dan jugak untuk orang yang banyak masa terluang dan tak tau nak menghabiskan masa mereka kat mana. Aku tak pernah p pun. Ni first time la ni.

uwaaa...Ayah ngan kakak tinggai...


Takpa..oooooo...
Tinggai Aiman..Aiman boleh jalan sendiri!


Manalah orang tak tinggal..
khusyuk tengok orang main bola


Yea..Aiman boleh fly..
Aiman macam SuperBoy


Aiman naik, kakak jaga Aiman kat belakang ok?


Wina happy...


..Termenung jauh..


Tunggu sat..Aiman nak rehat..letih..


Uikss..Bahaya betui main ngan kakaks...
Aiman trauma.

Dah habih puas main dan bersenda gurau anak-beranak, pukul 7 lepas tu singgah rumah Wana ngan Bain pulak. Rumah depa area situ jugak. Dah alang-alang p tu singgah la sat, boleh sembahyang Maghrib sekali. Lepas Maghrib baru balik rumah. Sampai ja rumah terus semua pakat pengsan. Aku? Aku tak leh pengsan. Ada setambun lagi baju nak kena lipat tu..Kalau aku pengsan sapa nak lipat?

Saturday, May 9, 2009

Saya Nak Cuti Bos Tak Bagi

Hari ini hari Sabtu. Hari ini saya bekerja. Dengan tidak rela hati saya bekerja. Saya terpaksa buat OT. Saya tidak diberi kebenaran untuk bercuti pada hari ini.Dah la fail bertimbun-timbun. Selonggok hujung sana. Selonggok hujung sini. Bos saya sangat garang. Jadi saya bekerja dengan tekun hari ini. Pada waktu makan tengahari saya telah ke pejabat Buruh untuk membuat aduan tentang Bos saya. Saya juga bercadang untuk memfailkan saman dan menuntut gantirugi sebanyak RM10,000 kerana tidak dapat bercuti hari ini. Mana boleh! Semua orang cuti, saya pun nak cuti jugak. Takkan saya nak duduk mengadap kerja saja. Family saya pun perlukan kasih sayang dari saya. Saya nak cuti. Saya nak cuti. Saya mahu cuti. Tapi bos Tak bagi. Bos kedekut cuti....Ok Bos. Nah surat berenti kerja. Saya resign dua puluh pat jam effective tadi lagi. HahahahahKahkahkahkahHiiHiHihi..ni dah mengilai ni..eee.. Takut. Ni kalau Che Pyan baca Mampoooss...Mau kena tembak pakai M16 ni. Sorry Boss. Gurau sikit.. Jangan marah.

Surirumah ada public holiday? Mana pernah ada istilah tu. Tak pernah wujud pun. Kalau pun wujud, aku yang cipta sendiri cuti tu sesuka hati.Mana ada surirumah bercuti. Surirumah pergi holiday adala. TU pun dengan Tuan Rumah dan anak-anak Rumah. Eee pening aku baca ayat yang aku taip sendiri. Selalu hari Sabtu aku jarang masak. Bukan sebab aku sibok, tapi sebab aku malas. Ya la. Kalau aku sibok kat dapur, sapa nak layan Che Pyan ngan anak-anak? Ada kenal sapa-sapa nak tolong? Tengok? Tak dak kan? Aku jugak la. Bukan apa. Hari Sabtu ja la boleh spend masa betul-betul ngan family. Hari Ahad asyik nak merayau ja. Tu tak kira nak berwindow shopping lagi.

Since Che Pyan dah dua hari berturut-turut makan malam dengan makanan yang bukan homemade (semenjak hari Khamis tuuuuu..) , aku pun dengan rasa yang amat rajin telah memasak pada hari ini. Sedap wooo..Siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri..Tengoklah apa yang aku sediakan untuk lunch hari ni...ErrrKkk..Sorry..terlebih kenyang..

Kari kapla Ikan Kaler Putih


Ni baru betul..Tadi tu ee..geli la..
Kari kaler putih?....mana ada..


Hotdog Masak Kicap
..Lauk Budak Kecik..


Ulam..Daun Putatan dari Sabah (bohong)
Daun Putat la..

Inilah makanan untuk lunch tadi. Huwarrgghh..dah menguap dah. Ngantuk dah ni. Esok dah nak kena bangun awal. Nak kena pergi Pejabat Imigresen. Urusan pasport. Enggak percaya? Iya dong. Gue kangen sama orang kampung gue. Mau nggak ikut balik kampung? Nggak bisa? Pang...Nah penampaq sebijik. Nak sangat cakap bahasa ITU. Ni lah pengaruh Tv. Bukan salah aku.Tv yang salah. Aku tak salah. Aku tak salah. Aku tak ZzzZZzzZZZZZZzzZZZ..........................

Friday, May 8, 2009

Manusia Pelik

Manusia sekarang semakin pelik. Manusia sekarang dah tak peduli tentang privacy orang lain. Bila-bila rasa nak call ja, terus call. Tak kiralah pukul berapa pun. Even nak dekat midnight pun ada. Manusia macam ni memang tak boleh di bagi muka. Patut bagi penampaq sebijik. Tolonglah. Kasihan pada Che Pyan yang dah 3 suku hari dah duk kat pejabat. Balik rumah pun nak sibuk tanya itu tanya ini. Masa office hour tak mau pulak telefon. Apa ingat waktu bekerja hang pa ja ka yang sibuk? Orang lain tak sibuk? Che Pyan tak sibuk? Bagilah dia rehat. Nak spend masa ngan anak bini.

Bulan dah duduk bertenggek atas kepala pun nak sibuk telefon rumah orang. Kenapa tak boleh tunggu esok ja? Kalau hang telefon malam-malam apa ingat boleh approved ka? Come on la. Kadang-kadang baru ja sampai rumah, baru ja nak bukak kasut dah En tuuut telefon, pas tu En tuuutt lagi satu telefon. Semalam lagi aku hangin satu badan. Ada ka patut call pukul 11 malam nak tanya pasal loan. Bengong apa. YEnnadey!! Porengge. Paitio. Korengge. MAcha. Ayyoyo..Tolonglah Aci. Burung pun tau balik nak tidur sebelum maghrib. Apatah lagi Che pYan yang dah malam baru sampai rumah. PAdahal tempat kerja bukan jauh pun.

Perangai pelik. Manusia yang tak tau nak menghormati privacy. Hari minggu jangan cakap la. Kringg sana Kring sini. Bengong lagi. Kalau mak Yah ka, adik beradik ka, bapak aku ka call, tak pa la. Ni tidak. Ntah sapa-sapa ntah. Boleh approve tak? Bila bleh approve? Nih saya nak hantar borang nih, boleh amik sekarang? Wooiii...! Bengong lagi. Ada ka hari Sabtu dan Ahad nak tanya benda-benda cam ni? Hari weekend pun nak sibuk. Apa ingat orang tak dak rumahtangga. Bila-bila rasa teringat nak telefon terus dail camtu ja.

Aku tahu dan aku pun faham. Tapi tak la faham sepenuhnya. Aku pun pernah kerja bank sat. Ya..memanglah kalau customer call kena entertain, tapi yang customer tu sangat bengong kenapa? Tak leh tunggu hari kerja ka? MAcam tak dak benda lain nak buat. Inilah dia manusia ni. Bila bab duit ja, hemoi sana, hemoi sini, sondol sana sondol sini. Untuk sapa-sapa yang nak buat deal ngan pekerja bank, silalah buat ofiice hour. Tak yah la nak menyusahkan diri-sendiri. Tapi kalau nak buat Internet Banking atau nak deposit duit atau deposit cheque atau nak keluarkan duit, itu silakanlah anytime sesuka hati kamu. Tahu sebab apa? Sebab mesin-mesin dan server ni semua tak tidoq, tak yah makan dan sudah semestinya tak yah rehat. Kalau adapun waktu rehat mungkin masa nak buat maintenance la kot. Tu pun sekejap. Tolong jangan menyusahkan manusia yang dah bekerja separuh pengsan kat pejabat dan balik rumah tak cukup pengsan nak bagi pengsan pulak. Pleeaseee....

Thursday, May 7, 2009

Selamat Hari Bomba

Kusyukk gila Wani sampai aku panggil pun tada pedulik..

Hari ini tak berapa senang. Sungguh sangat tidak senang. Pepagi lagi dah bangun. Sibuk sana sibuk sini. Che Wani masuk pertandingan mewarna. Anak yang nak masuk, mak yang kelam kabut lebih. Bukan apa. Teringin jugak nak tengok kehebatan anak aku mewarna. Dah la nak gerak p pukul 8, pukul 7.45 baru dok terhegeh-hegeh iron baju che Pyan.. Baju batik pulak tu.Lagi la melambatkan dan melewatkan lagi kerja nak bersiap aku. Selesai dah semua urusan che Pyan, aku pun meneruskan perjalanan ke destinasi impian tersebut (ceh..destinasi impian kunun) dengan menumpang ayah. Sesampai ja kat situ, anak aku ngan Cikgi dia tak sampai lagi. Bawak la Aiman jalan-jalan dulu. Sempat jugak mengajar anak menghargai sekitar.

Cucu wan...

Suka sungguh panjat budak ni

..Buai laju-laju..

Phewiitt...phewitt...you wanna ride with me?

wina pun sama nak sibok

Nasib baik tak runtuh trak bomba kenit ni..

Wan..lepas ni kita p sana pulak..

Sini la wani...Mummy kat sini..

Adeh!..Cikgi terjatuh atas Wani..

Selesai sudah sesi melawat Hari Bomba. Lapar gila tadi. Asyik dok layan berjalan, perut aku jugak yang sakit. Sapa yang susah. Aku jugak..Nasib baik bapak aku bawak p breakfast lepas tu..Janji kenyang sudah..Apapun Selamat Menyambut Hari Bomba kepada sesiapa saja yang menyambutnya. Terima kasih kepada mereka yang bekerja sebagai bomba yang bertungkus lumus menyelamatkan sesiapa saja yang dalam kesusahan. Ceh..Macam lagu Wonderpets pulak..Dan tak lupa jugak terima kasih kepada Che Pyan kerana mengkonsider untuk membeli benda Itu..I dah dapat the quotation, so what do you say? Can I have it?...ngeh ngeh ngeh ngeh.. I Love u...

Wednesday, May 6, 2009

Pap Smear ..Sudahkah Anda?


HAppy..! Happy..! Happy..! I'm so happy today. So happy for everybody. So happy to see that my friends n family are so happy with their life. Me? I'm happy with my life too. I have a great father, great husband, great brothers and sisters, lovely kids and all the great things that a wife like me could ever have. I love them so much. Without them,there will be no Me.

Mana ada manusia boleh hidup sorang-sorang kat dalam dunia ne termasuklah kamu dan kamu dan kamu dan ramai lagi. Kalau rasa nak hidup sorang-sorang tu, that person better pack his/her bag and all his/her belongings and duduk kat dalam gua kat sana tu...Nun di sana tu...Boleh kawan ngan Mr and Mrs Monkey, Mr and Mrs Elephant dan ramai lagi. Tu pun kalau nak berkawan la. Kalau nak duduk sorang-sorang jugak, jangan keluaq dari gua tu.

Ok. Stop it. I'm gonna cut the Crap. Assalamualaikum kawan dan saudari..Dah buat Pap Smear ? Kalau belum, pergilah buat (Hello Sha..are you there? are you reading this?). Bukannya lama pun. 5 minit pun tak sampai. Tak sakit pun. Makan ntah ka lagi lama pada tu. Buat lah. Kita ni boleh mencegah ja kan. Aku bukan apa. Ya lah. Terpulanglah pada individu tu sendiri. Takkan aku nak paksa kot. Kalau aku doktor pun aku takkan paksa. It's about you and how you take charge of yourself, your life. Bukan aku dapat duit dari Kementerian Kesihatan pun bila aku cakap pasal Pap Smear ni. Klinik swasta jauh sekali la nak bayar kan. Lagi kena keluar duit sendiri adalah..

Aku rasa semua orang yang dah beranak pinak dan sexually active tahu tentang kepentingan buat Pap Smear ni. Nak terang banyak-banyak susah. Kang silap fakta, aku kena tuduh membawa ajaran sesat pulak. Pergilah jumpa yang ahli ok.

Bukan nak melolong dan membebel tak tentu pasal. Jangan jadi macam aku. Tak tahu apa dulu. Aku ingat lagi masa mak aku mula-mula sakit tu. Masa tu aku tengah study kat Shah Alam lagi. Ingatkan biasa ja. Pergi check kat hospital, terus kena buat operation. Ayah aku kata mak aku kena Kanser Ovari stage 4. Apa stage 4 tu? Maklumla, tak pernah dengar dan tak pernah ambil tahu pun. Ayah dengan mak aku kata tak da apa. Lepas operation ni ok lah.InshaAllah. Aku pun tanya la roommate aku kenapa ada stage pulak. Dia pun explain la kat orang yang tak berapa pandai ni. Dia kata kalau Breast Cancer sampai stage 6. Mak aku kena Kanser Ovari stage 4. (ni dah last stage) oooo...Aku pun ingat chances nak sembuh tu tinggi sebab aku yang bengong ni ingatkan Kanser Ovari pun ada sampai Stage 6...Aku tak pandai dan tak ambil bidang kedoktoran. Ayah aku pun tak kata apa. Tak ada seorang manusia dewasa dalam family aku yang habaq mak aku sedang betarung nyawa dengan harapan yang sangat tipis. Kami adik-beradik memang tak tahu langsung! Tak diberitahu dan aku tidak tahu kenapa. Apa yang aku nampak hanyalah muka dan wajah ceria yang mak aku tunjukkan setiap kali aku melawat dia kat hospital. Cuma sekali ja aku pernah nampak mak aku menangis. Dia kata dia sedih tak boleh balik rumah. Aku yang bodoh. Aku tak tahu mak aku sedih sebab dia tahu dia takkan hidup lama lagi. Dia sedih nak tinggalkan adik-adik aku yang masih kecik lagi masa tu. Aku yang bodoh ni teruskan hidup aku macam biasa. Study. Dengan harapan yang menggunung tinggi mak aku pasti sembuh. Ayah aku pun kata tak dak apa-apa. Masa dua minggu sebelum mak aku pergi, aku balik jumpa dia. MAsa tu aku rasa macam nak sangat peluk dia puas-puas, cium dia puas-puas tapi aku malu. Apa bodoh anak malu nak cium mak dia. Hati ni memang meronta-ronta tapi sebab malu punya pasal dengan ramai sangat orang masa tu aku jadi bengong. Aku pun balik la Shah Alam. Suatu pagi tu hari Sabtu waktu aku tengah basuh kain, hati aku ni berdebar-debar semacam. Rasa macam nak terbang balik tengok mak aku. Rasa macam nak balik sekarang jugak. Aku terus call bapak aku. Bapak aku kata ada nak baca Yasin sikit. Aku terus gelabah. Kenapa tak bagitahu! Shah Alam bukan dekat dengan Alor Setar. Kenapa? Aku terus call adik aku yang duk kat Shah Alam ajak balik. Masa tengah dok tunggu bus nak balik Alor Setar tu, aku dapat berita mak aku dah tak da. Mak aku dah pergi! Aku still kat Shah Alam lagi Ya Allah. Aku dah tak sempat nak minta ampun kat mak aku. Aku banyak dosa kat mak aku. Ya allah..

Dalam bus tu, sepanjang jalan aku menangis. Aku tak peduli. Nak tengok, tengok la. Aku tak malu. TApi masa nak cium mak dan peluk mak aku, aku malu. Kalau boleh patah balik waktu, mesti aku akan cium dam peluk mak aku kuat-kuat. MEsti aku sayang dia banyak-banyak macam dia sayang aku masa aku kecik dulu-dulu. Tapi dah tak sempat. Aku sampai rumah mak aku dah selamat dikebumikan. Tak sempat tengok langsung mak aku buat kali terakhir. Dan selama-lamanya. Walaupun nak cium dahi pun tak sempat. Aku tak dapat peluang terakhir tu. Kenapa sampai macam tu?..Besoknya baru boleh ziarah kubur mak aku. Ya Allah.. Dugaan apa ni..

Walaupun aku sedih, tapi aku terpaksa redha. Aku tak da rezeki nak tengok mak aku walaupun untuk kali yang terakhir. Tapi rAsa terkilan ni tak kan hilang sampai bila-bila pun. Untuk peringatan diri aku sendiri dan juga yang ada anak-anak atau yang bakal menpunyai anak-anak, peluk dan ciumlah anak-anak selalu walaupun anak-anak dah besar. Amalkan. Supaya tak jadi bengong macam aku. Dan untuk Bapak aku yang menyimpan rahsia itu, aku faham, mungkin dia tak mau ganggu Study aku. Aku redha. Aku tak marah langsung bapak aku. Cuma aku kecik hati sikit ja. Tapi apalah sangat kecik hati aku yang nak dibandingkan dengan pengorbanan dia membesarkan dan menyara aku adik beradik dan sentiasa cuba memenuhi keperluan kami yang tak pernah cukup-cukup masa di bawah tanggungan dia dulu. Terima kasih Ayah..

Opps lupa nak bagitau info ni. Pap Smear tidak boleh mengesan Kanser Ovari. Kanser Ovari hanya boleh dikesan bila buat Ujian darah (Ovarian Tumor Marker Test) atau Ct Scan. Aku pun tak buat lagi Blood test ni. Maybe sekali ngan Ujian Pap Smear bulan 10 nanti kot.. InshaAllah..

Tuesday, May 5, 2009

Mata Penat Mahu Mengamuk

Today I've been doing lots of surfing and google-ing just to find a pair of Kesatria Baja Hitam. I've been longing for the Baja Hitam sudah lama. Tengok Sha pakai nampak lawa. Hate to say this but I think online shopping for a pair of sunglasses memang tak berbaloi. So tired and damn I'm sooo frustrated. I cannot try and test it whether it's suitable with me or not. hhhmmmm Today.. Today = 'Not in the Mood' day. Google-ing the net just for nothing. Mahu tidurr. Kecewa...

Monday, May 4, 2009

Berkelah di Pantai yang Indah

Ayah..Tunggu kami....!

Betullll...Indaaahhhh sangat. Tak tipu..! Haahahaha.. Semalam, habih satu family p berkelah. Bukan kat pantai yang indah ok. Itu tipu saja. Berkelah kat Sungai. BUat plan last minute. Khemah pun tak bawak. Tikar tak dak. TUala lagilah tak bawak. Yang aku ingat nak bawak hanyalah pelampung-pelampung kesayangan anak-anak aku. Tu ja. Hampeh betul mummy ni.


Aku punya bekal

Bekalan? Bekalan makanan? Oh..Yang tu benda wajib. Kalau lapaq tak boleh mandi. Amaran. Mandi dengan perut kosong adalah merbahaya. Anda Mungkin dihanyutkan oleh air sungai yang tak berapa deras. Kenapa? Sebab perut anda kosong. Kenapa tak boleh perut kosong Cik Mone? Ini adalah kerana bila makan, perut kita secara automatiknya akan mengembung. Bila perut mengembung, badan boleh jadi pelampung. Tadaaa.. Pelampung kan boleh terapung-apung? Tak percaya? Sila rujuk Buku yang bertajuk Teori Mone : Cara untuk Melingkupkan Diri Sendiri yang terdapat di pasaran sekarang okeh.

Tinggalkan semua itu. Kita ke bab yang seterusnya. Macam hebat sangat aku ni. Kehkehkeh. Dah sampai kat sungai tu, ingatkan tak da manusia lain dari spesis yang sama jenis nak bermandi- manda. Rupanya sangkaan ku ini meleset sama sekali. Ayat drama lagi ni. Orang ramai wa cakap lu. Cuaca mendung ni. Ingatkan sejuk-sejuk nak hujan ni semua orang pakat tarik selimut sampai tutup kepala nak tidoq. Rupanya ramai jugak yang syok nak mandi sungai. Orang lain semua dah siap masuk dalam sungai. Aku ja yang terhegeh-hegeh makan nasi lemak la, kerepek pisang la and not to forget my cupcakes la. Lepas tu nak mandi, rasa sejuk pulak. LAst sekali kaki ja mandi. Sejuuuuk.. Mau deman budak-budak kecik ni satgi.


Satu, dua...Mula...!


Yea..Aiman menang....!

Lebih kurang dalam 15 minit main kat sungai tu, hujan pulak turun. Kelam-kabut lari macam tak cukup tanah semua. Habih dah! Habih la anak aku basah kuyup kena hujan ni. Padan muka mummy dia. Nak sangat pi mandi. Tapi yang pasti, Wani, Wina and Aiman memang seronok sangat petang semalam. Happy! Happy! HAppy! Balik rumah habih semua terbongkang...letih. Yang bawak kereta letih. Yang jadi co driver lagi letih...Letih duduk saja...Jangan marah Che Pyan. I know you are so tired yesterday ok. Anyway, Thanks Ok..I love U so much.. :)

Saturday, May 2, 2009

Sabtu Sana Sinix

Pak ndak aka Mr Sob with the kids

Sabtu. My Public Holiday Babeh! Bangun awal (ya..sangat awal) pagi tadi, kemas apa-apa yang patut supaya petang dan tengahari tidak perlu berkemas lagi (untuk menyedapkan hati dan perasaan sendiri). Hari ini, my brother, Mr Sob will be coming home. Yea....Dah lama dah tak balik. I'm sure that Wani and Wina sangat-sangat seronok bila they heard that their Pak Ndut..oopppss Sorry, Pak ndak sebenarnya, akan balik. My brother likes to pamper and layan Che Wani and Wina. Mr Sob balik naik train. So, pagi-pagi lagi aku and Che Pyan dah keluar rumah dah. Mulanya cadang nak breakfast dulu, then baru ambik Mr Sob, but then tiba-tiba ubah plan pulak. Aku ikut ja. Janji lepas ni dapat makan. Mr Sob sampai lebih kurang pukul 8.15 pagi. Terus headed ke Restoran Nasi Kandar Salam ala..orang kat Alor Setar tau la kedai ni. Kat Jalan Putra tu. The roti Canai is not Bad. Sedap.. Tapau 3 bijik roti canai untuk kanak-kanak yang ada di rumah.

Mr Sob n My Little Aiman

Balik rumah, sempat tidoq satu round. Bukan apa, saja nak simpan tenaga . Tengahari lepas tu ada kenduri. Makan free. Nasi minyak. Ya. Memang kesukaanku. Ceh macam iklan pulak. Duduk lama jugak kat rumah kenduri tu. Lepas habis sembang-sembang bohong, lepas habis melantak sampai tak ingat dunia (seperti dunia ana yang punya..ceh)..Aku nak balik! Aku nak balik. Tunggu apa lagi kan. Anak dah start meragam. Aiman biasa la. Kalau dah lama sikit, mulalah nak mogok macam mummy dia. Siapa ntah mummy dia yang suka mogok tu?

On the way to fuel up Mr Sob's tank
...ngehngehngeh...

Fikrisukamenyibuk


Eleh eleh Aiman...


Comeyy


Wani, Tiah n Wina


Wina, errr ntah, Wani

Balik tu, lepas sembahyang ZZZzzzZZZ lagi. Entah berapa kali tidur ntah aku ni. TApi oklah kan. Sekali tidur setengah jam. Sesuai la untuk surirumah yang tak berapa sibuk macam aku kalau nak tidur camtu. Kalau nak tidur lebih-lebih, sendiri mau ingat la. Silap haribulan, bangun-bangun anak-anak ngan bapak anak habih semua keluar tinggal aku sorang sorang...huuuu huuuu..woooo wooo...Eee buruknya..Kang melalak pulak aku sorang-sorang kat rumah ni.

Okeh okeh. Tinggalkan cerita bohong yang merapu itu. Malam pulak aku keluar p Tesco ngan Che Pyan. Kononnya nak beli susu Aiman. Susu dah habih. Cepat gila habih. Apa ratah susu ka buat spread kat roti susu dia ni.? Takkan la susu EnfaGrow dah grow sekali ngan anak aku. NAsib la ada voucher 5 ringgit untuk susu tu. Save duit aku sikit. TApi tak berapa save sangat pun. SAve tang ni, beli benda lain pulak. DAh sudah membeli tu, perut mulalah nak meragam balik. Aku lapar..Aku lapar..Aku laparr. Dah la weekend penuh dengan lautan manusia. Food Court jangan cakap la. Nak kena beratur? NI yang aku malas ni. So. aku ngan Che Pyan p la try makan kat satu kedai ni. Uno Cafe. Makcik aku kata Kuno Cafe. Memang betul la kot Kuno. Interior dia ha ha ha hampeh! Makanan dia ok ja. TAk la sampai aku boleh buat Thumbs up. No no no.. BUt Ice Blended Vanilla dia memang murah dan hmmmm..sedapnya.... Aku rasa termurah kot. Banyak lak tu. Tapi yang pasti, kalau aku nak p makan pulak lagi lepas ni kat situ tak kot, but untuk tapau the Ice Blended, maybe..

Sampai rumah dah pukul 10.30 malam. Kemas sana sikit sini sikit barang-barang yang aku beli, lepas tu ....Warrgh...ngantuknya...ok lah..mata sudah mengantuk..Aku nak ZzzzzZZZzzzzZZZZzzzzzzZZZZ..