Friday, May 15, 2009

Saya Tak Kisah

Wow. Penanam anggur. Mengikut statistik yang baru aku dapat tahu pagi tadi, ada lebih kurang 60,000 penanam anggur kat negara kita ni. Hebat kan. Banyak gila penanam anggur. Boleh jadik negara pengeksport anggur. Aku tak tau la aku ni boleh dikategorikan penanam anggur atau tidak. Yang pasti aku seorang surirumah yang berjaya. Perasaan yang sangat perasan tapi disertai bukti yang kukuh. Cewah.

Penanam anggur dan penganggur? Mana satu pilihan hati. Mau tanam anggur atau mau duduk saja sambil terlentang atas sofa sambil makan anggur? Kalau aku, dua-dua aku nak. Satu dapat generate income satu lagi dapat berehat sambil mengenyangkan perut. Tapi ada jugak sejenis manusia yang aku sendiri tak pasti spesis jenis apa ntah yang tak mau berusaha langsung. Duk tunggu ja future employer datang depan rumah bawak surat tawaran kerja. Manusia spesis nih hebat. Memang hebat. Tapi malangnya mana ada kan? Lainlah kalau amik course yang memang sangat- sangat critical sekarang ni. TU tak payah cakap la. .

Kenapa ramai sangat penganggur? RAmai tu 60,000. Berpuluh-puluh ribu lemon. Kerana tidak banyak pekerjaan? Aku rasa tak kot. Cuba bukak The Star setiap hari Sabtu. Tebal apa pages untuk pencari-pencari kerja. Pilih ja. Tu kalau nak mintak kerja ngan swasta la. Kalau nak mintak jadi servant kerajaan, ermm..aku no comment, tak dak comment n tak mau bagi comment.

Aku rasa dalam 60,000 orang tu mesti percentage dia ramai perempuan kan? Biasalah. Perempuan kan pandai sikit. Aku rasa kan, mungkin sebab berlambak-lambak sangat orang ambik business admin dan computer science sampai dah jadi lambakan pulak di pasaran. Jadi terpaksa la pandai-pandai kena improvekan diri sendiri untuk bagi future employer tu impress. Tu semua andaian aku ja sebab aku sendiri pun tak tau kenapa sampai jadi banyak macam tu yang menganggur.

Tak tahulah wei. Sayang la. Aku kalau boleh, aku pun nak kerja. Tapi anak-anak aku nak letak kat mana? Siapa yang sudi nak mengasuh anak-anak aku yang manis- manis dan baik-baik itu? Siapa? Aku rasa tak da. Silap haribulan, pengasuh tu ambik tali gantung diri sendiri tak pun pretending to be sick ka apa sebab phobia nak jaga anak-anak aku yang manis-manis dan baik-baik itu. Oh. Aku tak mau bertanggungjawab.

Aku? Aku tak bekerja. Pun bukan dalam kategori penganggur walaupun aku ada Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam Perbankan Islam. Aku bukan tak pandai. Though aku tak dapat First Class Honour, aku grad dengan Dean's List tau. Ceh. Nak habaq jugak tu. Sudahlah Mone. Semua itu sudah tidak berarti lagi. Aku seorang surirumah. Surirumah yang berjaya. Alhamdulillah. Kenapa? Sebab aku mempunyai 3 little kids yang comel-comel, blessed with Great and Good Husband iaitu Che pYan, cukup makan, pakai dan minum dan yang penting sekali aku bersyukur dengan apa yang aku ada.

My Dearest Che Pyan, i don't want that Livina, Innova or the new Exora. Cukuplah dengan Kereta Nasional yang kita ada. Walaupun kecik cukup-cukup ja untuk kita berlima, I don't mind at all. Tak payah pikiaq. Nanti kalau ada rezeki dan tertambah anak pulak, baru kita pikiaq ok. Buat masa sekarang MPV bukanlah necessities. Not now.

No comments:

Post a Comment