Sunday, May 17, 2009

Kita tengok ja

Conversation between Me n Che Pyan.

Mone : Abang, jom kita p Tesco sat. Nak beli barang Aiman.
Che Pyan : Hmmm..Ok.

Kat tempat parking Tesco

Mone : Eh Abang,Fos dah bukak la kat Village Mall. Nak p tengok dak? Ala. kita tengok ja.
Che Pyan : Ok. Kalau nak p Village Mall lepas ni, beli barang Aiman lepas tu terus kita straight p sana (Village Mall). Abang duduk dalam kereta dengan anak-anak. Mone p beli. Satgi kalau abang ikut sekali dengan budak-budak ni hmm..siap la. Bukan barang Aiman saja beli ni satgi.
Mone : Ok. sambil berlari-lari anak menuju ke Tesco dan terus membeli barang Aiman tanpa menoleh kekiri kekanan kedepan dan kebelakang untuk meninjau barang-barang lain. Hebat.

Di Village Mall

Mone : Abang, jom kita tengok kat FOS. Kat Alor Setar tak da. ( Bila mau ada?). Kita jalan-jalan cuci mata sambil survey. LAgipun next week kan kita nak shopping baju dua tiga helai nak p vacation dua orang. Hihihi.
Abang : Ok lah. Mesti tak da offer menarik nih. Lengang ja Mone. Tapi takpa. Nak tengok ja pun.
Mone : Tak pa. Kita tengok la dulu. Bukan kita nak beli pun kan.

Ya, kita tengok dulu. Ayat tu lah yang selalu diguna pakai oleh aku dengan Che Pyan. Ayat keramat kalau masuk shopping complex ka apa. Aku ingat lagi masa kat KLCC. Masa tu tengah survey cincin. Bukan nak beli pun. Kononnya Che Pyan nak bagi hadiah Anniversary la. Ayat yang aku ngan Che Pyan guna, macam biasa la.Takpa. Kita tengok dulu. Bukan kita nak beli lagi. Alih-alih, mungkin kerana salesperson separa man and woman tu pandai, ntah guna ilmu pelaris peringkat apa ntah, terus Che Pyan terbeli. Poor Che Pyan. Terbang melayang duitnya kerana nak tengok aja.

Dan semalam, disebabkan ayat itulah, aku ngan Che pyan tersangkut kat situ kerana mengangkut beberapa helai baju. Yang syoknya, memang pantas gila. Tak pernah aku nak beli baju dan dalam masa yang sama nak pilih-pilih baju dalam masa yang amat singkat. Semalam, aku rasa lebih kurang dalam 45 minit ja aku ngan Che Pyan pilih, beli dan bayar. Hebat kan. Sepantas kilat. Tipu sangatlah tu aku ni. Mana boleh beli baju sepantas kilat. Kalau pantas macam tu, macam mencuri dah tu.

Tapi serius. Memang cantik-cantik la. Mau pening kepala aku. Tengok-tengok jam dah dekat 7.30 malam. Apa kejadah ni. Sampai nak masuk Maghrib pun boleh duk bertenggek lagi membeli-belah. Setan memang banyaklah time tu. Dan kami hampir menjadi sebahagian dari mereka. Nasib la Che Pyan ni tidak lupa mengingatkan diri sendiri dan keluarganya waktu sembahyang ni. Kalau tidak Maghrib dalam FOS la. Tapi kan..tapi kan wooo...wooo..wooo..aku frust. Tak sempat nak ambik seluar ngan baju lagi sehelai. Kat Aiman pun tak sempat nak beli apa-apa. Yillek for Aiman. Wani nasib baik sempat sambar sehelai. Tu pun jenuh pujuk tu. Habis semua kiri-kanan depan belakang habih dia tarik. Lepas tu panggil Mummy..Mummy cantik tak baju ni? Ok tak ngan Wani? Yang Wina duk kalut nak ambik seluar pendek sexy a.k.a Sexy SHort Pant dewasa. Apa la Wina ni. Kalau dia muat pun aku tak beli. PussyCat Dolls boleh la pakai. Wina tak kawan PussyCat Dolls. Wina kawan Puss in Boots. Eh. Silap. Aiman in Boots.

Kalau ikutkan hati, nak ja tunggu lama sikit. Tapi, kalau ikut kata hati, nanti jadik Syaiton. Aku tak mau jadik Syaiton. Takpa. Aku sabar. Che Pyan pun bersabar. Next week nak p lagi. Kesian Che Pyan. Tak sempat nak beli T-Shirts untuk diri sendiri. InshaAllah. Kali ni, kalau p, nak p awal sikit. Tak mau p pukul 6.45 petang macam semalam. Kalau tidak nanti, 'Aiman' jugak yang frust tak dapat apapun. Tapi Aiman tak kisah kan?

Che Pyan's


Hitam Putih Hitam
Mine

Sweater lagi?
Ntah berapa helai dah sweater budak ni.
Bila masa ntah ada musim sejuk kat sini

Wina's
So sweet.


Aiman?
Later ok.
Belum beli.

3 comments:

  1. apa kejadahnya pi shopping maghrib2. tu yang duit abis banyak tu...dlm dok perabih banyak tu pun ada lagi yang tak beli....mana tak botak kepala laki hang.....

    ReplyDelete
  2. saya pun pegi tesco kemarin. dr kul 12 smpai dkt kul 3. smpai along tertido kat dlm kedai body glove. hahaha..
    wah.. soping sakan no.. biler FOS tu nak merebak ke AS ek.. hehe..
    nnt leh la saya pergi TENGOK2 JER..

    ReplyDelete
  3. Rinz:saya p tesco kat sp.. Ntah la rinz. Bosan lah. Tak banyak choice pun kat alor star ni.
    Taiko: deyy..jeles la tuh. jeles. jeles. jeles. jeles.jeles. jeles.

    ReplyDelete