Saturday, May 2, 2009

Sabtu Sana Sinix

Pak ndak aka Mr Sob with the kids

Sabtu. My Public Holiday Babeh! Bangun awal (ya..sangat awal) pagi tadi, kemas apa-apa yang patut supaya petang dan tengahari tidak perlu berkemas lagi (untuk menyedapkan hati dan perasaan sendiri). Hari ini, my brother, Mr Sob will be coming home. Yea....Dah lama dah tak balik. I'm sure that Wani and Wina sangat-sangat seronok bila they heard that their Pak Ndut..oopppss Sorry, Pak ndak sebenarnya, akan balik. My brother likes to pamper and layan Che Wani and Wina. Mr Sob balik naik train. So, pagi-pagi lagi aku and Che Pyan dah keluar rumah dah. Mulanya cadang nak breakfast dulu, then baru ambik Mr Sob, but then tiba-tiba ubah plan pulak. Aku ikut ja. Janji lepas ni dapat makan. Mr Sob sampai lebih kurang pukul 8.15 pagi. Terus headed ke Restoran Nasi Kandar Salam ala..orang kat Alor Setar tau la kedai ni. Kat Jalan Putra tu. The roti Canai is not Bad. Sedap.. Tapau 3 bijik roti canai untuk kanak-kanak yang ada di rumah.

Mr Sob n My Little Aiman

Balik rumah, sempat tidoq satu round. Bukan apa, saja nak simpan tenaga . Tengahari lepas tu ada kenduri. Makan free. Nasi minyak. Ya. Memang kesukaanku. Ceh macam iklan pulak. Duduk lama jugak kat rumah kenduri tu. Lepas habis sembang-sembang bohong, lepas habis melantak sampai tak ingat dunia (seperti dunia ana yang punya..ceh)..Aku nak balik! Aku nak balik. Tunggu apa lagi kan. Anak dah start meragam. Aiman biasa la. Kalau dah lama sikit, mulalah nak mogok macam mummy dia. Siapa ntah mummy dia yang suka mogok tu?

On the way to fuel up Mr Sob's tank
...ngehngehngeh...

Fikrisukamenyibuk


Eleh eleh Aiman...


Comeyy


Wani, Tiah n Wina


Wina, errr ntah, Wani

Balik tu, lepas sembahyang ZZZzzzZZZ lagi. Entah berapa kali tidur ntah aku ni. TApi oklah kan. Sekali tidur setengah jam. Sesuai la untuk surirumah yang tak berapa sibuk macam aku kalau nak tidur camtu. Kalau nak tidur lebih-lebih, sendiri mau ingat la. Silap haribulan, bangun-bangun anak-anak ngan bapak anak habih semua keluar tinggal aku sorang sorang...huuuu huuuu..woooo wooo...Eee buruknya..Kang melalak pulak aku sorang-sorang kat rumah ni.

Okeh okeh. Tinggalkan cerita bohong yang merapu itu. Malam pulak aku keluar p Tesco ngan Che Pyan. Kononnya nak beli susu Aiman. Susu dah habih. Cepat gila habih. Apa ratah susu ka buat spread kat roti susu dia ni.? Takkan la susu EnfaGrow dah grow sekali ngan anak aku. NAsib la ada voucher 5 ringgit untuk susu tu. Save duit aku sikit. TApi tak berapa save sangat pun. SAve tang ni, beli benda lain pulak. DAh sudah membeli tu, perut mulalah nak meragam balik. Aku lapar..Aku lapar..Aku laparr. Dah la weekend penuh dengan lautan manusia. Food Court jangan cakap la. Nak kena beratur? NI yang aku malas ni. So. aku ngan Che Pyan p la try makan kat satu kedai ni. Uno Cafe. Makcik aku kata Kuno Cafe. Memang betul la kot Kuno. Interior dia ha ha ha hampeh! Makanan dia ok ja. TAk la sampai aku boleh buat Thumbs up. No no no.. BUt Ice Blended Vanilla dia memang murah dan hmmmm..sedapnya.... Aku rasa termurah kot. Banyak lak tu. Tapi yang pasti, kalau aku nak p makan pulak lagi lepas ni kat situ tak kot, but untuk tapau the Ice Blended, maybe..

Sampai rumah dah pukul 10.30 malam. Kemas sana sikit sini sikit barang-barang yang aku beli, lepas tu ....Warrgh...ngantuknya...ok lah..mata sudah mengantuk..Aku nak ZzzzzZZZzzzzZZZZzzzzzzZZZZ..

2 comments:

  1. sila dalam kadar segera tapau 1 ice blended pure double chocolate satu!

    ReplyDelete