Monday, May 11, 2009

Perangai Syaiton

Ketawa itu ubat. Mengilai itu mencari penyakit. Betul tak? Betul kan? Kalau tak betul pun tak pa. Aku tak kisah. Bukan luak satu sen pun duit aku ni. Saja ja tulis benda ni. Tiba-tiba teringat. Sebenarnya aku bukan nak tulis pasal ketawa ka, mengilai ka, duit satu sen ka. BUkan. Semua pun bukan. Topic kita di kedai kopi hari ni ialah berkenaan hubungan kekeluargaan. Lebih tepat lagi, hubungan ibu bapa dan anak-anak. Ini adalah dicedok dari kisah benar. Tiada penambah perisa atau pengawet yang berbahaya.

Anak-anak masa kecik-kecik semua ditatang bagai emas yang penuh jewelry box. Apa nak semua bagi. Sakit sikit ah uh ih, terus mak bapak tanpa berlengah pecut kereta 100 km/j jalan bandar bawak p klinik. Jangan nyamuk, semut pun aku pijak sampai mati kalau gigit anak aku. Kalau boleh sampai ke sarang semut aku cari. Tapi tu dulu. Itu masa kamu dan kamu itu masih kecik-kecik lagi. TApi sekarang, kamu itu dan kamu ini sudah besar dan dah bekerjaya. Semua dah ada kereta besar, rumah besar, company besar, isteri atau suami besar oppps..isteri nak yang slim pulak...oooo..pandai dan segala macam lagilah. Senang kata dah berjaya la.

Bila dah berjaya lain pulak cerita. Ini baru nak cerita betul-betul. Tadi warming up ja. OK ok. Soalan nya ialah, ada berapa kerat manusia yang tak menyusahkan mak bapak dia bila dah dewasa dan berumahtangga? Aku tak tahu. Kalau nak tanya statistiknya lagilah aku tak tahu. Tapi aku kenal lah beberapa manusia yang berperangai macam ni. Untuk memudahkan pembacaan, aku dah buat senarai beberapa jenis perangai manusia yang macam ini. Dengan lebih tepat lagi yang berperangai seperti Syaiton ini.

1. Tukang Perabis Duit
Ramai aku jumpa orang macam ni. Pemalas nak mampos. Kerja dia ialah; buat taik mata, makan seperti pelahap, tiduq macam Vampire (lamanakmampostiduq), berpartayy guna duit mak bapak yang tak berapa ada duit, mengharap belas kasihan dan ihsan dari adik-beradik memberi sumbangan untuk meneruskan kehidupan diri sendiri yang sememangnya dah terlampau. Orang macam ni memang melampau, terlampau kang aku bagi penampau.
Hukuman: Jangan bagi makan, Jangan bagi muka, jangan bagi duit. Pedulikan orang yang berperangai seperti Syaiton ini. Paling best halau keluar. Kasi dia rasa langit tinggi rendah.

2. Ada Duit Aku Joli, Takda Duit Ibu bapa Mari
Ini lagi satu spesis perangai yag aku tak tahan. Masa ada duit yang tak berapa banyak sangat pun tu, beli sana beli, hiking shopping complex sana, trekking shopping complex sini. Ada hang heran nak bagi sikit kat mak bapak hang tu. Ada hang ingat nak hulur seratus dua kat mak bapak hang yang duk ada lagi tu? Hujung bulan tak pun time terdesak, lemah lembut terus ngan mak bapak yang tak dipeduli masa ada duit hari tu. Manusia apa ni? Lagi teruk perangai dari no satu kat atas tapi dalam kategori yang sama jugak iaitu perangai seperti syaiton.
Hukuman: Pedulikan, Jangan dilayan dan Boleh Jalan.

3. Kurang Ajaran
Yang ni tahap Syaiton nombor tiga yang aku paling tak tahan. Perangai kurang ajar dan tak boleh dengar lansung orang bagi nasihat. Kalau orang bagi nasihat sikit, mula la buat perangai macam apa ntah. Geram betui aku. Yang paling kurang ajar kalau isteri yang tak reti bahasa ni megadu kat suami, then suami tu pulak bengong p marah mak atau bapak dia sendiri. Ini masuk dalam kategori kurang ajar la ni. OOOooo masa dah berbini, dah pandai nak marah-marah dan overacting dekat mak bapak sendiri. ooooOOO pandai. Nak mengarah sana, mengarah sini. Apa hebat sangat taraf kamu tu sampai boleh mengarah mak bapak sendiri. Fuii..Hebat. Bagi tepukan gemuruh kat orang yang macam ni.
Hukuman: Rendam dalam air panas menggelegak sehari semalam dah disuruh memohon ampun dan maaf kepada Ibu dan bapak yang dikasihi dan disayangi.

Aduh. Aku sakit kepala la pulak. Malas ah nak tulis lagi. BUat habih tenaga mental aku ja. Baik aku tengok Tv, tak pun main dengan anak-anak aku sambil tengok Tv. Sebelum itu aku ada nursery rhymes khas:

Untuk orang sekeliling aku

Aku tidak sempurna
Aku banyak kekurangan
Aku banyak kelemahan
Aku pun manusia
Aku pun tidak terlepas dari dosa
Pun tidak terlepas dari membuat salah
Orang lain aku tidak tahu
Dan aku pun kalau boleh tak mahu ambil tahu
tapi nak buat macammana aku tertahu dan diberitahu
Apa yang aku pasti
Aku mahu berubah
Sentiasa inginkan yang terbaik
Bukan saja untuk diri aku
Malahan untuk semua orang disekeliling aku
Kerana tanpa mereka semua
Siapalah aku
Manusia yang murung selalu
Tidak mahu ketawa
Tidak tahu tersenyum
Kerana mereka aku berusaha
Mengubah sedikit demi sedikit
Tidak ketawa menjadi ketawa
Tidak mahu senyum kepada tersenyum
Kerana aku tahu
Hanya yang terbaik untuk mereka
perlu aku sediakan dari diri aku.

No comments:

Post a Comment