Thursday, November 19, 2009

Manusia Itu Sama Sahaja

Semalam aku ke Majlis Jamuan Perpisahan Tadika Wani. Alah. Kalau berlari lari anak, tak sampai 5 minit pun dah boleh tercegat depan pintu sekolah dia. Aku seperti biasalah. Bila dah dekat tu, malaslah aku nak bersiap siap menyolek molek muka aku. Dah lah Che Pyan pun tak ado. Aku nak makeup kat sapo? Aku pun tarik seluar jeans cap Libas dipadankan dengan kemeja kotak kotak Cowboy (yeeehaa...!) yang aku fikir Ok laaaaah. Diulangi, aku yang fikir. Sesampai ja aku ngan Wani kat situ, aku tengok ada lah dalam dua tiga kerat mak bapak yang dah sampai.

Tak sampai 5 minit selepas tu, adalah sorang mak budak ni sampai. Berpakaian kemas dan cantik lip lap lip lap sambil jinjit beg tangan masuk terkedek kedek dalam tu. Aku pulak terberdiri disebelah dia ni. Kononnya nak tunjuk ramah mesra dan bebudi bahasa budaya kitalah dekat mak budak yang sorang ni aku pun start the conversation. Cittt. Bila aku cuba berbual, dia macam sangat tunjuk yang dia memang not interested nak sembang ngan aku. Lepas tu pandang pandang tempat lain konon konon cari orang atau kawan dia lah kot. So, aku pun pergilah dari situ selepas merasakan diri ini tidak diperlukan lagi. Whatever. Ada ramai lagi orang kat sini. Then, tak lama lepas tu adalah sorang lagi mak budak sampai. Berpakaian sama macam dialah. Lip lap lip lap anak mami. Amboi. Rancak betul bersembang. Padahal baru ja jumpa sama macam aku jugak tadi. Citt. Oklah. Tak palah. Mentang mentang aku tidak bekerja dan tidak bersiap seperti lampu lip lap, dia buat endah tak endah ja kat aku. Sedihnya. Wooo wooo wooo. Mentanglah mentanglah aku kelihatan seperti pengembala kambing dan dari kampung yang jauh nun di seberang sungai di sana, aku diperlakukan macam tu. Huu huu huu.  Why? Whhyyyyyy?

OK stop. Enough about part yang sedih  sedih. Sekarang kita ke part yang seronok dan paling menyeronokkan. Bisikan syaitan pun berlaku. Heh Mone, cuba tengok beg tangan dia? Berlagak sangat. Meh kita tengok cap apa? Aku yang tengah dalam beremosi dan sangat sangat dipengaruhi oleh syaitan durjana ni pun lalu ditepi sambil menjeling handbag mak budak tu. HAhahaha. Handbag Tiruan and ada bulu bulu sebab terkoyak sikit. Hahahaha. Tiruan. HAhahaha. Ada bulu lebih terkeluar. Hahaha. Berlagak sangat. Konon macam beg tangan mahal. Jinjit sana sini. Tunjuk konon macam bagus. Baguslah. Handbag(s) aku lagi cantik kat rumah. Tak da pulak tiruan macam kamu itu. Hah. Puas aku. Lepas tu aku dapat tau dia kerja dengan pejabat K*mas. Citt. Rupanya kamu itu yang sangat berlagak ini kerja kerani kat situ.  Baru kerja kerani berlagak nak mampoos. Macam bagus sekali perangai macam itu. Heh. Tak payahlah nak berlagak dengan aku. Elaun khidmat sebagai surirumah aku lagi banyak dari kerani berkontrak macam kamu itu. Ops. Dah lebih lah pulak aku. Sila abaikan ayat sebelumnya.

Bila jadi macam ni, aku teringat pengalaman masa duduk di rumah lama. Masa tu bapak aku belum buat lagi rumah sekarang yang aku duduk ni. Ya Allah. Aku rasa tak da sorang pun adik beradik aku yang sanggup nak bawak anak bini duduk kat rumah macam itu. Tapi aku dengan Che Pyan tak kisah. Asal boleh hidup sendiri dan tak menyusahkan mak bapak pun dah cukup. Memanglah nampak burok dan tidak cantik, tapi aku dengan Che Pyan rasa tenang.saja duduk rumah tu. Ventilation pun bagus. Kipas pun tak payah bukak selalu. Biasalah. Rumah kampung yang lama memang bagus pengudaraannya. Tapi aku bukan nak cerita pasal ventilation ka hapa. Aku nak cerita pasal perception orang. Biasalah. Tok aku kan bekas bidan. So, bab urut mengurut, consultation selepas dan sebelum beranak ni memang dia pakar lah. Rumah dia pulak sebelah pondok buruk kami. Ramai jugaklah orang datang ke rumah dia. Kadang kadang aku selalu jugak lepak dengan Wani (masa ni Wina ngan Aiman belum ada lagi) barang dua tiga jam rumah tok sambil makan lepas tu makan lagi dan makan lagi. Selalu jugaklah aku terduduk di ruang tamu dan terberbual dengan orang yang datang nak jumpa tok aku ni. Soalan pertama sekali ditanya.. Duduk (rumah) kat mana ni? Aku pun jawab.. Tu, kat sebelah tu. Lepas tu aku akan dapat satu pandangan yang sangat tidak menarik. Simpatikah? Hinakah? Tak perlu. Tak payah. Aku tak kisah pun duduk rumah macam tu. Aku ingat lagi pandangan orang yang datang ke rumah tok aku bila tengok Wani. Macam tengok apa ntah. Tapi bukanlah semua yang datang ke rumah tok aku buat macam. Yang aku geram nya sebab yang selalu berperangai begitu adalah orang yang tak kaya pun. Orang yang tahu berlagak konon kaya nak mampos tapi sebenarnya tak da duit pun. Hutang kad kredit setinggi Gunung Kinabalu. Aku tahulah. Che Pyan aku kan kerja dalam bidang perbankan dan kewangan. Shhh.  Kadang kadang aku sempat lagi berlawak ngan Che Pyan. Aku suruh dia hantar gambar rumah kat TV3. Kot kot boleh masuk rancangan BersamaMu. Ya lah. Rumah dah macam nak roboh dah. Tapi itulah. Perception orang tak sama. Bila nampak kita macam ada duit, kita disanjung dan di hemoi tak sangga (dipuja). Tapi kalau kita suka mengembala kambing dan sifat kecintaan kekampungan kita yang ada tu terlebih menonjol, lebih terserlah, kita dipandang enteng. Dipandang sebelah mata. Nak buat macam mana kan.

Tapi bapak aku dah rebuilt rumah ni balik dah. Dah dua tahun dah aku masuk rumah ni. Jangan haraplah aku nak jemput masuk ke dalam rumah aku untuk orang orang yang tidak berkenaan yang selalu bergebang konon anak dia beli itu, cucu dia beli rumah besar gilas kat sini, makcik dia kerja pangkat besar di situ, pakcik dia bos besar kat sini. Pandai pandailah cari jalan nak jumpa tok aku kalau tok aku tak da kat rumah dia. Tak payah nak bertenggek kat rumah aku sementara tunggu tok aku balik. Lagipun Che Pyan bukan ada kat rumah. Mana boleh sesuka hati aku jemput ntah sapa sapa masuk rumah. Tak payah. Tak payah. Tak payah. Eee..Kejamnya aku. Eh silap. Bukan rumah aku. Rumah bapak aku lah. Aku sekeluarga ni tumpang duduk saja. Hehehe.

Apapun, aku dapat satu pengajaran yang paling utama. Layanlah orang lain, saudara sesama Islam atau sesiapa saja dengan sebaik baiknya. Semua orang sama saja. Tak kira orang itu kaya, orang itu miskin, orang tua, orang muda, orang yang duduk di kampung, orang yang duduk di bandar atau dimana mana sahaja. Tak kisahlah orang itu pakai beg tangan authentic cap LV ka, cap Guess ka, cap Coach ka. Eh lagi satu. Cap Prada ka. Malahan cap Pasar Malam sekalipun. Yang aku hangin sangat sebab dia tu berlagak macam bagus dan eksyen sangat. Nak mingle mingle dengan yang bergaya dan bekerjaya sahaja. Citt. Porahhhh. Budi bahasa kena ada. Kalau berlagak sangat pun dapat apa. Terpulanglah kan. Tapi kalau orang itu sengaja membuat pasal dengan kita, takkan kita nak berdiam diri dan tunggu kat situ macam orang bodoh sahaja sambil berbudi bahasa lagi. Lebih baik angkat kaki.Tak perlu susahkan hati dan perasaan dan beremosi macam aku semalam. Banyak lagi manusia atas muka bumi Allah ni. Ok. Sendiri mau ingatlah. Aku lapar. Tata.

No comments:

Post a Comment