Friday, April 24, 2009

Aku sudah Sedar..

Hidup tak selalunya indah seperti cerita dongeng atau cerita tahyul yang digembar-gembur. Langit pun tak selalunya cerah secerah dahi aku yang licin dan berkilat ini.. Hidup di dunia yang fana dan nyata ni memerlukan ketabahan dan kekuatan yang bukan main banyak lagi.

Ceh. Apa aku mengarut bagi motivasi pagi-pagi ni. Bukan apa. Tetiba ja terfikir camtu. Yalah. Hidup memang macam tu. Tapi bukankah terpulang pada individu atau orang perseorangan itu sendiri yang mencorakkannya? Kalau hang nak rasa happy, bersyukur la dengan apa yang ada. Tapi janganlah tak da usaha langsung kan. Asyik duduk, syukur n happy tapi tak buat apa- apa pun tak guna jugak. Kalau nak jadi mandom, sedih, murung dua puluh empat jam, just go on and mourn n cry.. Tapi sampai bila.. Sampai happiness jatuh dari langit. Belum tentu lagi kawan!

Dah-dah. Maleh aku nak mengarut roti basi ni. Cukup-cukuplah sikit-sikit. Mood aku hari ni sangat happy n so steady. Smalam che Pyan balik dari kerja bawak balik beg free. Yang aku syok bukan beg free tu. Aku baru teringat pasai percutian Romantis kami nanti. List apa satu kebenda pun x buat lagi. Sibok didera anak-anak di rumah. Jangan tak percaya. Aku tak tipu. OK lah..Cut the CRAP! Che pyan dah berapa hari dah suruh aku buat senarai nama-nama pemenang cabutan betuah percutian Romantis. eh! BUkan. Bukan. List nama tu untuk memudahkan pembelian SOUVENIRS kat sana nanti. Percutian Budget beb! Kena catu la sikit. Takkan semata-mata p bercuti kena borong habih segala mak nenek barang kat sana. Orang kedah kata macam jakun.

Sebelum buat list tu baik aku buat list apa benda yang aku nak beli untuk bulan ni. Untuk ketepatan lagi My Wishlist. Ok kita mulakan 5 minit dari sekarang....
  1. Baju selai
  2. Baju selai
  3. Baju selai

MAshaAllah..Berapa helai baju nih. OOppss! Ok lah. Untuk meringankan beban che Pyan yang tersayang, I'll try my very best to save some $$$ from this month punya belanja untuk beli benda-benda itu. Yang di atas itu. Bukannya aku nak sangat beli. TApi tangan ni dah meronta-meronta dan kaki ni bagai ditarik-tarik untuk beli semua tu. Mungkin tangan dan kaki aku sangat kesian melihat aku.Takkan kesian kat orang lain pulak kan.

Mungkin selepas ni, tak pun dari sekarang aku kena put aside some $$. TAk boleh belanja semua. Kesian che Pyan. DAh la kerja teruk-teruk. Selagi tak habih Maghrib, tak da nya dia kat rumah ni. Kalau aku nak beli apa-apa, x yah dah mintak kat che Pyan lagi. Kalau minta pun, untuk top up ja kot kalau x cukup. Eh..makin melampau aku ni.. KAlau tak cukup $$$ tak payah beli ok..Fullstop!

To My Dear che Pyan, THANK YOU for being a GREAT friend, GREAT companion, GREAT supporter ( aku bukan calon bertanding ok), N dear.... U r Supa Dupa Great Husband that A Wife Could ever Have. I Love U so Much...

Hari ni nak masak apa hah? Pemalas betui aku nih.. Sudah Mone. Banyak lagi kerja rumah yang tak habih tu...Baaaaaangunnnnn!

No comments:

Post a Comment