Bagus. Bravo. Hebat. Macam apa ntah aku pagi ni. Bangun lewat. Pukul 7.15 pagi baru terjaga. Padahal alarm kunci pukul 5.30 pagi. Bagus bagus. Kelam kabut CP ke tempat kerja. Kesian dia. Teruknya aku. Ni semua semalam punya pasallah. Orang malam Jumaat masuk tidur awal, tapi aku tak. Terkinja kinja ajak CP pergi beli barang barang dapur untuk stok sebulan. Paham pahamlah kan kalau nak beli stok untuk sebulan. Nasib baik Tesco tutup pukul 11.00 malam. Nasib baik jugak aku dah buat list barang barang yang nak beli awal awal lagi. Padahal tak pernah stick to the list pun. Wayang saja tu.
Lepas habis beli barang barang kat Tesco, nak mentedarah pulak dah. Perut lapau. Singgah sat makan makan sejam dua sampai kenyang, pukul 10.45 malam baru sampai rumah. Letih wei. Kalau boleh nak ja terus ZZzzzzZZ sesampai kat rumah. Mata pun dah separa terbuka separa tertutup. CP lagilah. Sampai rumah terus landing atas kerusi panjang. Tak daya dah. Out dah. Lepas selesai kemas kemas, pukul 12 baru selesai semua. Dan itulah puncanya aku bangun lewat pagi ni. Bagus betul Setan yang duk dodoi semalam kan. Sampai nyenyak sungguh aku tiduq. A'uzubillahiminasyaitonirrrajim. Nyah kau setan. Haiyaarkh.
Ermmm.. Terima kasih darling sebab tak naik hantu. Lain kali Mone tak bangun lewat lagi. Terima kasih daun keladi, esok tak mau buat lagi. Eh, tapi esok bukankah weekend. Hehe. Lepas sembahyang Subuh, boleh ZZzzZZZ balik kan. Kakakakakaka. Tata. Ailapyu.
No comments:
Post a Comment