Sunday, December 30, 2012

Dari aku, untukmu dan juga aku.

Satisfaction dijamin? What? Just Like 'Nabel' in Lawak Ke Der said, "Not in a million years!". Never. Hahah. Semua manusia takkan pernah puas dengan apa apapun. Setuju? Aku setuju.   Bersyukur dan berpuashati adalah dua keadaan yang berbeza. Walau kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada, kita juga dituntut untuk sentiasa untuk berusaha ke arah yang lebih baik dan menjadi cemerlang.

Macam surirumah lah. Ok, dah ada vacuum dan penyapu untuk mensedut habuk dan membersih lantai dan karpet, tapi tak salah kan kalo kita ada irobot untuk membantu supaya kerja kerja rumah dapat berjalan dengan lebih efficient lagik. Tak gitu?

Begitu jugak kalo dah ada mesin basuh automatik yang besar gaban dan penyidai yang panjangnya tujuh lapan depa diluar rumah tapi dibawah bumbung untuk urusan dobi mendobi. Tak menjadi masalah kalau kita ada dryer yang boleh diguna pakai dan sangat membahagiakan terutamanya bila hari hari hujan. Betui dak?

Kesimpulannya, beranganlah setinggi manapun, berbelanjalah banyak manapun sesuka hati duit kamu kalau kamu mampu untuk kualiti hidup yang lebih baik. Takda masalah. Tapi... jangan lupa pandang kiri dan kanan kamu terutama sekali orang orang yang terdekat dengan kamu samada mereka itu bapa, ibu, adik, abang, kakak dan jugak sedara mara kamu. Cukupkah makan mereka? Cukupkah belanja untuk menampung kehidupan sehari hari mereka?Kala kamu dan kamu seronok berbelanja, tidak adakah sedikit bahagian untuk mereka? Atau kamu dan kamu tunggu mereka meminta dari kamu?



Jangan tunggu nak membantu cuma bila dah ada duit.Bantuan bukan dalam bentuk wang ringgit sahaja. Moral support, kudrat dan spending quality time with them pun boleh. Banyak atau sedikit bukanlah ukuran. Allah Maha Mengetahui. Yang penting kita ikhlas. Sekian.

Wednesday, December 26, 2012

Good bye Arthur

Finally, Merlin Season 5 is over. Sadly, Arthur id dead. Guinevere is the new Ruler aka Queen of Camelot. Gaius is still alive and Merlin, at this moment is somewhere in England. Beware. You might bump into someone that has a very very long white hair that looks like Emrys,  and maybe he's Meeerliiin. Hahaha.

Monday, December 24, 2012

What to do. Tak tahu.

Soon, school day will resume back as usual. My daily routine will be busy, super busy I guess. No more lazy lying on the bed with Syafiyah. Aiman dah tadika. Kakak Wani and Kakak Wina kat Primary school. Oh, there will be only me and Syafiyah at home. Sunyi. Me and Cp still havent decided on how to fetch them from school. A small second car maybe. I dont think I have the guts to drive cik E. Too big and I am too scared. Atau lebih senang me jalan kaki all the way to school tolak Syafiyah and Aiman dalam stroller. Tak tahu. What if kalau hari hujan macam sekarang? What to do? Tak tahu.

I really miss my sister and my brother. Wish that they could be here with me. The kids missed them so much. Bila boleh jumpa? Tak tahu.

Oo, I think my eggs are ready now. So, I am off to the kitchen. Today, Im going to bake a Rainbow cake. Harap tak bantat. Sekian.

Thursday, December 20, 2012

Hujan Sokmo @Tanah Merah

Musim hujan. Setiap hari hujan. Dari pagi sampai petang, lepastu sampai malam terus ke pagi. Senang kata dua puluh empat jam hujan. Apapun, Alhamdulillah, meski hujan baju pun tamau kering, suasana dalam rumah rasa nyaman dan selesa. Tak perlu berkipas sepanjang masa.

Biarkan baju baju itu. Lebih baik duduk diam diam sambil menikmati bunyi hujan berselang seli dengan bunyi bunyi comel dari Syafiyah.

Wani, Wina dan Aiman macam biasa. Bila ada nenek, suka sangat lah depa.Tambah pulak Ummi ada sekali. Wah! Pakej keseronokanlah untuk budak budak ni. Aku pun tak berapa dipeduli. Bila tang makan ja baru dok mencari "Mana Mummy?". Haish.

School holiday dah nak habis. Nasiblah segala baju dan kelengkapan srkolah yang major sudah dibeli. Tak kuasa aku nak bersesak dengan orang berebut rebut. Baik duk di rumah menjahit atau melipat kain. Tote bag dari buku Cath kidston Patch sudah siap. Sekarang dalam proses nk buat quilt cover pulak dan beberapa bijik bantal. Tengoklah keadaan. Kain pun belum cari lagi, tapi dah tahu berapa meter nak diguna. InshaaAllah, kang kalau aku rajin aku upload craft project aku. Kalo malas, hmmmmm, maaflah.

Dah. Pening kepala aku tengok Aiman berjoget joget semata mata nak bagi Syafiyah ketawa, tapi tak berjaya punnn. Muka asyik serius macam Mummy 24 jam. Kalo macam ayah, asyik menyakat mengusik dan mentinggikan my blood pressure, itu Kakak Wani yang comel. Aiman dan Kakak Wina  paling mudah. Perangai neutral tak ikut sesapa. Bagus. Tapi tak tau la kalo esok esok macam lain pulak kan. Orang utara kata "Tera nak besaq".

Monday, December 17, 2012

Boleh Tak Boleh.

Orang perempuan bila tang bab membeli memang tak boleh blah. Ayat apakah itu? Hehe. Kalau tengok itu nak, ini nak, semua nak. Eh, betullah macam Ustaz Azhar Idrus kata. Kalo keluar rumah ja, mesti tak mau balik dengan tangan kosong. Dapat satu benda pun dah cukup. Nafsu nafsu.

Macam aku sendiri. Nengok lipstik nak lipstik, nengok bedak nak bedak, nengok eyeshadow pun nak jugak. Semua aku nak. Beli jugak, pakainya tak pun. Last last, kalau keluar, yang aku pakai cuma lipstik, bedak dan eyeliner ja. Kang kalau slap free tak manis pulak dipandang Cp. Itu cerita kalau sempat bersiap. Kalo tak, pucat lesi macam ais beku. Sungguh membazir beli bagai set set mekap. Jahat sungguh syaitan. Cukuplah. Lepas ni, aku nak beli yang aku nak pakai ja.

Umur dah masuk dalam range 30an ni memang mencabar. Garis garis comel, lopak lopak cute lebih jelas kelihatan. Tapi takdala sampai aku nak kena pakai anti wrinkle or whatsoever kan. Semua garis halus dan lopak kecil itu menunjukkan kematangan dan peningkatan usia. So, aku rasa tak perlulah aku nak taksub sangat nak bagi muka licin bak mutiara semata mata nak orang melihat aku macam remaja. Ewah ewah.

Sebagai peringatan jugak supaya aku berhati hati mempilih pakaian sesuai dengan umur dan keperluan aku sebagai seorang hamba Allah. Walau dalam hati teringin sangat nak pakai baju baju lama sebelum beranak dekat Syafiyah, I know its not the right way to do it, to become a new me. Banyak betul baju aku yang tak cukup syarat. Nehi kabhi nehi.  InshaaAllah. Semoga ditetapkan hati dan diberi kekuatan nak melawan hawa nafsu.

Perangai aku yang panas baran dan suka naik hantoo harap dapat dikikis dari dalam diri. Still struggling and I never knew that it's sooooo hard to control my anger rather than blew it. I am sick of it. Letih dan rasa teruk sangat bila marah orang dan bila minta maaf tak dipeduli. I know iI deserved it, but hey, I want to change! I am trying to be a good person everyday. Kalau orang lain boleh, InshaaAllah, aku pun boleh. Sekian.

Tuesday, December 11, 2012

Ulangkaji balik

Banyak mengulangkaji balik perangai aku yang tak bagus dan tak patut. Kalau orang lain boleh berubah, kenapa tidak aku?


"The greatest thing is not so much where we are, but in what direction we are moving"

by Oliver Wendell Holmes.

Sekian.

Monday, December 10, 2012

Tak mengapa...

Terdiam. Takpalah wahai saudaraku.  I did my part  and the rest is up to you.

Oh ya, si cek mek moleh sudah 7 bulan ++. Sudah pandai makan, merangkak dan berdiri.

Dalam pada kepayahan CP nak cuti, sempat juga balik kampung. Seronoknya. Pun sempat jugak bermalan di rumah SIL di Penang. Wah, lamanya tak ke rumah Ina! Biar gambar bercakap pulak.











Tuesday, November 27, 2012

Alhamdulillah.

Today marks our 9 years anniversary. Thank you Allah.


Wednesday, November 21, 2012

My life My Way, Your life Your Way

Maaf. Aku rasa aku silap faham. Aku kan surirumah 24/7. Ketinggalan keretapilah sikit. Mungkin aku nampak macam kuno dan ketinggalan zaman. Eh, bukankah ayat redundant diatas itu. Kuno dan ketinggalan zaman sama meaning ok, Mone.

Bukan nak cerita pasal kuno. Cuma aku tertanya tanya, apa tujuan seseorang tu jadi surirumah sepenuh masa. Well, mungkin lain orang lain perception. Lain lifestyle, lain kaedahnya.

Bagi aku, senang saja. Aku duduk rumah, dah semestinyalah nak berdekatan dan berkepitan dengan suami dan anak anak. Paling best dapat sediakan everything from top to toe untuk mereka. Bohongla kalau aku kata aku tak penat, tak letih dan malas jugak kenkadang. Aku kan manusia. Ada limitlah energy aku takat mana. Yang aku mampu buat, aku akan buat. Kalo tak mampu, duduk diam diam sajalah. Mana tahu tetiba mood malas menyerang, kejap lagi petang, bila suami nak dekat dekat balik, habaq kata letih and cemuih makan nasik kat rumah. Suami pun paham dah signal tu, terus ajak isteri makan di kedai. Boleh? Hahaha.

Bab jaga anak pun sama. No matter how bad you described the way i raised my children, I will never ever hantar anak kat nursery for the sake of 'Me Time'. Once you have kids, theres no more Me Time. Oh, come on. Bila all the kids have entered school, then you can have the time of your own. Aku tak mau time tu baru nak rasa lonelylah, nak spend more time with the kids lah yang I can only have few hours selepas tolak waktu sekolah and waktu tidur.

I always encouraged my kids to do things on their own. Senang kalo kita sakit demam. I am not the type of mum yang get so paranoid by enrolling their child semuda  2 tahun masuk kelas and do this and that. Bagi aku, let the child have their childhood moment tanpa benda benda merepek yang kadang kadang tak masuk akal. Id rather save money now for their future yang ntah tak tahu macammana dari going broke by  sending them to sekolah yang letak fees macam sky rocket!

Children need to explore by themselves and must be guided. It is the parents that should have guide them. Bukan orang lain.

Masuk sekolah tadika lain ceritalah. This is about budak 3 tahun ke bawah.

Ps: This is my blog, my entry and my thought. To those yang tak suka this entry, go and make your own blog to express your highly intelligent opinion. You are most welcome to leave my blog.

Kuasa kanak kanak

Hello blog,
I miss u. Do you miss me? Tak? Ok. Aku pun tak rindu.

Lately, banyak sangat aktiviti di rumah. Biasalah budak budak. Cuti sekolah ni, rumah adalah milik kanak kanak kuasa tiga. Kalo boleh buat taufan dalam rumah, inikan pulak gempa bumi. The truth is AKU SIBOK BERLETER! Bila banyak berleter, membebel, aku jadi cepat penat. Anak aku cakap, "mummy gemok!". Ya. Mummy gemuk.

I cannot imagined my life without those little brats, yang kadang kadang can be so manipulative and adorable at the same time! Kuasa kanak kanak. Aku mummy yang super garang. Sila takut dengan aku. Maaf, teknik garang tidak berkesan dekat anak anak aku. Tak tahu kenapa. Bila aku pegang rotan, depa kata aku bergurau. Bila pukul sikit, boleh pulak cakap kuat kuat, "tak sakit pun". Wah! Hebat. Aku garang. Aku garang. Aku garang!

Ok. Aku surrender. Mereka tiga beradik hebat. Lebih baik aku membaca, menonton tv atau zzzz dengan Syafiyah dari mengalami kekalahan yang
ebih banyak lagi.

Ps: Breakfast dengan choc chip muffin memang mengujakan dan akan menghyperkan kanak kanak. Apsal aku boleh terpedaya nih!!!

Tuesday, November 6, 2012

Photo Grid - Us








Monday, November 5, 2012

Chocolate cake

Dah siap. Lama gila tak buat kek coklat. Merekah sikit kat tengah mungkin sebab suhu terlalu tinggi. Boleh makan sudah.


Butter cake vs Chocolate cake.

Buttercake has always been my all time favorite cake. The kids, on the other hand prefer chocolate cake rather than plain buttercake. Selera berbeza. When we got back to Kedah for raya haji, my sister in law baked a huge chocolate cake. The kids tak habis habis puji sedap, delicious, wow and macam macam lagi bagi pujian. Judging from that, I knew I have to bake a chocolate cake for them. It's like, mummy pun boleh buat tau.

Same goes with Plant vs Zombie. The kids idol is my brother, Sob. Oh, selalu sangat dah dengaq depa bercakap about how good their pak ndak was masa main Plant vs Zombie. Eh kanak kanak, mummy pun hebat tau. I've finished all the levels in the game to prove that I am hebat jugak just like their pak ndak or maybe better? Hahaha.

Remember kids, Persaingan sihat itu bagus, dengki itu tidak bagus.

Sunday, November 4, 2012

Hey awak yes you

Dear Miss 'wanita hebat',
I was a bit reluctant to say this few things to you, but it seems like your word(s) keep on invading my mind. So, I'm gonna cut this short by asking you to please please please could you please consider to:

  • Shut up!
  • Please grow up!
  • Move on!
Sekian and oh, one more thing. Awakperasansangat.

Friday, November 2, 2012

Friday blabbering

Hello blog, 
Not much to write, not much to tell. Still living in the same house, in Tanah Merah. As long as we are together, small things/matters does not have an impact towards my daily routine as a housewife. I am enjoying every bit of it.

Currently, we are in a proses of securing our dream H. We agreed that if its meant to us, then it will be. Me and Cp will let them do their job in their own way. Tak perlu gopoh.

School Holiday dah dekat sangat. InshaAllah, ada rezeki, the kids will get their long awaited vacation yang dok sebuk sebut almost every day tu.

Sekian. I have to cook for lunch.

Wednesday, October 17, 2012

Pasaipa letak iklan separa lucah dalam paper tempelan?

Aku menyampah tahap gaban sangat dekat iklan produk produk keintiman suami isteri dan jugak iklan kencangkan sana sini. Melampau sangat model (kunun) dia. Apatah lagi pakai tudung dah sah sah le agama Islam. Aku meluat tengok orang yang bagi testimoni ntah apa apa semata mata nak melariskan produk. Apa, tak malu? Pakai tudung, usia pun dah lanjut sibok jaja kisah sulit sana sini. Sibok kata mantap, cekap tegang. Hish. Apa ni. Sexual harassment pada mata I tau. Tulis V la, W la, X la, Y la hissh.  Takda maknaaaaanya. Muka pun saja buat cam #$%@#$% apa ntah. Kadang kadang bila beli paper, rasa macam nak koyak ja page iklan ntah apa apa ni. Malangnya, belakang iklan tu ada berita. Pulak dah. Dalam NST atau The Star takda pulak iklan macam ni. Pasaipa?

Kak kiah, laki I garang. Apa I perlu buat?






Apahal pulak aku ni kan. Takda. Sebenarnya nak share tips tips yang berfaedah untuk bini bini yang dapat laki garang. Ni pandangan aku saja. Silakan dengar nasihat tak bertauliah ni. Selalu kalau bini naik angin atau sakit hati, dia akan buat apa? Tengok senarai kat bawah ni penyelesaiannya.


  • Menangis - Bakpo. Buat rugi air mata. Sikit sikt sudahle. Siapa yang tak pernah menangis. Lap le air mata tu. Pinggan kat dapur banyak lagi tak basuh. Kalo nangis, sapa nak basuh? Laki yang garang tu? Hmmm

  • Mengamuk - Rentikan le. Pinggan mangkuk dan gelas cawan suma tak bersalah. Kawal sikit emosi tu. Tu, anak anak kat depan mata tu . Tak segan? Laki garang nak belikan balik ka pinggan mangkuk yang pecah tu? Hmmm

  • Mendera anak - Rilek rilek. Kesian budak budak tu. Kalo anak yang buat salah, suka buat perangai, memang patut bagi pengjaran sikit supaya insaf. Marah dekat laki garang, pukul anak, anak melalak, laki garang marah anak marah bini. Habis semua satu rumah main kickboxing. Seronok? Nehi. Not good. Hm

  • Mengadu kat mak pak dan kawan - Tak sesuai. Cerita dalam rumah tangga kekal di hujung tangga rumah. Tak perlu usung sampai ke main road. Sabar. Sabar. Mengadu sana sini pun takkan selesai masalah. Mengadulah pada Yang Esa. Dia kan Maha Mendengar.
Habis tu, menangis tak boleh, mengamuk tak boleh, mendera tak boleh dan mengadu pun tak boleh, apa yang I boleh buat Cik Kiah?

Buat Bodo.

Itu ja. JANGAN SIMBAH MINYAK TANAH PADA API YANG TENGAH MARAK. Biar le. Kang api tu padam sendiri. 

Selesai cerita. 

Tuesday, October 16, 2012

Drama

I am not stupid. I'm just pretending to be one.
I am not deaf. I am ignoring you.
I sealed my lip when you are around coz I dont want to talk to you.
I may seem a bit cold and frozen but that is because I dont like you.

Monday, October 15, 2012

Bapak ku pulang dari kota

Hello blog. Setiap hari aku online. Setiap hari aku keluar masuk google, tapi maap lah. Aku tak dak minat nak menulis apa apapun. Pun tak minat nak jenguk blog sendiri. Hari aku tiba tiba aku ada mood. Sebabnya aku teringat dekat Pak. Lama sungguh aku tak balik jenguk Pak. Kalau dulu hari hari boleh jumpa Pak aku. Pagi pagi dah tercegat depan rumah tok dengan Honda Cup 70 selepas hantar Ummi ke sekolah. Alhamdulillah, Pak aku sihat. Itu yang paling penting.

Emo pulak. Di depan aku sekarang ni ada selaut permainan kanak kanak. Biarkan. Stress itu tak seronok. Rumah bersepah boleh dikemas. Sekali aku tempik, selesai. Sekarang aku nak beristirehat sambil menyusukan Syafiyah. Nasi tak perlu di tanak sebab sekarang bukan zaman 80an. Zaman 80an pun orang dah pakai dapur gas, ya dak? Baju dalam mesin basuh belum disidai. Oh, itupun biarkan. Kang aku sidai le dalam rumah. Sekarang musim hujan. Aku malas nak berlumba lumba dengan jiran sebelah siapa jemur kain dulu, siapa angkat kain dulu. Yang penting, baju dibasuh, disidai, dilipat dan boleh dipakai pada waktu nak pakai.


Oh ya, aku nak makan. Bye.

Thursday, September 27, 2012

Creamy Mushroom Soup with Chicken Sausages

Mushroom soup memang kesukaan budak budak. Malang sangat kalau makan dekat kedai, order mushroom soup, bayau mahai memahai, tapi dapat macam bubur nasi lembik yang di blend. Sangat pekat dan sangat masin. Kadang kadang, kedai makan guna yang instant saja especially yang dalam bentuk serbuk. Tak sedap. Bluekk.

So, mari kita buat sendiri. Mudah sangat. Boleh memasak sambil zzzzz. Heheh.




Bahan bahan

  • Satu paket Button Mushroom. Suka hati nak guna yang White atau yang Brown. Saya suka yang White. Kat Tesko berlambak. Pilih ja.
  • 1liter air. 
  • 1 cup thick cream atau whipping cream. Takda pun takpa. Cuma nanti kurang berkrim sajalah.
  • 1 cup fresh milk
  • 2 ketul kiub chicken stock tanpa MSG. Nak yang MSG sukahatile.
  • 5 batang chicken sausages. Nak letak banyak pun takpa. Sukahatile. Jangan lupa potong pulak. Yang smoked lagi sedaplah. Jenama apa tak kisah, belasah, janji halal nooooo.
  • Daun parsley sikit, tapi aku suka letak banyak!
  • Lada putih sikit. Yang ground ya. Aku takda penggiling. Beli yang dah siap ja.
  • Tepung jagung, optional. Kalo suka cair, tak yah. Kalo nak pekat, sila guna.
How to
  • Potong cendawan ikut suka hati. Nak cincang pun takpa kalau pemalas.
  • Masak air dan cendawan dulu sampai mendidih dan cendawan bertukar ke warna gelap.
  • Dah mendidih, masuk semua sekali bahan kecuali sausage.
  • Kacau sesekali. Bila semua bahan dah serasi dan mendidih sekali lagi, baru masukkan sausages. Kalo nak sup tu jadi warna gelap sikit, sila masukkan satu atau dua sudu kicap. Aku suka kaler putih.
  • Kalau nak pekat, sila guna tepung jagung. Jangan masuk tepung jagung directly dalam soup. Nanti berketul. Amik satu atau dua sudu besar tepung jagung, kacau dalam bekas yang lain dengan air sikit bagi cair, then tuang dalam periuk.
  • Biar sekejap atad api yang sederhana. Kalau tak cukup pekat, ulang step tepung jagung tadi.
  • Dah membuak buak mendidih sampai berbuih tu tutup le api. Tunggu apa lagi.
  • Kalau rajin, buat garlic bread cicah ngsn mushroom soup. Kalo malas suruh suami pi kedai beli roti gardenia satu bantai ok. Itu saja. Selamat memushroom soup.

Wednesday, September 26, 2012

Mari buat Scone

Kalau kita pergi Cameron Highlands, mesti akan singgah sebentar minum teh dan makan scones dua tiga ketul sambil melihat keindahan alam. Konon bajet English sekejap. Hahaha. Yang pasti, scone kt situ memang mahal!

Disebabkan aku peminat scone, maka aku rasa better aku buat sendiri. Jimat dan selamat duit. Kakaka. Gelak saja aku hari ni kan. Ok, tanpa buang masa yang sangat emas, mari kita mula.

Oh, sila preheat oven dalam 15 minit @ 160 darjah celcius sebelum mulakan kerja. Oven mesti kena panas betul betul.

Bahan bahan

  • 2 cups all purpose flour, tepung gandum le
  • 1/3 cup sugar
  • 1/4 tsp salt
  • 1 tbsp baking powder
  • 1 tsp vanilla essence
  • 1/3 cup butter, sukahati jenama apa pun ok
  • 1 egg
  • 1/3 cup milk
  • 1 cup raisin, saya suka Sun Maid

How to
  • Masuk semua bahan kering start dari tepung sampai ke baking powder dalam mixing bowl. Kacau bagi rata.
  • Dah rata, masuk vanilla essence dan diikuti butter. Guna mixer ler kacau.
  • Bila dah jadi macam crumble adunan tu, masuk telur
  • Kemudian masuk susu sikit dikit sampai habih.
  • Last sekali, masuk semua raisin.
Kalo malas macam aku, sila guna muffin tray dan letak paper cup. Ceduk letak macam nih,



Untuk bagi atas scone berkilat, sila ambil telur kuning sahaja dari sebijik telur, telur putih tu suka hatila nak buat apa pun, pukul sikit, then glaze atas scone tu sebelum masuk oven.
Now, bolehlah bake at 160 darjah celcius for 15 to 20 minutes.


Wednesday, September 19, 2012

Roti Bulat

Maaf, saya pakai Bread Maker. Kalo pakai mixer saya tak gheti.Resepi ni khas untuk Kak Haris Zuhaina yang jauh dimata dekat di FB.







Jangan lupa. Lepas dah bentukkan doh tu ikut suka hati contoh macam sosej roll tu, sila jgn kacau doh tu selama 1-2 jam. Ni untuk bagi doh tu kembang dengan elok. Selalunya doh akan kembang dua kali ganda dari asal. Beware. Oh, lagi satu. nak bagi roti tu cantik kt atas dia, sila glaze roti dengan amik telur kuning sahaja sebijik dan kacau dengan 2 sudu fresh milk sebelum bakar. Suhu at 160 @ 15-20 minit. Selamat Meroti.

Thursday, September 13, 2012

My DIY Baby Soft Carrier.

Little Syafiyah is happily hiding inside her carrier which i made yesterday. Wait for my entry on how to DIY. It took me just a few minutes to finished it.



Till then, bubye.

Monday, September 10, 2012

Little Queen

Cik Syafiyah is now 4 months old. She loves to smile, loves to be cuddled and loves all the attention that she got from all of us. She's the Queen of the house.


Cik Nur Syafiyah

I am so wrong, forgive me.

Bila tengok balik few entry yang lama lama, I realized that I have offended 'YOU KNOW WHO YOU ARE' and may have cross over the line by writing things that I shouldn't.

I feel sad, they must be sad too.  I was so into my angry mode. I forgot about their feeling. They must have been angry with me. Yes, they should! I was wrong. I should have never done that.

To KS and AC, I really mean it when I said that I am sorry, kosong kosong. Ikhlas. I hope both of you forgive me for my wrongdoing. I have learnt from my mistake(s) and I have no intention of doing or saying anything again that would have hurt both of you. Love you two and the other two .


Tangan yang menaip lebih tajam dari pisau pemotong daging

Selalu ja terbaca status pelik pelik dalam facebook. Paling terbaru, luahan hati selepas berpisah. Kalau mulut sebut redha, redhakan sajalah. Tak perlulah luahan bagai macam macam dalam facebook. Tak perlulah pakat pakat buka aib bekas pasangan masing masing dan juga keluarga kedua dua belah pihak. Jangan asyik duk tulis berdoa bagai dalam facebook tapi realitinya mungkin tak buat pun.

Apa apa saja masalah berkaitan hati dan perasaan, lebih baiklah mengadu hanya pada Allah. Allah Maha Mendengar. InshaAllah, hati dapat terubat sedikit demi sedikt. Bercerita sana sini masalah hidup terutamanya hal hal rumahtangga di facebook umpama mencurah minyak tanah ke dalam api. 

Lebih baiklah berdiam diri dari bercakap atau bercerita perkara perkara yang tidak elok dan mengaibkan. Kalau diri dianiaya, banyaklah mohon pada Allah supaya diri dan keluarga sentiasa di bawah lindungan Nya. 

Wednesday, September 5, 2012

I am this I am that I am not this I am not that.

It's good to be true to yourself and not to be fake, but ones must always knows the differences between what is right and wrong. Dont be too proud of what you are now. Bragging to the world that you are no hypocryte is such a big joke. What is forbidden by Allah is forbidden. Always seek for knowledge, but never ever manipulate it for you own good. Sekian.

Maafkan atas kesalahan grammar. English saya berkarat.

Tuesday, September 4, 2012

The freaky Me is back?

Sibuk di rumah kalahkan  orang yang menjawat jawatan CEO. Ya, aku sibuk. Syafiyah sudah pandai bergolek golek meniarap dan menggigit benda. Tabiat lama aku berulang kembali. Mungkinkah? Apakah ia cuma andaian semata mata? Oh, tolonglah. Pergi jauh jauh. Neat freak, control freak and health freak. Tidak. Aku dah berubah. I left that freaky freak behaviour years ago.  Aku dah belajar terima keadaan aku seadanya. I am no robot. Saya cuma seorang mak saja. SuperMak tu Nasha Aziz. Ehhehe.

Tak perlu ontime semua benda, tak perlu jadual, tak perlu berulang ulang tak perlu stress kalau daily mission failed, tak perlu menyapu atau memvakum rumah setiap dua jam sekali. Tak perlu tak perlu. Itu bukan aku anymore. Labih baik go with the flow. Macam CP kata, 'tak perlu kalot, kita bukan nak naik bot' Yang penting aku tak perlu stress hanya kerana sehelai rambut di atas karpet atau lantai. Syafiyah cuma baru mula meniarap. Dan most of the time, dia cuma zzz atas cot saja. Eh,sat. Aku nak check kalau kalau ada sehelai dua rambut aku terterbang kat dalam cot tu. Oh My Rambut!




Sunday, August 12, 2012

Green green shhhh

I am so in love with my Green Parade. Nak pakai waktu tidur boleh? Ciwi kemain aih. Wani and Wina have been trying the shoes everyday. I love flat shoes sekarang. Heels sangat tidak sesuai since I have 4 kids to handle serentak. Can you imagine chasing your kids in the mall wearing high heel. So not funny. It's scary.


Friday, August 10, 2012

Melentur buluh

Aku duduk Malaysia ja. Setahu aku kita cuma ada musim hujan ngan musim kemarau ja. Musim tengkujuh itu tambahan. Maaf kalau aku salah. Geografi aku kurang cerdik. Eh, bab bab musim ni ada dalam subjek Geografi ka? Abaikan.

Aku pelik. Aku pelik sebab anak anak aku. Aku pelik bila tengok cara tiga kanak kanak itu berpakaian. Apakah mereka bertiga berada di alam FANTASI? Pagi hari kalo hari cuti, lepas mandi suka sangat pakai baju berlengan panjang siap berstokin. Eh, dah ada musim sejuk pulak kat Malaysia? Musykil aku. Kalo hari sekolah pulak, bila balik dari sekolah terus lempaq jauh jauh baju sekolah, then sarung tshirt atau baju kembang siap berstokin lagi. Apakah ini? Aku panas berpeluh sebaldi. Tiga beradik itu steady saja. Kadang kadang siap pakai jaket atau kardigan. Aircon pun tada. Yilek. Masa nak zzz pun sama. Stokin lagi. Heh, panas lah.

Kadang kadang aku kutip stokin semua then bawak pergi sembunyi, tapi tiba tiba ada pulak stokin extra yang ntah dari mana depa jumpa. Aikk. Stokin kecemasan pun ada jugak budak budak ni. Tak faham, tak faham.

Tapi, takpalah. Aku larat, aku basuhlah. Tak kisahlah berapa banyak stokin depa nak pakai. Nanti, esok esok aku tak larat, aku hambat depa tiga beradik masuk bilik ayaq basuh sendiri stokin yang depa pakai tu. Hahah. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dah. Tiba tiba aku rasa bersemangat nak ajar anak anak aku yang umur empat, enam dan lapan tahun cara cara nak membersihkan kipas dan mengemop lantai. Oh ya, melipat baju sekali. Kata melentur buluh kann....hahaha.

Thursday, August 9, 2012

Cerita Laki Bini.

Berkahwin adalah satu kontrak seumur hidup. Apa ingat senangkah macam memetik jari? Oh, dah tentu tidak. Berbagai asam garam akan ada tak kiralah asam gelugur atau asam keping mahupun garam kasar atau garam halus. Tak percaya? Cuba tanya mak bapak kamu. Itupun kalo depa sudi ceritalah.

Berbahagialah seseorang wanita itu kalau dapt suami yang understanding dan sangat penyabar orangnya. Mungkin si dia itu spesis satu dalam seribu atau satu dalam sepuluh ribu mungkin. Pe'el manusia pelbagai bagai. Tak payahlah risau sangat kalau tak dapat macam tu. Manusia kan ada seribu satu perangai.

Bahagia adalah perkara subjektif dan berbeza bagi setiap individu. Ada yang dapat suami yang penyabar, pemurah, ringan tulang atau penyayang tapi malas sembahyang dan bab bab agama failed atau ada yang dapat suami yang panas baran,kedekut atau pemalas tapi kalau bab sembahyang ok.  Apa ni? Something wrong somewhere? Jangan bimbang. Pada yang dapat suami suami jenis ini banyak banyaklah bersabar dan sentiasa berdoa pada Allah mudah mudahan suami akan berubah ke arah yang lebih baik. Lepas solat, banyak banyaklah mohon pada Allah dengan hati yang ikhlas supaya dilembutkan hati suami dan semoga sifat sifat hudoh yang ada pada suami akan akan lenyap. InshaAllah. Yang penting kita kena banyak bersabar.

Begitu juga dengan pe'el suami yang kurang titik beratkan hal agama especially bab sembahyang. Sembahyang itu tiang agama. Macam foundation lah kan. Kalau tak kuat dan tak jaga foundation, tentu roboh. Jangan kita tunjuk pandai dengan kata itu ini, dia salah kita betul, kita pandai dia tak. Bukan begitu caranya. Kalau nak orang berubah, kita kenalah berubah dahulu. Perangai kita yang tak elok sila buang jauh jauh kalau sayangkan suami dan rumahtangga. Sentiasa mohon pada Allah. Mengadu pada Allah. Dia Maha Mendengar.

Entry ni bersifat umum. Banyak sangat kes  sekarang ni laki pukul bini, bini tendang laki, laki perabih duit bini, bini songlap duit laki. Mengamuk sikit talak tiga, mengamuk sikit main belasah belasah,mengamuk sikit baling habis pinggan mangkuk kasi pecah. Nak lagi bagus post kat FB yang bini kata suami jahat, si suami kata bini terook. Wah. Advance. Jangan ok. Jangan. Tak elok. Lempaq jauh jauh perangai perangai hudoh itu.

Dah. Little Syafiyah dah tenyeh mata nak zzz dah ni. Mengantuk la tu. Sekian. Nite nite.

P/s: Ini pandangan dan pendapat aku saja. Nak ikut, ikut. Tanak suda. No strings attached.

Sunday, July 29, 2012

Sejak bila Facebook jadi Pakar Kaunseling?

Menjadi seorang surirumah sepenuh masa memerlukan terapi. Terapi bukan untuk pesakit mental saja. Orang yang normal juga perlukan terapi. Kadang kadang perasan diri ini Super Robot. Multitasking tuh. Normal lah berperasaan begitu kalau memilih menjadi ibu dan isteri secara 24 jam sehari. Tapi tu bukan masaalah pun. Tak perlu merungut. Senyum.

Aku rasa, mostly mesti ramai yang akan pilih terapi shopping. Sebagai perempuan aku pun suka jugak merawat stress cara ni. Kalau keluar ja, mesti kena bawak balik barang walaupun masa membeli tu tak sepenuh hati. Takmau lah balik tangan kosong. I tak suka window shopping. I suka shopping ja. Heeeheee. Perangai huduh macam ni. Tak elok tak elok. I cannot go on like this.

Sebenarnya, terapi yang paling terbaik ialah dengan mendekatkan diri dengan Allah. InsyaAllah, kita kurang rasa stress. Membaca Al Quran pun dah dapat menenangkan hati yang lara. Tak perlu melalak sana sini mengadu masalah itu masalah ini, dan jugak komplen yang tiada tempat mengadu. Allah Maha Mendengar. Lebih baik mengadu dan meminta pada Allah.

Kalo sedih melampau pun tak membawa kebaikan apa pun. Merungut banyak banyak pun satu kerja pun tak boleh jalan. Yang penting banyak banyakkan bersyukur dengan rahmat yang Allah dah beri. Kalau kita suka merungut nampak sangat kita tak berterima kasih pada Allah. Ya dak?

ps: Bukan apa, aku sesak nafas tengok orang suka merungut dan mengadu masalah ntah hapa hapa dalam FB. Berhentilah wei. Sejak bila pulak FB jadi pakar Kaunseling?

Monday, July 16, 2012

Keburukan menjadi surirumah

Takda yang buruk pun. Sengaja letak tajuk macam tu. Cumanya, bila kita bertanggungjawab untuk segala urusan hal ehwal dalam rumahtangga, sangat senang untuk dikritik dan diperlekeh bila terjadi sesuatu yang tak diingini.  Contoh terbaik ialah bila anak sakit demam. Easy target sudah tentulah aku. Akulah yang salah sebab anak aku deman. Akulah yang salah sebab tak reti jaga anak. Akula salah semua.

Tolonglah ubah persepsi tak sihat tu. Mak bapak mana nak anak dia tak sihat. Habis tu aku yang duduk di rumah dan dengan rela hati Sedia Berkhidmat kepada suami dan anak anak untuk apa. Bukankah aku pilih menjadi surirumah untuk menjaga keluarga? Habis tu kenapa anak anak semua ada asthma? Kenapa kerap sangat tak sihat? kenapa kerap masuk wad? Urusan ni bukan untuk aku jawab. Aku tiada jawapan. Bagi aku soalan soalan yang begini dan berbaur macam nak memperli tak perlu dilayan. Diam itu lebih baik. Aku redha dengan apa yang Allah beri pada aku. Malah, aku kerap ingatkan diri aku supaya sentiasa bersyukur kepada Allah dengan apa yang Dia telah berikan pada kami sekeluarga. 

Keberkatan dalam hidup bukan diukur pada wang ringgit yang mengalir masuk ke dalam akaun bank kita. Hati yang tenang dan sentiasa bersyukur dalam apa jua keadaan  membuat kita lebih bahagia. Sekian. Anak aku sudah mengamuk mau makan daaa. Tata.

P/s: Saya bahagia menjadi surirumah.

Sunday, July 15, 2012

Kalau datang ke Tanah Merah

Kalau datang ke Tanah Merah,
Tak datang rumah pun tak aperrr,
Kalau tak nak di cekik darah,
Silalah ikut recommendation sayerrr.

Hahaha. Pantun la sangat aku ni. Sepanjang aku dok sini (Tanah Merah), maaf la no, bagi aku makan luaq memang mahai memahai kalo silap mempilih kedai. Tambah pulak dok sembang awat, ayaq, lapaq. Mau kena kapak.

Kalo boleh, elakkan kedai tepi jalan yang tidak mempamerkan harga makan. Kalau nak kena sembelih, silakan. Tapi jangan le bimbang. Ada jugak kedai makan harga patut kat sini.

Restoren Selera Tepi Sungai meme terbaik. Petang ada segala mak nenek makanan dari pulut durian, kek cawan, segala bubur dan puding. Sedap wooo. Tapi sayang takdak Western Food. I Orang putih celuplah . Hahaha. Ice blended baru tiga ringgit lima kupang. Milkshakes pun tak sampai lima ringgit. Terbaik. Recommended untuk yang berkeluarga ramai dan ada anak kecik. Makanan sedap sedap dan  harga sangat munasabah!

Kalo dalam pekan Tanah Merah ni, aku suka pi makan kat Ct Tomyam yang ada kat Medan Selera betui betui depan Bank Rakyat cawangan Tanah Merah ni. Pi makan kat kedai tomyam, tapi aku rasa yang ramai orang order ialah Nasi Goreng Pok Su. Haha. Aku pun sama. Asyik asyik Nasi Goreng Pok Su. Kedai ni pun harga munasabah jugerrrr!

Restoren Eddee pun best jugak. Restoren ni besh sebab ado western food. Tomyum pun ado. Hot plate pun ado. Kalu nak makan kat Taman Kota Harmoni punya Eddee kena datang awal sebab kalo lambat takdop parking. Ada dua kat Tanah Merah ni. Satu kat Taman Kota Harmoni (besar sikit) and satu lagi kat belakang area Courts Mammoth Tanah Merah. Harga oklah. Tengok apa yang hangpa order lah. Ni restoren favorite anak aku!

Kalo teringin nasi pecial boleh pi try Nasi Daun Pisang. Dengar nama pun tau dah lagu mana kedai tu. Makan beralaskan daun pisang wooo. Kari kambing kat sini memang terbaik!  Kedai makan harga patut jugak!

Dicovered last week, kedai ni kat belakang area Courts Mammoth jugak, ACFood pun best. Mee Sup dia sedap. Western food pun ado jugak. Selesa, bersih dan sedap. Harga pun ok. Makanan pun sedak belako.

Ok. Cukup kali ni. Len kali aku ceghita tempat makan kat KB pulak. Sekian.

Baru 50 hari, kalau setahun, bertahun tahun? Nehi

Alhamdulillah, hari ni ada lebihan masa sikit. Semalam, kelmarin, kelmarin dulu dan sebelum sebelumnya meang aku sibok. Samada aku sibok buat kerja dan sibok mencari kerja untuk diberehkan. Alhamdulillah, Little Syafiyah sangat baik. Oh, sungguh gembira hati ini melihat baby kecil yang tidak banyak ragam. Lebiu Syafiyah. Little Aiman pun dah tak banyak songeh di pagi hari macam dulu dulu masa tak da adik baby. Little Aiman should change to Abang Aiman.

Miss soon to be 8, Wani pun gembira dan nampak ceria setiap kali nak ke sekolah. Miss 6yo, Wina macam biasa akan ada drama airmata sebelum ke sekolah which is kadang kadang aku rasa kesian tapi most of the time aku rasa macam nak naik hantu jugak. Sabar Mone, sabar. Apapun, yang pasti life is good dan aku bersyukur sangat sangat dengan keadaan kami sekeluarga sekarang. Thanks CP for being such a great husband and father!

Nampak perkataan father, teringat Aloq Setaq, bila teringat Alor Setaq, teringat ayah. Lama anak menantu dan cucu ayah tak balik. Dah hampir 50 hari aku tak balik kampung. Ok,sekarang aku jadi emosi. Lebih baik berhenti menaip. Nak pi dapur kupas bawang. Sekian. Tata.

Tuesday, June 12, 2012

Banyak merepek aku ni

Aku pening dengan blogspot baru nih. Akukah yang cerdik terlebih sampai tak reti nak tekan apa! 

Oh, aku sudah habih berpantang. Yahoo! Apajadah seronok sangat. Takdala berpantang larang sangat sehingga menjejaskan emosi. Alhamdulillah, Syafiyah is doing just fine adapting dengan her new environment. Dah kurang nangis and kuat tidur. Bagus. Boleh mummy buat benda lain. Tok pun dah balik kampung. Tinggal kami 6 beranak mengadap muka satu sama lain menjelang malam. 

Cp macam biasa lepas matahari terbenam dan dah gelap gelita baru balik dari mencari rezeki. Takpa. Sekarang dah tak takut sangat sebab Aiman dah besar dan boleh bertukar jadi Boboiboy bila perlu. Tipoo banyak aku ni. Heh heh.

Aloh. Baru ja aku puji Syafiyah suka zzzz. Tengok, tengok, sekarang dia dah bangun.Aku baru ja nak tulis part yang berilmiah sikit. Dah kena kembali ke mode 'bertugas' pulak dah. Kejap lagi kena cari kayu api nak menanak nasik. Ok, aku merepek lagi. Sekian. Tata.

Thursday, June 7, 2012

Bersalin punya cerita....dah basi daaa

Hari ni dah 18 hari (pada hari entry ni ditulis) umur Syafiyah. Pengalaman bersalin kali ni memang berbeza dengan yang lepas. 28 Mei 2012, seawal pukul 7.30 pagi dah bertolak dari Tanah Merah ke Kota Bharu. Habis kejutkan the kids bangun awal suruh bersiap siap. Bawak bekal 2 bijik beg dan dua helai comforter. On the way ke Perdana, semasa di Salor, Dr Awang call tanya aku dah dekat mana. Haih, awal betul doktor ni. Rupanya, Cp baru teringat Dr suruh sampai pukul 8 pagi. Heheh.

Sesampai ja kat Perdana, terus ke bahagian emergency untuk check in masuk labour room. Di sebelah aku ada sorang perempuan mengandung nak check in jugak sebab dah keluar air. Selesai daftar, nurse datang bawak wheel chair suruh aku duduk. Argh. Aku boleh jalan lagi tapi nurse kata dah prosedur camtu and manatahu aku tersepak atau tertendang apa apa on the way ke labour room sapa nak jawab, jadi aku kenalah ikut. Ok .Fine. Seronok jugak. Tertongok depan labour room dua tiga minit sementara tunggu depa buka pintu. Adoi, macam nak amik duit dalam bilik kebal la pulak. Anak anak dah macam apa lagi dah excited nak jumpa adik baby.

Masuk dalam labour room, ada sepasang baju gabai dengan kain pakai warna pink. Cute lah. Nak bersalin pun boleh kelihatan comel lagi. Dr Awang pun masuk sebaik aku landing and dia bagitahu doktor yang nak cocok epidural akan datang pukul 9.30 pagi. Alhamdulillah, by pukul 10.30 pagi selesai proses masuk epidural. So, Cp pun berangkat keluar dari labour room nak settle pasal wad pulak sebab anak anak dah macam terlebih gula dan tak dapat di control lagi oleh nenek depa aka tok aku. Tiba tang aku, wad single habih semua penuh dan waiting list pun berlambak dok queue. Hoh, yang tinggal bilik VIP saja. Aku pandang Cp, Cp pandang aku. Takkanlah nak hantar balik the kids dan biar duduk dengan nenek. Nehi. Tidak mungkin. Itu bukan option. Itu cari masalah. Last sekali, Cp decided to take the room. Takpalah. As long as we're together, yang lain dia takmo pikiaq. Aku pun senang nak beranak tak payah pikiaq budak budak buat apa di rumah, and Cp tak payah pening mana nak teman bini nak beranak, mana nak kawal anak 3 orang. Selesai bab ward dan anak anak.

Tengok jam kat atas kepala Cp dalam labour room tu, dah nak dekat 3.30 petang. Bukaan baru 4 cm. Lama lagi ni. Nasib aku dah rasa numb dari pinggang sampai hujung kaki, so tak adalah nak rasa contraction time tu. Then Doktor Awang masuk lagi dan check bukaan. Aku terkejut dan rasa nak lari keluar bila dia suruh nurse kurangkan dos epidural tu sampai jadi 4 ml setiap berapa minit entah. Boleh pulak dia kata kalo tak rasa sakit, tak thrill. Aku cuak bagai apa ntah dan dalam sejam lepas tu aku dah start rasa contraction. Ya Allah, sakitnya. Tak pernah aku rasa sakit macam tu even aku beranak yang lepas lepas pun. Sakit. Macam tak yah pakai epidural lah kan.

Pukul 6 petang, Dr Awang masuk lagi dan Alhamdulillah bukaan dah 9 cm. Fuh, panjang entry nih. Nanti aku sambung lagi cerita beranak bila ada kelapangan. Sekarang aku sibok. Sekian. Tata.

Thursday, April 26, 2012

Time management

Kebanyakan kerja rumah yang sekali sekali perlu di buat sudah hampir beres. Tinggal kerja rumah yang hari hari kena buat saja. Aktiviti sental menyental pun dah selesai. Argh, lagi dua hari untuk masuk labour room. Walaupun ni pengalaman keempat, perasaan cuak tetap ada. Harap dipermudahkan segalanya.

Barang barang untuk overnight kat sana pun dah siap. Habis angkut semua isi rumah berkampung kat sana. Takut jugak nak tinggalkan bebudak ni kat rumah. Kalau di Alor Setar senang sikit sebab bapak aku ada. Budak budak ni pun boleh main dengan makcik depa. Argh, tak usah bagi serabut kepala lagi.

Dah. Nak take five sekejap. Kalau terlajak pun takpa. Aku kan suri rumah. Time management suka hati akulah. Janji kerja beres. Sekian.

Tuesday, April 24, 2012

Please lah

Bukanlah aku tak nak bersyukur. Aku berterima kasih sangat sangat sebab sudi membantu apa yang patut. Tapi kalau dah sampai satu tahap yang mengganggu gugat jiwa dan perasaan, aku jadi hangin satu macam dalam badan. Sampaikan anak anak aku pun susah sangat nak bersembang dengan aku. Kejap kejap panggil, kejap kejap tanya kalo bebudak ni ada panggil. Bagilah aku bermesra dengan anak anak aku sendiri. Belum bab masak memasak lagik. Takpa, aku larat aku buat. Kang aku dah beranak, silakan take charge. Aku tak biasa di arah buat itu buat ini, tak yah sibok. Hish, kang cakap banyak merajuk pulak. Kang kalau merajuk, aku memang buat tak tau saja. Bukankah nanti aku di cop sebagai perempuan kejam. Tak, aku tak kejam. Aku cuma minta di bagi ruang selesa dalam rumah sendiri.

Monday, April 23, 2012

Hormon mengganas

Semalam, aliran hormon adalah tak tentu hala. Terlebih moody, terlebih perasaan dan terlebih lebih segalanya. Level of anxiety yang tak dapat di kawal membuatkan aku jadi serba tak kena.

Kerja rumah banyak yang perlu dibereskan. Oh ya, aku tidak bergoyang kaki di rumah seperti 'mem' besar walaupun tok aku ada kt sini. Selagi terdaya, aku buat. Kalau tak da daya, terdamparlah aku macam ikan paus sepanjang hari. Di sebabkan aku agak cerewet, memang susah nak bekerjasama dengan orang terutamanya bila bab bab pengurusan rumahtangga ni. Aku dah terbiasa buat benda ikut suka hati aku sendiri, dan bila ada campur tangan orang lain aku jadi tak selesa. Harap harap, lepas bersalin nanti aku sihat dan mampu menguruskan kembali hal ehwal rumahtangga seperti sedia kala. Amin.

Syukur sangat sangat walaupun Aiman suka sangat bagi aku naik hantoo pepagi buta, dia sangat berperangai baik selepas bersarapan sehingga kakak dia balik dari sekolah. Oklah kan. Dari dia mengamuk tak tentu hala buat perangai sampai aku rasa macam nak pitam. Oh Aiman anak yang baik.

Mesin basuh dah memanggil manggil. Baiklah aku sidai baju, biar petang ni sempat kering dari aku bersidai mengadap blog. Sekian.

Sunday, April 22, 2012

Molek itu cantik

Ahhh. Selesa gila bila menaip entry guna Mrs L. Aku lebih prefer Mrs L dari En Tab sebab En Tab banyak sangat songeh. Tapi jangan bimbang. Aku still sayang engkau En Tab. Kau tetap dalam handbagku.

Semalam ke Perdana untuk antenatal check up pada minggu kehamilan yang ke 37. Sampai ke KB dalam pukul 12.30 tengahari terus ke kaunter registration. Mana tahu kali ni rezeki aku jadi patient yang pertama.Aku tersilap. Malangnya aku yang ketiga untuk sesi petang. Yalah. Baik ke Tesco membeli belah barangan dapur. Membuang masa itu tak bagus. Baik memenuhkan masa dengan aktiviti yang berfaedah dengan membeli barang barang keperluan hidup. Hehe.

Selepas berhempas pulas mengerah kudrat menaik turun escalator, menolak troli berganti ganti dengan CP, dalam pukul 3 petang bergerak ke Perdana semula. Sampai sampai di depan bilik Dr Awang Nila, mak ai ramainya manusia. Tapi takpa, aku dah register awai awai dah. Rupa rupanya aku kena buat CTG dulu. Ikut sajalah. Boleh meninjau labour room sekali. Lebih kurang setengah jam kena berkurung buat CTG, baru boleh jumpa Dr. Alhamdulillah, Dr Awang kata baby molek, contraction pun mild saja lebih kurang sekali dalam tempoh setengah jam.Tapi aku still kena induce jugak next week sebab aku tak boleh beranak lewat dari 38 minggu due to my GD. Tapi aku dah bagitau awal awal kat Dr kalau aku kena induce, aku nak epidural.

Oklah. Nak perabih segala chores yang tak selesai lagi. Sementara masih ada sisa sisa tenaga, baik aku selesaikan segalanya sebelum Che Wani balik dari sekolah. Sekian. Selesai.


Thursday, April 19, 2012

Back Pain

Had a very bad day yesterday. Been having a severe back pain. Can't barely move, can't barely walk and all i did was to lay down atas tilam dan menjadi seperti paus. Called Cp tiga empat kali sebab ingat dah nak bersalin. Tapi takda signs of labour pun. Contraction pun macam angin lalu. He's so busy dan hanya boleh balik paling cepat pun pukul 5.30 petang. But, then aku terlelap. Alhamdulillah, sakit dah kurang. Agaknya yang di dalam saja nak acah aku kot. Aku kan cepat paranoid.

Malam, CP ajak keluar makan. Oh, rezeki jangan ditolak. Back pain tolak tepi dulu. Makan pun penting jugak. Nasiblah bila balik bacaan glucose aku 5.9 mmol. Tidur dengan nyenyak semalam selepas dah berminggu minggu macam zombie. Itupun still terjaga pukul 4 pagi.

Dah. Aku dah tak larat nak berebut dengan Aiman ni. Silap aku jugak pergi install game lumba kereta dalam benda alah ni. Kan dah kena. Padan muka aku.

Tuesday, April 17, 2012

Makan lewat, tidur jadi lambat

Mata dah separa layu, tapi belum boleh zzzzz lagi. Sekejap lagi dah selesai amik BSP baru boleh lena. Itupun kalau yang di dalam tidak berdendang di tengah malam. Oh, tidak. Dah beberapa lama berkeadaan macam ni. Aku pusing ke kiri salah, pusing tidur ke kanan salah, tidur telentang lagi membawa masalah. Tak tahulah yang di dalam nak selesa macam mana. Dah macam separa zombie dah aku ni.

Harap harap bacaan glucose aku tak tinggi, normal dan baik baik saja macam hari hari yang lepas. Kalau tidak Dr kata kena cocok. Ngeri.

Oh dah cukup masa. Nak pergi selongkar almari cari AccuCheck yang dah hilang sejak dari pagi tadi. Kang anak anak aku jumpa, naya depa buat main doktor doktor. Itupun ngeri.

I don't know what to say to her......

Been logging in and out from fb this whole day just to check out any new updates about Ernie's son. The boy, lil Edrian was admitted due to his critical condition. From what i heard, the lil boy fell dalam bilik ayaq. I'm speechless and i didn't write any comment on her fb coz i don't know what to say.  I have three kids, and if any of them tak sihat, I'll feel the pain too. All i know is that, if i were in her shoes, i would definitely, oh i don't know what would i do. Siapa tak sayang anak? I hope Ernie will be strong, be patient and berdoa banyak banyak kepada Allah. Semoga anak Ernie sembuh dan sihat seperti sediakala. Amin.

Sunday, April 15, 2012

Sudah dua bulan

Sudah dua bulan menjadi penduduk sementara di Kelantan. Life is not easy here since takda banyak kemudahan yang dah biasa didapati macam di Kedah. Adatlah. Kemudahan untuk berjumpa bapak yang tiada limit, kemudahan membela binatang ternakan atau binatang kesayangan tanpa sempadan, kemudahan menanam pokok dan membela rumput rumput liar sehingga setinggi paras lutut. Oh, tiada kemudahan itu di sini. Bersabar ya Mone.

Berdebar debar untuk antenatal check up yang akan datang. Minggu depan dah masuk 37 weeks of pregnancy. Don't know what to expect, mungkinkah sudah boleh masuk labour room atau perlu cukupkan jadi 38 weeks. Mengandung kali ini memang mencabar fizikal dan mental. Moga Allah mempermudahkan segalanya. Amin.

Sunday, April 8, 2012

35 weeks antenatal check up plus KFC am riser

Semalam ialah hari untuk buat antenatal check up. Keluar dari rumah seawal 7.30 pagi semata mata untuk register awal. Alhamdulillah, nama dah ada dalam list untuk appointment hari tu. Selesai register, usung semua ke seberang jalan untuk menikmati breakfast yang terbest. KFC am riser! Dah macam jadi suatu ketagihan setiap kali datang untuk check up di Perdana, pasti akan bersusah payah menyeberang jalan yang banyak kereta semata mata untuk itu.

Mengamuk sebab mummy lambat sangat


Sampai turn,aku tersengih sengih masuk bilik Dr Awang Nila. The friendliest doktor yang aku pernah jumpa. Alhamdulillah, baby tak besar, bersize normal, air ketuban pun sesuai dengan usia pregnancy walaupun aku ada GD. Cumanya, yang aku pening bila doktor tanya aku tiga empat kali betulkah aku nak epidural. Sepanjang tiga kali beranak, semua aku bantai epidural. Trauma memang takdalah bila pakai epidural sebab aku ni mudah paranoid dan tahap ada perasaan phobia yang terlampau. Lebih baiklah aku istikharah minta petunjuk dari Allah samada kali ni nak pakai epidural atau tidak.

Thursday, April 5, 2012

Siapa tukang bayar

Dah berkira kira sejak tiga empat hari yang lalu nak ke Rantau Panjang. Tup tup tetiba malam tadi keluar berita kat TV3 yang ada kejadian orang kena tembak kat situ. Terus cancelled. Since esok Cp cuti, lebih baik ke Pasar Tani di Tanah Merah ni. Makanan tak yah bimbang. Tak   terjangkau nafsu makan kalau ke Pasar Tani dekat sini. Pilih ja, tunjuk ja, yang pening tukang bayar lah.... hehe

Wednesday, April 4, 2012

Thanks to my little Aiman for up till now, i have only 32 contact lists in my phonebook. Yes, he deleted every single names and i have to start from zero.  But then, thanks again my dear little precious Aiman for clearing my phonebook lists yang sememangnya aku sendiri dah pening nak tengok sebelum ni sebab banyak nombor phone yang tuannya memang dah tak pakai. Sekarang dia tengah merajuk sebab tak dapat tengok Boboiboy. Sorry Aiman, sekarang waktu zzzZzzZz.


Good night....

Tuesday, April 3, 2012

Pembantu yang rajin

Selesai sudah dengan benda benda bulky yg diperlukan untuk newborn. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Terima kasih Cp. InshaAllah, weekend ni ke KB untuk settlekan yang lain lain sambil buat check up antenatal. Harap semuanya baik baik saja. Minggu lepas seronok sangat sebab dapat balik ke Alor Setar, jumpa family dan menjenguk rumah comel ayah.



  
  












Thursday, March 29, 2012

Sibuk Berkemas

Semenjak bertukar perkhidmatan internet dari wimax yang memang superb ke celcom broadband, aku jadi malas mau online. Selalunya cuma akan mendedikasikan masa online untuk mencuci mata atau membeli dan mengintai benda benda yang aku teringin.

Sekarang dah hampir masuk pertengahan third trimester dan tarikh bersalin pun dah ada. Harap harap dipermudahkan proses bersalin nanti dan aku berdoa sangat agar GD pun takda lepas aku bersalin nanti, InshaAllah.

Persiapan barang baby pun tak selesai lagi. Aku ngan Cp pun masih cuba nak sesuaikan diri hidup di Kelantan. Nak beli barang barang baby pun terkial kial sebab tak banyak choice dekat sini dan tak tahu jugak nak cari di mana. Pun jugak dah lupa nak beli apa yang penting even dah buat list. Tengoklah, kalau ada masa, weekend ni bolehla beli barang barang kat Alor Setar.. Yahoooooo..balik kampung, balik rumah, balik tengok rabbit dengan ayam piru serta pokok pokok di halaman..

Thursday, March 1, 2012

Selamat Hari Jadi Cik Wina

It's her birthday! 
Selamat hari jadi,
selamat hari jadi, 
selamat hari jadi to my dearest WINA,
selamat hari jadi.....
Though takda Secret recipe ( jauh woo kt KB nun) untuk wina, me and CP berjaya dapatkan sebijik kek yang comel dari bakery kat sini. Apapun, semoga  our dearest Nur Syazwina cemerlang dan berjaya dunia dan akhirat, menjadi anak yang solehah dan sentiasa sihat. Amin... 


  
Wani, Wina dan Aiman...


Wednesday, February 29, 2012

Facebook and me

I've decided not to delete my facebook account due to several reasons. One of the reason was we recently moved to sebelah pantai timur which i never thought we would be and i need fb to catch up stories and update from my beloved family.

Life must go on and I'm trying my very best to keep the kids happy with our new environment. That's all for now. Off to cook goreng pisang.

Sunday, February 26, 2012

Air dan Internet di Kelantan

Selamat tinggal Waimek. Banyak sungguh kenangan kita bersama. I missh you. I miss your speed, your realibility and your accountability. Oh, kenangan manisku. Sekarang, aku terpaksa kutip kembali kenangan pahit bersama Brukband. Ini saja best option bagi aku dan CP tersayang. Nak pasang Wifi? Oh nehi. Perlu pasang fixed line dahulu yang aku pasti memang tak akan ada kegunaan langsung semata mata nak dapatkan kemudahan Wifi. Oh, memang tidak berbaloi. Sekarang, belajarlah hidup dengan apa yang ada. Tak kisahlah. Janji kami sekeluarga bersama sama di mana pun, walaupun internet memang macam $***. Aku terima.

Pagi tadi masa seronok bersarapan pagi bersama CP dan Wani sambil tengok TV, ada heboh heboh dan kecoh kecoh isu air di Kelantan. Yang kecohnya di Kota Bharu. Maaf kata. Sepanjang aku tinggal di sini selama hampir sebulan, air di sini kadang kadang agak kotor sekali sekali tapi itupun sekejap saja. Dalam sejam dua atau paling lama pun tiga jam air dah bersih balik. Filter air pun tak da lah teruk sangat sampai kena tukar selang dua hari sekali macam dahulu. Aku tak pasti dan tak tahu yangmogok tu duduk di kawasan mana tapi sepatutnya kalau aku yang tinggal di hulu ni air dia ok saja, macam mana pulak orang mengamuk ngamuk kat KB kata ada masalah air sampai pung pang pung pang kena panggil TV3 datang buat coverage. Oh, hanya mereka saja yang tahu. Maaf, saya bukan rakyat Kelantan. Saya cuma datang menumpang tinggal di sini dan so far bagi saya Kelantan ok despite of Internet sebab saya lagi prefer Wimax yang malangnya cuma ada coverage di Kota Bharu saja. Meh la Wimax datangTanah Merah ni.

Dengan keadaan fizikal yang semakin mengembang, aku rasa aku dah cuba sehabis baik untuk menyelesaikan kerja kerja rumah secara sistematik supaya tidak terbongkang macam paus di malam hari. Oh, aku tiada maid. Tiada mampu menggaji maid. Baik beli makanan atau beli permainan kanak kanak untuk anak anak aku.

Teringat antenatal checkup bersama Dr Kang di Alor Setar yang cuma 15 minit dari rumah. Sekarang kalau nak buat check up kena ke Kota Bharu. Tapi berbaloilah sejam perjalanan sebulan sekali jumpa Dr Awang Nila yang baik  dan aku harap aku tak da apa apa masalah selain dari GD. Insha Allah. Harap semua dipermudahkan.  

Oh ya. Aku lupa yang aku kena masak awal sekarang ni. Selamat memasak untuk aku.

Wednesday, January 18, 2012

Some humans are parasites too... trust me

Parasite is an organism that will sucked out every single things from its host. Some humans are just like parasite too. They won't stop, they won't do anything, they'll just sit and stay there until you're done and then, when they're through with you they'll off to find a new host, new place to suck on.

Tuesday, January 17, 2012

Alor Setaq to Tanah Meroh

Sekarang sesi memburu rumah sewa di Tanah Merah. Puas dah google sana sini masih tak dapat lagi. Dengan keadaan sekarang yang macam ini, rasa macam tak cukup tangan nak buat itu ini. Apapun, aku berdoa agar segala urusan dapat dibereskan sebelum CP start kerja 8 feb ni. Amin.

Wednesday, January 11, 2012

Biar betul........

Ahad lepas, berjalan jalan sambil memburu track bottom untuk Che Wani. We went to Tesco sebab that's the nearest hypermarket dengan rumah. Sesampai ja kat satu area dalam Tesco, berenti sekejap empat lima saat untuk melepaskan rindu. Tiba tiba CP tanya aku nak ka benda tu. Hish, apasal tanya soalan camni. Kang aku jawab, takut CP menangis pulak. Sengih cukup. Then CP kata nak ambiklah. Hish merepek apa lagi nih. Aku sengih lagi. Sekali lagi CP tanya aku, dan tentulah aku jawab, ikut suka abanglah.

Nasib baik tak da camera rakam rupabentuk muka aku time tu. Aku rasa dah macam kerang bakar dah muka aku. Sengih jangan cakaplah. Tu belum tengok hidung lagi. Dada pun dah rasacamnak explode. Biar benar CP ni. Mimpi apa tengah tengah bulan ni. Ya Allah, is this for real? Aku cubit perut aku yang boroi ni dan betul la aku tak mimpi pun. Ya Allah, thank you. Che Pyan, thank you so much.

Dah lama gila aku mengidam benda ni dan aku memang dah tak harap apa dah bila benda ni depa discontinued hari tu. Aku redha saja. But then, it was totally an awesome suprise. Thank you so much, thank you, and i love you. Xoxo....mone

Thursday, January 5, 2012

Teh tarik tepi jalan

Aktiviti harian sangat sibuk buat masa sekarang. Anak anak dah mula ke sekolah. Sekejap sekejap tengok jam dah nah tengahari. Balik sekolah, mulalah budak budak ni mencari benda untuk di'ngap'. Kadang kadang aku pulak yang jadik trauma tengok nafsu budak budak ni makan nasik. Empat kali tambah? What? Ngeri. Entah muat atau tak usus nak proses. Apa metabolisma budak budak ni tinggi sangat? Nak kata gemuk tak jugak. Cikeding macam cikadees ada la. Atau banyak tenaga yang dah di released kat sekolah? Who knows...

Dah. Masa dah tamat. Kena masak memasak pulak. Aku kalau bab masak memasak memang lembab.

Oh, teringat hari ni hari Khamis. Mungkinkah CP balik awal hari ni? Hari ni dah janji dengan kanak kanak depa boleh ZZzz kat rumah nenek sebab hari sekolah wajib ZZzz kat rumah. Mungkinkah boleh berdating dengan CP malam ni minum teh terik tepi jalan yang sibuk sebab ada trafik light dekat simpang depan rumah sambil terhidu gas karbon monoksida dari kereta yang bersimpang siur lalu lalang di depan gerai?

Ps: Tidur malam tak lena mimpi McLaren pulak. Sissy, ada sales tak kat sana?