Tuesday, December 20, 2011

Gestational Diabetes

Tak pernah terlintas dan terfikir pun nak menjadi teman kepada Gestational Diebetes (GD). Ya. Boleh kata dalam satu dua minggu lepas aku ni ibarat 'in state of denial'. Tapi lepas tu, puas bertanya sana sini especially to my Sissy and Mak Lang, I kinda accept it. Belajar dari pengalaman mereka lah.

The test was made due to my recurrent miscarrige. Ya lah kan. Kalau ikut to that history, maybe there is  something wrong with me or my body. Nak buat test tu kena start puasa dari pukul 10 malam till 8 pagi next morning. Then pergi klinik untuk ambil blood sample masa kita puasa tu. Lepas tu kena minum pulak air super dupa gila babas sweet nak mampos satu gelas sampai habis. Then disuruh duduk kat situ dan jangan ke mana mana selama 2 jam, kecuali nak ke toilet bolehlah kan. Lepas tu sekali lagi darah di ambil untuk kali kedua. The result for my first test was normal dalam 4.5 mmol, but the second test shoot straight ke awan dengan bacaan 9 mmol lepas minum air super dupa gila babas sweet nal mampos tu. Huhu. Blame it on the hormones. Makanan tak bersalah dalam hal ni. Hormon yang bersalah.

Frust gila. Then, a week after that kena buat Blood Sugar Profile (BSP) di mana hujung jari kena cucuk 4 kali untuk tengok tahap gula banyak mana ada. Macam biasa, sehari sebelum test kena puasa dari pukul 10 malam sampailah 8 pagi esok. First test pukul 8 pagi. Then boleh balik atau merayau rayau di shoppping complex sambil mengisi perut sampai pukul 10 pagi. Lepas tu stop makan. Kena puasa balik sampai pukul 12 tengahari. Pergi klinik balik, cucuk hujung jari untuk second time. Lepas tu boleh blah balik melantak makan tengahari atau nak merayau rayau lagi kat shopping complex untuk kali ke dua. Pukul 4 petang puasa balik sampai pukul 6 petang nehi kabhi makan, kalau makan jugak alamat naik kau punya BSP. Lari ke klinik semula untuk amik BSP kali ketiga pukul 6 petang tu. Selesai cucuk jari blah lagi balik rumah melantak melantak dinner sebelum pukul 8 malam sebab lebih dari pukul 8 malam dah kena puasa balik. Pukul 9.30 malam gerak ke klinik untuk test BSP kali keempat dan terakhir pada hari tersebut. Sekian. Eh. Silap. Alhamdulillah, bacaan BSP aku doktor kata cantik dan menarik:

8.00 am      : 4.9 mmol
12.00 noon : 4.6 mmol
6.00  pm     : 4.1 mmol
10.00 pm    : 4.6 mmol

Err. Aku tak tipu ya. Aku makan tau. Doktor dengan ramah siap boleh tanya aku ada makan durian dak a day before buat test yang kena minum air manis nak mampuih tu. Tergelak aku. Honestly, aku tak makan durian. Tak minum sangat air manis manis. In fact kalau kat rumah, aku cuma minum susu dan air masak. Kalau dalam sebulan, consumption gula kat rumah aku ni less than 1 kg ja. Anak anak semua minum Milo tanpa gula. Kalau nak sangat, weekend lah tunggu bila CP cuti barulah merasa budak budak ni minum Milo yang berperasa manis.

Sebab test aku cantik sangat, doktor tanya aku nak tak buat semula test yang first tu sekali lagi. Kot kot la aku tak puas hati, ataupun mesin tu bengong masa dia analyze blood sample aku. Terus aku tak mau. No way aku nak minum lagi air manis camtu. Never ever. Aku lebih rela cucuk jari 4 kali sehari setiap bulan untuk BSP dari minum benda tu. Jangan harap.

Buat ibu ibu yang mengandung yang ada GD, jangan bimbang. GD ni jadi sebab perubahan hormon dalam badan kita sewaktu kita mengandung. Bukan sebab apa yang kita makan. Like I said before, BLAME IT ON THE HORMONES. Jangan sedih. It's not the end of the world. Selalunya selepas kita beranak dia akan hilang as long as kita jaga pemakanan dan kesihatan kita. Kalau ada jadual pemakanan, ikut jadual tu. Jadual Diabetic Diet boleh dapat free ja kat Klinik Kesihatan yang berhanpiran. Selamat berjaya untuk aku.

Sunday, December 4, 2011

Bagitau aku apa kau rasa...

Cerita dongeng :
Syoknya jadi surirumah goyang kaki, takda benda lain nak buat selain layan anak layan laki, perabih duit tak henti henti, sebut saja bila mengidam nak itu nak ini.
Realiti :
Semua chores buat sendiri, dari ceruk ke serata sisi, basuh kain tak henti henti, mesin basuh pun aiyooo mati, anak anak nak tolong semua kecik kecik lagi, tidur malam hooo janganlah harap macam puteri.

Betui dak? Betul kan. Ubah sikit persepsi tu. Surirumah pun buat kerja macam orang lain jugak. Tapi yang paling penting, kenalah ikhlas walau kita buat apa apapun. Janganlah sebab nak bodek atau ampu orang semata mata.

Sepanjang 8 tahun aku kahwin ngan CP, dah banyak benda yang aku ngan CP lalui. Kena ada give and take lah supaya tak jadi masalah. Siapa kata kalau laki kerja ngan institusi kewangan senang macam makan kacang? Siapa kata kerja insitusi kewangan boleh enjoy? Siapa kata semua kerja office 9 to 5? Siapa kata esok esok kalau kahwin bila laki balik kerja pukul 5.30 petang (bertuahnya) boleh nak manja manja nak ajak laki main badminton tiga empat das di halaman rumah sambil anak anak bertepuk tangan jadi penyokong?

Faham tak apa aku nak cakap? Tak faham? Oklah. Macamni, maksud aku kita semua ada peranan masing masing dalam hidup. Semua kerja ada waktu susah dan kadangkala ada waktu senang. Terpulang pada diri sendiri kita nak buat kerja kita tahap mana. Kalau suka buat cincai, samalah macam tak amanah.

Mana boleh orang yang pemalas yang kerja dia cuma melangut kat office sebab kat office tak da kerja, masuk kerja suka suka hati lambat bila waktu office hour habis, pusing pusing dah takda, kaki mengular, kaki suka keluar makan suka suka hati time waktu kerja nak melalak sana sini mintak nak bonus 20 bulan (aiyoo) sama banyak jugak macam orang yang dah kerja berhempas pulas balik kerja sampai rumah pun pukul 9 atau 10 malam tiap tiap hari sampai tak sempat nak lunch semata mata nak siapkan kerja. Logik tak?

Friday, December 2, 2011

Mari pandang ke depan...

Mengidam sangat nakkan SGT 7.0. Nak yang itu jugak! Ke Tesko tiga hari lepas sempat meng'hai' Blue Cube semata mata nak tanya khabar SGT. Discontinued! Kat mana mana pun dia kata tak payah tanya sebab memang dah tak da. Out of Stock! Aku still tak puas hati. Gagah jugak aku masuk dalam Tesko bahagian elektrik dan elektronik tanya pasal benda alah yang sama. Oh, hanya SGT Wifi yang tinggal. Aku jadi lemah. Aku terus tak bermaya dua minit di situ. Ayat ayat cinta yang sama. Out of Stock sayangku! Discontinued my darling!. Aku redha. Betul ni. Tak tipu.

Takpalah. Aku tak kisah pun pakai henpon 'candy kanak kanak' ni. Asal aku call CP boleh, CP call aku boleh pun dah cukup. Tak dapat SGT 7.0, baiklah. Barang yang terlepas jangan di kenang. Aku nak pandang ke depan. Mungkin patut pandang pada Halford Zuzz 4 + Babio. Oh, ai-lap-u. *wink wink*

Saturday, November 26, 2011

Seronok seronok seronok

Belum sampai rumah ku yang manis lagi. Setelah puas bergoncang di rumah Sissy, bertapa pulak di rumah mak mertua selama dua hari sebelum balik rumah ku yang manis. Esok ada jemputan kenduri di Pulau Pinang. Gamaknya, petang la kot baru boleh jumpa rabbit ku sayang.

Seronok seronok seronok masa kat rumah Sissy. Dapat cubit Princess Alya Gerndurt. Dah la petah berkata kata. Kali ni ke sana memang tak da snap satu gambar pun tapi.....dapat pergi Bookfair yang hebat, dapat makan makanan yang memang  tak terdapat di rumah ku yang manis, dapat jumpa adik perempuan dan adik lelaki yang tersayang dan jugak keluarga Sissy yang memang the best ah. Terima kasih CP. InshaAllah, kalau ada rezeki tahun depan nak ke sana lagi. Mengidam macam macam ni tapi nasib lah nafsu masih di tahap yang terkawal lagi. Sabar sabar sabar Mone.

Oklah. CP nak keluar ni. Aku nak tengok dia kejap. Tata.

Monday, November 14, 2011

Dear CP...

Happy Birthday......
Thanks for being everything to me, to the kids and to our family
....xoxo....


I Could Not Ask For More ~ by EDWIN MCCAIN 
   
Lying here with you
Listening to the rain
Smiling just to see the smile upon your face
These are the moments I thank God that I'm alive
These are the moments I'll remember all my life
I found all I've waited for
And I could not ask for more
Looking in your eyes
Seeing all I need
Everything you are is everything to me
These are the moments
I know heaven must exist
These are the moments I know all I need is this
I have all I've waited for
And I could not ask for more

I could not ask for more than this time together
I could not ask for more than this time with you
Every prayer has been answered
Every dream I have's come true
And right here in this moment is right where I'm meant to be
Here with you here with me

These are the moments I thank God that I'm alive
These are the moments I'll remember all my life
I've got all I've waited for
And I could not ask for more

I could not ask for more than the love you give me
'Coz it's all I've waited for
And I could not ask for more
I could not ask for more

P/s: just sharing this lyric for personal use only.
All credit goes to : Property and copyright of EDWIN MCCAIN

Thursday, November 10, 2011

Apa ITU......

Kadang kadang aku rasa macam nak muntah tengok segala benda orang letak kat situ. Masuk sepital private manalah, beli inilah, beli itulah. Ya, masa aku mula mula tersadai kat situ pun aku macam jakun semacam. Sikit sikit nak letak status perasaan aku dan pelbagai macam benda mak nenek lagilah. Sekarang aku idak taksub dah dengan semua benda alah tu. Aku insaf dan malu dengan diri sendiri yang tak sedar diri.

Sebenarnya kalau kita renung balik, semacam kita riak pulak kan dan rasa bangga letak segala mak nenek dan kemudian friends kita berlumba- lumba nak comment dan kita pun jadi hidung kembang kempis bagai apa ntah bila orang puji kita macam macam. Mungkin betul niat engkau ikhlas nak share contoh macam barang ni bagus, brand ni hebat, makan kat sini sedap, but betulkah engkau 100% tahu yang niat engkau memang 120% ikhlas tanpa ada perasaan bangga, riak dan perasan dan memang tak nakkan pujian? Aku tak tahu. Engkau ja tahu apa yang ada di dalam hati engkau sendiri. Bagi aku, hanya kita yang tahu kedudukan diri sendiri. 

Orang yang ada ITU, tak perlu nak canang sana sini pukul kompang tiga empat puluh das kasi tahu satu dunia I got this, I got that. Hanya orang yang tak ada ITU akan canang sebegitu. Setuju tak?

Friday, November 4, 2011

Lebih sihat, lebih gemuk.

Esok adik perempuan balik. Yeehuu. Seronok seronok. Dah lama takda teman bersembang yang sama jantina. Kalau nak bergossip dengan CP, malam malam hari baru boleh. Kalau ajak anak anak kesayangan bersembang, mau jadi aku yang bercakap sorang sorang, depa siap krrooooohhh, ZZzzzZzZZzzz. Agaknya bosan kot sampai tertidur. Hehehe.

Baru selesai menconteng arang inai di jari. Eh, takda sesapa kawen pun. Mengidam nak makan nasi minyak. Meleleh air liur basi bila bangun dari tidur mimpikan pergi kenduri dan bantai nasi minyak tiga empat pinggan. Kenyang dalam mimpi pun jadikla. Esok esok ada jemputan kawen, kenyang di alam nyata pulak. Kakakaka.

Maaf. Sekarang aku suka sangat buat entry ilmiah merapu merepek. Bila merepek banyak, stress aku hilang. Kalau stress hilang aku tak jadi nak moody. Kalau aku tak moody, aku takdalah macam moncong platipus duapuluhempatjam sehari.  Ok. Dah masuk Asar dah. Lepas sembahyang aku nak berehat. Aku kan kena berehat banyak banyak supaya lebih sihat dan lebih gemuk lagi. Tata.

Wednesday, November 2, 2011

Hujan renyai di dalam hati...

Bila masa aku kata aku tak mau?
Bila masa aku kata aku tak sudi?
Aku tak pernah janji apa apapun.
Orang lain buatlah apa pun, semua ok saja.
Bila aku cakap, sikit sikit ' terasa hati'
Aku takda niat apapun.
Ikhlas apa.
Orang lain janji macam macam, itu ini.
Tapi dia tak buat pun.
Aku tak nampak pun dia macam ambik kisah pasal janji janji manis dia dulu.
Lagi sekali aku cakap,
AKU TAK PERNAH JANJI APA APAPUN.
....end....



Tarik nafas, lepas. Tarik nafas lagi sekali, lepas. Fuh. Aku faham aku ni jenis yang suka cakap lepas dan sangat suka berterus terang. Aku benci simpan di dalam hati. Aku tak suka memendam rasa. Aku cakap tanpa prejudis. Maaf kalau terasa. Hati aku pun sakit jugak bila kena kata macam macam.
Tapi sekarang aku malas nak ambil kisah. Stress tidak bagus untuk keadaan aku sekarang. Harap perkara ni jadi macam angin lalu atau macam hujan yang turun renyai renyai yang akhirnya nanti akan berhenti juga.

Friday, October 28, 2011

Esok nak makan roti canai dengan kuah dal yang paling sedap atau...

Hari ini hari baik. Cuaca cerah dan tenang walau ada sedikit gangguan bau busuk plastik atau tayar lama oleh jiran yang nampak seronok dan tidak bertanggungjawab main bakar bakar  yang fikir ' dunia ini ana yang punya'. Sakit hati aku, sakit hidung aku. Pencemaran alam tahu. Nasib aku ni baik hati. Kalau tidak aku report ke MBAS. Nak? Tak payahlah kan. Sabar. Sabar. Grrrr, tak guna!

Walau sedaya upaya aku cuba control mood swing yang tidak berapa elok semenjak tiga menjak ni, aku tetap gagal. Ya, aku failed. Tapi takpa. Aku cuba lagi hari ni. Keadaan isi rumah yang tidak berapa sihat sejak dari bulan lepas silih berganti jugak salah satu penyumbang kepada kegagalan aku mengawal angin puting beliung dalam diri ini. Cubaan kan?

Tapi sekarang aku seronok dan senang hati. Esok CP cuti. Hooray! Esok dapat makan roti canai dengan kuah dal yang paling sedap ataupun makan nasi lemak dengan sambal sotong di ZF. Apapun, aku bersyukur sangat sebab selera makan aku tidak seperti mak nenek yang cerewet lagi. Asyik menyusahkan orang saja. Ini tak mau, itu tak lalu. Terima kasih Ya Allah.  

Monday, October 10, 2011

Tiada tempat yang sama macam di rumah.

There's no place like home. It's good to be home. Been spending last weekend at 'pusat pemulihan diri dan tenaga' makes me appreciate more of my time at home esp with the kids. InshaAllah, harap lepas ni tak perlu masuk lagi. Symptom sympton pelik telah berkurangan secara mendadak. Nafsu makan makin ok. Tak perlu lagi cerewet sangat  dalam  perkara 'yang ini aku nak makan, yang itu aku tak lalu, yang ini aku nak muntah tengok, yang itu aku geli'. Bukankah sungguh seksa kalau berterusan macam itu. Bukan seksa diri saja, malahan orang sekeliling pun turut sama rasa macam nak naik gila.

Tiada update yang penting. Cuma bilangan rabbit makin banyak. Kandang dah diubah suai supaya memenuhi selera arnab arnab sekelian. Harap lepas ni ibu ibu rabbit akan lebih tekun beranak lagi. Terima kasih ibu ibu rabbit. Meniaga kuih gulung pun macam biasa. Selagi aku larat aku buat. Bila dah tak larat nanti aku sub lah dekat tok atau bapak aku.

Dah. Aku nak sambung kemas rumah. Tepat pukul 12 tengahari sat lagi Che Wina balik. Maka aku kena bersiap sedia sebelum rumah jadi tongkang pecah semula. Pukul 1.15 petang kakak Wani pulak balik dari sekolah. Kalau bersatu tenaga dua dua orang ni, habis jadi super tongkang pecah.  Tata.

Thursday, September 29, 2011

Edisi Basi

Banyak habiskan masa dengan kanak Ribenas  di rumah. Aku dah tak ingat bilakah kali terakhir aku masak untuk CP. Rasa bersalah jangan cakaplah. Menggunung tinggi bagai Gunung Kinabalu. Forgive me CP. Semalam, aku berjaya kemas bahagian dapur yang dah macam tongkang pecah. Aku buat sikit sikit. Maklumlah, anak anak kecik lagi. Satgi pecah berderai kaca, aku terpaksalah mengamuk. Bila aku mengamuk, aku akan bertukar jadi mummy si monster. Takut.

Hari ni hari yang indah. Mesin basuh berperangai baik. Pergunungan baju dah tak da lagi. Aku seronok. Tapi yang tak seronok ialah aku jadi ketagih nak makan aiskrim. Kalau boleh hari hari aku nak makan aiskrim. Nasiblah encik tonsil ada sebagai peringatan. Kalau tidak.....hmmm.

Aku tak sempat lagi nak retrieve semua gambar dari FB. Aku malas agaknya. Nanti bila aku dah sihat, bersemangat dan bermaya, aku buat.

Untuk adik perempuan yang jauh dimata, dekat dihati, sila message ya bila dah lapang supaya kita dapat skype bersama sama.

Untuk adik lelaki yang berhempas pulas memerah otak dan kuderat di kilang cokelat, jaga nafsu makan tu sikit. Itu cokelat ya, bukan nasi. Jangan sesekali lupa. Apalah salahnya pos barang sekotak dua cokelat itu ke kampung. Thank you in advance ya. Hahahaha.

Tak. Aku bukan kakak yang jahat. Sekarang aku nak berehat.

Saturday, September 24, 2011

I'm closing my FB

I'm closing my FB account. So, please do not send me any msg through FB, invite me to your event by using FB. I would appreciate very much if you all do not tag me in any of your FB photos. But don't worry. My phone number is still the same and I'm still living in the same house.
Sekian, harap maklum.

Wednesday, August 24, 2011

Lebih baik bela rabbit

 Pic credit: Diri sendiri


Sebagai orang Islam, baiklah kita bela rabbit buat haiwan kesayangan daripada kita bela anjing. Nak tengok rabbits yang aku ngan CP bela klik sini. Aku suka rabbit sebab rabbit comel dan tak perlu nak samak samak lepas main guling guling dengan rabbit. Lagipun rabbit bukan haiwan larangan macam anjing dengan babi. Tak macam sesetengah orang yang buat mudah saja bila bab bab NAJIS ni. Tak faham aku. Kau faham? Kalau tiba tiba mengidam nak makan daging rabbit, bila bila boleh sembelih buat gulai atau goreng macam KFC. Tapi kalau nak sembelih rabbit aku buat lauks, sila bersedia untuk kena flying kick ok! Rabbit aku untuk buat pet ya, bukan untuk buat lauk. Tapi tak taulah depan depan nanti kot kot tetiba aku mengidam pulak kan. Tapi aku tak mengandung. Jadi tak dalah nak mengidam pelik pelik buat masa sekarang ni. Terima kasih untuk darling CP sebab sudi men'support' dan menderma makanan kepada rabbit yang semuanya kuat mentedarah ni. Harapkan aku yang menjawat jawatan surirumah ni nak beli dedak rabbit, hmmm berdarah air mata rabbit pun aku tak dapat nak beli. Baiklah. Banyak sangat dah aku merepek untuk hari ini. Selamat Hari Raya. Jom tolong aku buat kuih raya. Jangan bimbang, aku dah cuci tangan dengan Lifebuoy selepas aku bekerja di kandang rabbit tadi. Sekian.

Tuesday, August 16, 2011

I still miss her

Bila kita dewasa, kita akan belajar bagaimana nak menangani krisis dalam kehidupan seharian kita. Bagaimana kita nak menyelesaikan sesuatu masalah. Biasalah dalam hidup ini. Mestilah ada turun naik kan. Bagi aku, cara arwah mak aku menangani krisis sangat mengagumkan dan tidak menyebabkan hati sesiapapun terguris. She's very good at handling problems. Sebut saja masalah apa dari waktu kecik sampai dah besar. She's a problem solver. For me dialah SuperMak yang sebenarnya. Dan dia akan menangani sesuatu masalah tu dengan tenang dan sabar tanpa bising bising dan kecoh.

I remember long time ago when I was around sweet 19 or something, there was this crazy neighbour anak beranak yang suka buat hal dekat our neighbourhood. Their boy suka buat taik dan benda yang terlarang. One day, their sayang little boy and his friends kantoi sebab main judi dalam satu rumah terbiar.  Encik polis detained anak anak mereka untuk satu hari. Then, one day yang few days after their sayang little boy was released from lokap, ada rumours kata bapak aku yang buat report pasal hal main judi ni. Sebenarnya at the time those little boys were arrested, bapak aku ada dekat Langkawi pi Kursus apa ntah for 3 days. So, cuba bayang macam mana bapak aku boleh ada kuasa mistik boleh tahu budak budak ni main judi and then senang senang pergi report kat Encik Polis. Logikkah.

Lepas tu mulalah serangan demi serangan from this one crazy neighbour yang tak dapat face the fact yang their sayang little boy was a bad kid. He is really really a bad kid ok. Sometimes bila lalu depan rumah bapak aku, the sayang little boy or the family will spit or even will stop in front of our house for a few curses yang pelik pelik dan mak akulah yang akan jadi mangsa. My late mak will just smile and masuk dalam rumah biar mak budak ni memalukan diri sendiri di khalayak ramai.

Kenapa mak aku tak pertahankan diri dia? Well, she did one time tapi biasalah kan untuk orang yang tak reti bahasa ni. Kita cakaplah apa benda pun. Kita cakaplah kita tak tahu apa apa pun. Kita cakaplah kita tak tak terlibat pun. Orang yang macam ni tak akan faham. Then lepas beberapa bulan tu, this crazy neighbour satu family pun pindah. Ho hoho. Aman hidup.

Kalaulah aku ada masa depa ni buat kat mak aku macam tu, mau berkelahi parang apa. Malangnya, waktu tu aku tengah study kat Arau. Sama jugak dengan krisis ahli keluarga mak menakan pak menakan. Aku memang tak pernah tahu. Mak aku tak pernah cerita benda benda buruk pasal adik beradik dia. Seumur hidup mak aku tak pernah dia tunjuk yang dia sedang mengalami krisis apa apapun. Samalah jugak masa dia sakit dulu. Sentiasa cuba gagahkan diri dan selalu sebut benda yang positif saja bila di depan orang. Ada one time, my sis nak masuk ke dalam bilik dan dia terdengar mak mintak supaya Allah ambil nyawa dia sebab dia dah tak tertanggung lagi sakit. Dia dah tak tahan lagi. Tapi bila berkumpul anak beranak, she will try as hard as possible untuk tunjukkan yang dia kuat, macam she'll make it, she'll win. And yes, none of us know that she has only a few months to live. Dia simpan rahsia tu baik baik dengan ayah.

I still miss her. I will always miss her.

Monday, August 15, 2011

Water Heater

Pukul 6.45 pagi tadi aku duk terjenguk jenguk Che Wani mana tak nampak batang hidung pung ni. Aku kalau dah pukul 7 lebih memang dah tak berani nak merempit secara berhemah ke sekolah anak aku ni. Kereta macam apa ntah banyak sangat. Last last aku kena jugaklah pi rumah tok aku yang kat sebelah tu pergi tengok apasai Che Wani tak kunjung tiba lagi ni. Ceit. Tak bangun lagi. Lepas tu aku tanya Che Wani nak mandi kat mana. Aku cakaplah yang kat rumah nenek boleh mandi air suam, kalau kat rumah mummy kena mandi air sejuk. Tetiba adik aku macam terkejut. Eh, rumah kakak tak dak Water Heater  ka? Ya Rabbi. Selama aku duk kat sini dah 8 tahun dah baru dia tau rumah aku takda Water Heater. Musykil aku. Selama dia ulang alik keluar masuk rumah yang aku duduk ni, berak kencing, mandi manda takkan dia tatau rumah aku semua orang mandi air sejuk. Heheh. Adik aku nyanyuk kah. HAhahaha.

Sebenarnya aku lebih suka mandi air sejuk. Kalau mandi dengan air suam rasa tak puas. Macam tak cukup mandi ja. Dulu setiap kali beranak ja, mesti aku kena berpantang dekat rumah tok aku. Selalu ja aku curi curi mandi air sejuk. Syok oo. Tok aku pulak setiap kali aku nak masuk mandi, dia dah siap siap on lagi water heater macam nak bagi peringatanlah kat aku yang lebih kurang berbunyi macam ni, ' Sila mandi  dengan air suam, mandi dengan air sejuk tak boleh, nanti urat kembang'. Betul ka? Ntah. Yang pasti aku suka mandi air sejuk. CP pun sama.

Wednesday, August 10, 2011

Poco poco vs Pocoyo

Ini entry isu basi. Perihal poco poco. Bukan POCOYO tau. Kalau tanya kanak kanak apa itu pocoyo, mesti cepat ja jawab. Sebenarnya aku bukanlah anti kecergasan atau anti senaman mengeluarkan peluh. Aku suka bersenam. Kalau dulu aku suka main badminton dengan CP. Aku smash dia, dia smash aku balik. Oh, baiklah aku tukar badminton ke smashinton. Sesuai tak? Hehe. Kalau pagi pagi tu selalu aku heret Aiman bawak dia jalan jalan secara laju keliling kampung selepas hantar Wina ke tadika. Penat wooo. Peluh tau. Biasalah orang berisi cam aku ni. Baru exercise sikit dah penat tercungap cungap macam rabbit keluarkan haba. Pernah tak tengok rabbit keluarkan haba? Tercungap cungap tau. Kesian aku tengok. Aku tak tipu. Sungguh, ini benda betul. Ini keajaiban alam.

Ok. Balik pasal poco poco. Aku MELUATS betul tengok orang menari poco poco. Selalu yang menari tu semua wanita usia pertengahan abad. Kembang bagai apa sana sini. Kadang kadang aku tengok yang dok ajaq poco poco ni tak da lah kurus pung. Gemuk bagai apa ntah. Apa jadah nya jadi instructor tapi gemuk. Habis yang dok menari tiga empat jam tonggek sana sini tak kan tak da kalori yang terbakor kot. Musykil aku. Kadang kadang bila mokcik mokcik ni menari poco poco tengah tengah khalayak ramai, yang jantan duk menenggek kat tepi tu tersengih sengih macam kering busuk. Lawak kah? Lawa kah? Atau seksikah? Yewww. Tak dapat nak bayang. Dah lah setengah tu pakai baju atas bontot kemudian pakai pulak seluar ketat sampai nampak habis segala yang mengembang. Gelis la. Aku yang pompuan ni pun gelis tau.

Nak exercise boleh. Malah digalakkan. Tapi biarlah kena pada cara dan tempat. Sebagai perempuan, sebagai wanita Muslim bukankah tak manis bergolek golek bontot dikhalayak ramai, bergoyang goyang sampai bergegar habis isi donia. Oh tidak. Nehi. Nehi kabhi nehi. Sebut poco poco pung aku rasa nak termuntah. Apatah lagi melihat ia. Cukup cukuplah pengalaman ngeri sebagai pemerhati disisi padang. Poco poco aku tak mau, tapi kalau ajak tengok POCOYO aku no hal. Anytime boleh.

Oh, itu dia bunyi kereta CP ku sayang yang sudah pulang dari kedai kopi di seberang jalan. Tata.

Monday, August 8, 2011

Masak Lemak Selipar Rebus

Bulan puasa lebih banyak benda boleh dibuat. Aku jadi lebih rajin dari biasa. Pendek kata aku jadi luarbiasa. Tapi aku tak la bertukar jadi Supermak. Aku jadi super sibuk membanteras kesemakkan dalam rumah. Kurang online bermaksud lebih banyak masa untuk menjadi kanak kanak semula dengan melayan anak anak. Bila petang menjelang aku akan naik hantu bila sedar yang rupa rupanya aku yang membantu anak anak aku buat sepah habih satu bilik. Atas meja belajar pun dah cukuplah. Atas katil lagi azab aku tengok. Dalam khemah, paling aku tak berani nak jenguk. Mau pitam aku. Adat beranak pinak. Telan sajalah.

Majlis berbuka bersama keluarga bertukar menjadi berbuka dan berdating berdua dengan CP. Bila petang ja, mulalah merengek rengek tiga beradik yang comel tu minta nak keluar ke rumah nenek yang cuma empat lima lompat dari rumah. Bagitau aku kata nak main saja, tapi sampai berbuka pun tak mau balik. Puas dah dipujuk balik tapi bermati matian tak mau balik. Suka sangatlah tu kasi chance mummy ngan ayah berdating dua orang selalu. Aku rasa tiga beradik yang comel tu nak adik kecik lah. Eh, ini firasat aku saja. Tapi kan firasat liar kan selalu tak betul.

Oklah. Dah lebih limit dah ni. Tak boleh lelama sangat. Aku nak main The Sims pulak. Terliur ja kadang kadang tengok Sim aku masak makanan yang lalalalalalala slurrrrrp. Maklumlah, kalau bulan puasa kan semua kita nak. Semua terliur. Aku rasa kalau selipar rebus pun jadik ni. Sekian . Tata.

Monday, July 25, 2011

Tak payah memandai

Kadang kadang kita rasa kita dah buat yang terbaik dan kita rasa cukuplah, oklah, tapi sebenarnya belum pun sampai sekerat lagi. Aku memang alah dengan panas baran dan cepat naik angin. Pantang tercuit sikit, aku boleh jadi macam angin taufan yang bertiup kencang.

Aku memang semulajadi garang dan memang payah nak senyum. Maaf, aku bukan pemurah dari segi itu. Muka aku memang kalau dalam dua puluh empat jam, cuma empat jam saja yang mungkin tersenyum. Aku susah senyum tapi payah aku nak maintain macho muka kelat dan selalunya aku akan kalah bila Aiman buat lawak konon nak bagi mummy dia yang muka kelat ni gelak dan jugak bilamasa  Wani dan Wina tanya soalan yang pelik pelik yang memang mustahil untuk aku jawab secara berilmiah.Jadinya, kami semua ketawa terbahak bahak.

Aku mengaku aku tidak suka bergurau dan kalau boleh, aku nak elak dari orang yang suka bergurau berlebih lebih. Aku lebih suka kalau aku serius saja dan tidak diganggu sewaktu aku tengah berbuat sesuatu. Gurauan aku limited edition dan tidak boleh diulang ulang sebab kalau diulang, aku akan bertukar jadi angin taufan semula. Senang cakap, aku jenis yang membosankan dan tidak sesuai diajak ke kedai kopi untuk berbincang atau bergebang.

Tapi Allah Maha Adil.

Aku serius, CP pulak suka sangat bergurau. Sangat sangat suka bergurau dan ukur tahap menyakat CP ialah 9/10. Jarang sekali aku tengok dia serius.Kalau dia marah, mengamuk macam aku ja.

Aku suka joli hula hula shopping sana sini walaupun aku takda duit gaji, CP pulak suka berjimat cermat dan menabung untuk masa hadapan. Nafsu membeli belah aku tak dalah tahap mak dartin and mak nenek. Ikut kemampuan CP lah ya.

Aku cepat naik darah, dan yang pelik sekali, suka sangat CP tengok aku naik darah. Sengaja ok.

Aku suka mengemas, lain lain ahli yang duduk dalam rumah ni suka sangat tengok aku kemas rumah dua puluh empat jam. Sengaja suka buat sepah dan semakkan barang especially mainan supaya aku dapat bakar lemak yang berlebihan dalam badan aku ni. Tak jugak aku kurus pung.

Aku suka suasana yang bersunyi sunyian, tapi kalau CP ngan anak anak pasang TV, aku rasa macam nak terlondeh tahi telinga aku ni meleleh ke lantai dengar volume Tv kuat bagai apa ntah.

Aku malas masak, CP suka makan di rumah. Tapi yang ini boleh ubah. Ikut mood.

Banyak lagi kalau nak bagitau perbezaan aku dengan CP. Banyak gilas. Kadang kadang,aku rasa perbezaan tu yang buat aku ngan CP ngam. Adalah dua tiga kerat kami kongsi perangai, minat dan sifat yang sama. Yang penting, ini  rumahtangga aku dengan CP.  Aku yang mengurus, CP yang mentadbir. Sekian. Tak payah memandai.

Tuesday, July 19, 2011

Catwoman pakai tudung

Puke. No, I'm not pregnant. I just don't understand why do these people have to dress like mak drakula or put on their make up like pelakon opera. Ayyyy freaky! Some even look like a catwoman but this is a version where the catwoman wears tudung. Hahahaha. So, the thing is, you don't have to act like this or that just to make sure that they'll noticed you. Just be yourself, be proud of yourself, love yourself and people will start to respect you for who you are. And most of all, as a Muslim women, be careful  of what you wear. Don't end up being like a catwoman pakai tudung ok. Tata.

Monday, July 18, 2011

Tolong jangan tertipu..... Aku tak menipu, aku cakap betul

Sekejap tadi aku seronok seronok bukak FB lepas tu send tiga empat hadiah kat orang YoVille aku (ya, aku main balik YoVille), aku memang bagai lalang, ok sambung balik. Lepas tu sempat tengok gambar mak drakula dalam FB. Huish, takut aku tengok mak drakula dressing. Ngeri weh. Tiba tiba kawan CP zaman Uitm dulu hantar message 'wei pyan, hang online ka'. Kantoi aku. Dengan muka tak malu aku reply kata ni bukan CP, ni bini dia. Aku bagitau dia aku main game guna FB CP . Kakakakakakakantoi.

So, untuk kawan kawan CP (macamlah ada kawan kawan dia bukak blog aku kan...kakakakaka). Konon kononla kan. Lain kali, kalau tengok CP online ja FB waktu siang hari, percayalah, tu bukan CP. Itu bini dia duk main game dalam FB ok. Biasalah laki bini kongsi password benda benda macam ni. Sedangkan katil pun boleh kongsi inikan pulak password FB. Eh, ada irama pulak.

Bukan apa. Senang sikit. Dia pun anytime boleh masuk FB aku. Kekeke. Kalau dia masukla kan. Kakakaka.  Tapi kalau online banking nak share password, mintak mahap, aku tak retiguna pung. Kalau nak beli barang online, semua CP yang buat. Aku jadi pom pom girl saja. Sekian. Tata. Tolong jangan tertipu lagi. Harap maaf.

Sekejap ok, sekejap tak ok.

Rasa macam tak da kesudahan dengan lambakan sinetron dari seberang. Lepas anak anak aku habih tengok SpongeBob, terus ada sinetron ynag ntah apa apa. Apsal suka sangat gambar macam tu. Apsal suka tengok gambar yang konfliknya semacam di buat buat. Senang kata, aku dah naik menyampah setiap kali 5.30 petang menjelma. Btw, rumah aku tak da Astro. Astro mahal. So, setiap kali lepas habis SpongeBob, aku akan make sure anak anak aku switch off tv dari tengok gambar yang karut marut cintancintun yang ntah hapa hapa dengan pelbagai konflik keluarga diperasakan lagi dengan masalah perbezaan darjat yang bagi aku bukan benda besar pun dalam hidup ni pun. Lepas tu dibuat watak perempuan jahat sangat bagai mak nenek drakula. Kalau watak tu baik sangat, pijak semut pun tak mampuih. Pakai seksi meksi pun ok sebab dia jadi watak suci. Tolonglah TV9, aku merayu. Tolonglah hentikan penyiaran gambar sinetron dari seberang yang ntah apa apa tu. Kalau engkau ulang gambar bersiri dari Malaysia yang lama lama pun tak apa. Aku tak kisah. Yang penting bukan sinetron ntah apa apa dan tak da moral pun bagi aku. Sekejap sekejap aku tengok heroin ni berdoa penuh kyusuk minta pertolongan dari Allah, sekejap sekajap lagi, aku tengok dok berpeluk sakan dengan jantan  pulak dah. Tolonglah. Aku dah naik meluats. Sekian.

Friday, July 15, 2011

Arnab Buat Lauk Kenduri?

Arnab arnab kat belakang rumah dah selamat beranak pinak. Kadang kadang rasa cam nak jual, kadang kadang rasa sayang pulak. Dah la gebus gebus dan gemuk. Setakat ni, ok lagi lah. CP kata kalau ada lebih kurang dalam 50 ekor arnab muat lagi sangkar tu. Tapi kalau lebih, tak taulah lagi nak buat camna. Tengoklah nanti apa CP nak buat kalau dah berlambak sangat arnab arnab tu. Buat lauk kenduri? Nehi kabhi nehi.

Cerita lain pulak. Kadang kadang aku rasa macam nak delete ja akaun Facebook aku tu. Bukan ada fekdah pun. Masa awal awal dulu aku guna facebook, takdalah orang ghairah sangat nak upload beraneka macam gambar. Beli ni tunjuk, beli tu tunjuk. Makin menjadi jadi pulak tu. Aku heran.

Dah. Aku dah malas nak menaip dah. Nak simpan tenaga  kat jari jari aku ni. Sekejap lagi aku nak main Roiworld barang sejam dua. Tata. Selamat malam.

Wednesday, July 13, 2011

Kelebihan Menutup Aurat

Apa yang lebih? Kain? Dah tentu. Tapi aku bukan nak bagitahu yang itu. Sebenarnya ini pengalaman peribadi aku. Aku memang dah lama bertudung. Tapi menutup aurat aku tu bagai tak sempurna. Kadang kadang T Shirt berlengan pendek. Seluar jeans ketat bagai apa ntah. Malu? Entah. Pada masa tu aku rasa macam cantik ja pakai camtu. Bila umur dah meningkat, dah beranak pinak dan adik adik pun dah membesar, aku termalu sendiri.

Kalau masa dulu suka pakai tudung selempang kat bahu tak tutup dada, aku selamba ja. Naik motor bawak laju laju tak sedar banyak mata yang memandang kat bahagian yang tak sepatutnya. Konon style ah pakai tudung camtu. Kalau keluar berjalan jalan pun bawak anak anak dah start rasa macam tak selesa. Cuba bayangkan perempuan yang dah beranak tiga, lepas tu anak anak breastfeed lagi. Bagai apa lagi.

Tapi semenjak aku cover apa yang patut, terasa lebih dihormati dan takda lagi mata mata yang memandang ke tempat yang tak sepatutnya. Benda ni dulu selalu berlaku setiap kali aku nak amik anak anak dari sekolah dan tadika. Dah lah ke tadika aku berjalan kaki sorang sorang. Pergi jemput Wani di sekolah baru naik Elegek. Dah lah ada sorang mamat kurus kering macam pervert selalu bertembung dengan aku lepas tu sengih macam kerang busuk sorang sorang. Takut gila aku. Alhamdulillah, sesuai denga perubahan aku, sekarang dia terus bawak motor laju laju kalau berselisih dengan aku.

Bukanlah aku nak perasan kata aku cantik, tapi orang lelaki kalau dah mata memandang kat situ, kita mesti tahu lah kan. Kalau muka pecah pintu tapi pakai daring macam apa ntah dan menggiurkan pun mesti ada punya mamat yang meleleh tengok.  Meleleh tengok barang sajalah. hahahah. Manusia kan dikurniakan nafsu. Tapi manusia juga dikurniakan akal. Betul tak. Seriously, aku malu. Malu dengan Allah, malu dengan dengan diri sendiri, malu ngan CP dan malu semalu malunya dekat anak anak aku. So, aku start perlahan lahan. Aku belajar paksa diri aku kalau keluar rumah tapi tak sempat capai tudung, aku mesti amik atau rentap apa yang patut buat cover mana yang patut di cover kalau tergesa gesa sangat nak kluar contoh macam nak tangkap anak anak yang lari keluar dari rumah senyap senyap lepas tu show off dekat aku naik basikal selamba badak kat luar rumah.

Tapi bagi aku, perkara yang paling penting dan utama sekali ialah keazaman dan keinginan yang kuat untuk berubah. Aku nak jadi contoh yang baik pada anak anak aku. Sebelum aku didik anak anak aku, better aku didik diri aku sendiri dan dalam masa yang sama tunjukkan teladan yang elok pada anak anak aku. Yang penting, berubahlah kerana Allah. Tata.

Nak main game masak masak sementara anak anak masih kat sekolah. Kakakakakakka.

Allah Maha Mendengar.

Bagi aku, mereka ini sangat sangat berani. Berani bangun dan bersuara. Yang pasti suara mereka didengari di serata dunia. Syabas. Aku sendiri tak punya kekuatan dan keberanian seperti mereka.   Apapun, aku ucapkan TAHNIAH. Kepada yang menghalang, percayalah, anda tidak selamanya berada di sana, menongkat langit, mendabik dada, bangga dan bebas menggunakan kuasa dan bermewah mewahan dengan harta bukan hak anda, sementara masih terdapat lagi golongan yang satu lagi di bawah ini masih lagi  dilingkari kemiskinan, kedaifan dan kesukaran dalam melangsungkan hidup sehari hari. InsyaAllah, bersabarlah. Allah Maha Mendengar.


CLEAN up your act!

Friday, July 8, 2011

Menyampah Meluats

Menyampah dengan karenah birokrasi yang macam tak sudah. Benda simple dan macam petik jari pun jadi payah. Apahal? Sistem canggih manggih pun still menyusahkan orang jugak. Konon semua di hujung jari. Kalau macam ni, semua orang boleh gigit jari. Takpalah CP. Ada rezeki adalah. 

Oh ya. Arnab kat rumah aku beranak banyak. Hari ni dah cukup umur depa depa sebulan. Seronok tengok rabbits lari sana sini dalam sangkar. Terima kasih CP. Terima kasih ayah. Terima kasih diri sendiri. Aku nak lipat baju. Sekian.

Wednesday, July 6, 2011

Dear blog,

Aktiviti aku hari ni:

1. Menyudahkan sisa sisa kerja dekat mini zoo. Eleh, kandang rabbit ja pun. 
2. Tolong bapak aku fixing faucet yang patah akibat aiman bergayut macam apa ntah.
3. Sosej Roll. Gulung jangan tak gulung.
4. Kemas rumah molek molek sebab esok CP darling ku sayang balik.  Hip hip Hoooray!
5. ZZzZZzZzZZZZzzzZZzzzZZzzzzZZz

Tuesday, July 5, 2011

From Self Centered to Less Self Centered.

Berazam untuk kurangkan perangai self - centered  by being less self centered. Perkara yang kena buat:

1. Kurang mengadap benda alah ni.Banyak mengadap CP. He's the King.
2. Kurangkan makan makanan merapu merepek sebab aku dah gemuk bagai tong drum.
3. Lebih banyak baca buku. Bukan majalah gossip ya.
4. Lebih peka dengan budak budak ribena punya needs and wants.
5. Kurangkan perangai suka mengamuk tak tentu pasal. Kesian CP. Kesian aku.
6. Make a date with CP at least once a week. Teh tarik pun ok jugak kan darling.
7. Kurangkan nafsu membeli belah. Banyakkan berjimat. Sedang cuba 110%.*muka struggle ni
8. Spend masa dengan tok dengar dia merapu merepek sepuluh lima belas minit sehari.
9. Perbaiki ibadat. Upgrade mana yang terkurang.
10. Me and CP menjadi penternak rabbit yang berjaya. Ada sapa sapa nak beli rabbit tak? heehee.

Ok. Cukup. Aku ada kerja. Tata.

Thursday, June 30, 2011

Lidi Sate dan Susuk.

Aku musykil. Aku pelik dan hairan. Aku tak paham dan tak tau nak cakap apa.....

Dua tiga hari lepas, aku adalah berkunjung ke rumah seseorang ni. Ada hal sikit so aku singgah la sekejap barang limabelas minit kat rumah Hamba Allah tu. Nak jadikan cerita, dia hidangkan sate untuk aku ngan CP. Aku yang muka tak malu ni pun terus ke dapur buat bagai rumah sendiri padahal itu baru first time aku ke rumah Hamba Allah tersebut.

Aku pun cakap kat kat dia kenapa tak makan sate tu. Kenapa duk tengok saja. Kemudian dia pun jawab kata dia tak boleh pegang lidi sate. Kalau dia makan, kena ada orang tolong lurutkan isi sate tu. Lidi tolak tepi. Ish. Apahal pulak. Penyakit apa yang sampai tak boleh pegang lidi ni. Allergic jenis yang baru ka. Aku pun buat buat tanya lah dia menuntut ilmu apabenda sampai tak boleh pegang lidi sambil aku tergelak gelak. Dia dengan serius kata adalah, adalah, adalah sampai empat lima kali.

Haih. Pelik aku. Bila aku tengok muka dia betul betul, baru aku perasan. Muka dia dah tak macam dulu lagi. Sekarang ni macam glow berseri seri. Apsai aku bodoh sangat ni. Nasib aku tak da minum pabenda dalam rumah Hamba Allah tersebut. Takut jugak aku mandrem mandrem ni.

Bila aku sampai ja rumah, aku pun dok terpikiaq pikiaq sambil sembang ngan CP. So, pagi tadi aku dengan semangat rajin yang berkobar kobar ditambah pulak dengan perasaan ingin tahu yang membuak buak, aku pun google lah barang serba sikit pasal penyakit tak boleh pegang lidi ni. Mengikut maklumat yang aku dapat, orang yang tak leh makan sate directly dari lidi ialah orang yang pakai susuk. Nauzubillah.

Aku pon teringat masa dulu dulu dia datang rumah aku, aku ajak dia cross bawah ampaian kononnya nak lalu shortcutlah kan. Yang aku pelik, dia mati mati tak mau lalu bawah ampaian. Sanggup pulak tu ambik jalan jauh. Lantak le. Ni pun salah satu pantang larang orang yang pakai susuk ni. Biar betik. Kalau betullah  Hamba Allah ni pakai susuk, aku rasa sedih. Aku rasa sangat sangat tak patut dia buat camtu. Tapi, aku harap aku silap. Harap harap tekaan aku seratus peratus tak betul.  Hanya dia dan Allah saja yang tau.


Psss, SATE tanpa LIDI tiada NIKMAT......

Friday, June 24, 2011

Sindrom Beruk

Dalam kelas
Baiklah murid murid. Hari ni cikgu nak kamu seorang demi seorang ceritakan tentang diri kamu dan keluarga kamu. Seorang murid yang duduk paling depan sekali di dalam kelas pun terus mengangkat tangan dan kemudian bangun meyahut cabaran yang cikgu berikan. Nama budak berani tu Afik.

Cikgu : Ok Afik, ceritakan pada cikgu perihal kamu dan keluarga kamu.

Afik : Keluarga saya biasa saja cikgu. Macam keluarga lain lain jugak. Tapi ada sesuatu yang luarbiasa berlaku di dalam keluarga saya dan ianya nampak seperti bermusim.

Cikgu : Menarik. Ceritakanlah, saya pun suspen jugak ni.

Afik : Macam ni cikgu. Ia berkenaan dengan ibu saya. Saya lihat setiap kali bila ada tetamu datang, ibu saya macam terseksa dan merana. (sambil tunduk memandang lantai)

Cikgu : Ya, sambung lagi Afik.

Afik : Setiap kali tetamu datang, setiap kali itulah ibu saya kelihatan macam gatal yang amat sangat di bahagian muka terutamanya di bahagian dahi dan dia kelihatan macam tidak senang duduk asyik memusing ke kiri dan ke kanan, tangan dia angkat angkat menggaru dan menggosak muka. Yang saya pelik sangat cikgu, ibu saya tak macam sakit pun. Siap bergelak ketawa lagi.

Cikgu : Musykil cikgu. Bapak kamu dah bawak mak kamu pergi klinik tak periksa apa yang patut?

Afik : Tak pun. Bapak saya kata tak da apa apa pun. Lagipun, benda ni selalu terjadi sehari selepas ibu saya membeli barang kemas secara tamak banyak di kedai emas. Adakah emas itu puncanya cikgu. Adakah ibu saya tidak sesuai memakai barang kemas yang diperbuat daripada emas? Tolonglah saya cikgu. Saya sayangkan ibu saya. Saya tak mau ibu saya dapat Sindrom Beruk cikgu. Tolong saya cikgu. Pleeeease.

Cikgu : Sindrom Beruk?  (sambil terssenyum).. Afik, ibu kamu tak da masalah apa apa pun. Ibu kamu sihat sahaja pada pandangan cikgu. Janganlah risau Afik. Ibu kamu tu mungkin terlalu seronok berbual dengan kawan kawan nya. (cover line betul cikgu ni).

Afik : Kalau cikgu cakap macam tu, saya pun dah tak risau lagi. Terima kasih cikgu.

Cikgu: Terima kasih Afik. Ok, pelajar seterusnya.............................



Pssst, ada sapa sapa pernah dapat sindrom beruk macam ni? Atau pernah tengok? hikhikhik..



Kesimpulannya, janganlah keterlaluan sangat. Kita kan manusia, bukan beruk. Satgi tak pasal pasal dapat sindrom beruk bila asyik sangat nak tunjuk barang kemas tiga empat puluh lapis kat orang.Ciao.

Thursday, June 23, 2011

Dating lagi

Tadi, keluar dating lagi dengan CP. Kali ni pergi kat tempat yang aku sendiri tak pernah terfikir nak pi sepanjang aku duk kat Alor Setar ni. The food, sedap. Penyejuk tekak, pun sedap jugak. Tapau serba sikit untuk 3 Little Ninjas. Kalau budak budak kesayangan tak makan malam ni, esok pagi aku panaskan buat breakfast. Kan senang tu. Dah. Nak ZZzzZZ. Goodnight.

Tuesday, June 21, 2011

Father's Day

Ya ya. Aku tahu dah basi tapi aku tetap jugak nak buat ucapan ini. Pertama, Happy Father's day to my dear darling Sufian. Thank you juta jutaan for being a great husband to me and the greatest ayah to our three little ninjas. I don't care what people say and I don't give a damn what they think about you. You're the best and I looooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooove you.

Second, Happy Father's day to my dear ayah, Haji Hasbullah. The best ayah in the whole world. Of course semua orang akan cakap camtu kan kat bapak masing masing tapi what the heck kan. He's my ayah and he is always there whenever i need him especially bila nak minta tolong bawak anak anak aku  pi KMC setiap kali depa sakit bila CP is not around. Ayah aku tak kedekut dan tak pernah berkira dengan anak anak. Ya Allah, kurniakanlah rahmat ke atas kedua ibubapaku, kurniakanlah kesihatan kepada ayahku supaya dia dapat beribadat dengan sempurna, kurniakanlah rezeki yang berkat kepada ayahku dan semoga ayahku bahagia di dunia dan akhirat. Amin.


Jom pergi HK Disneyland.

Tata.

Mula mula, lepas tu.

Mula mula saja saja suka suka buat blog. Post entry apa benda ntah ikut suka hati aku sebab ni blog aku. Kemudian bila semua orang letak nuffnang aku pun nak jugak. Dapat la dua tiga ringgit. Lepas tu aku naik bosan apsal aku tak dapat ribu riban macam orang lain. Berangan. Rasa macam letak advert ni buat semak ja blog aku. Sekarang, aku rasa baiklah aku blog pasal benda yang berilmiah dan mendatangkan faedah. Sekali sekali letak entry yang agak crappy apa salahnya kan. Sekali sekala ok. Lagipun aku tak kisah sangat pasal rating rating. Bukannya aku nak glemer pung. Aku cuma nak share benda yang aku rasa nak sharelah. Kalau aku tak mau share, suka hati akulah. Oklah. Aku sibuk. Mau buat chores yang berlambak bagai tak sudah. Aku nak kemas rumah.  Lepas tu aku nak masak. Lepas masak aku nak makan. Lepas makan aku nak ZZzzzZ. Lepas bangun ZZzz nak ke amik anak kat sekolah. Lepas tu aku makan lagi. Lepas tu anak anak aku buat sepah rumah balik. Lepas tu aku zzzzzzz pengsan. Bila sedar kena buat chores balik. Hahahahah.


HiShop


Hai Shopaholics, sapa nak discount 80% on designer brands. Klik sini. Woohoo!

Saturday, June 18, 2011

Sesuatu yang nak dikongsi

Jumpa link ni masa tengah seronok seronok blogwalking.

Wanita melayu seksa.

Bukan seksi ok. Maaf kalau terasa tetapi yang fakta tetap fakta. Tak perlu kita pertikai kenapa ini tak boleh, itu tak boleh, ini tak kena, itu tak kena. Banyak info dan panduan yang berguna. Bacalah, supaya kita sama sama belajar dari kesilapan. Renungkanlah dan sama samalah kita cuba perbaiki diri, dan sentiasa berusaha untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T. Sekian. Tata.


BlackBerry Playbook


Blackberry pun dah ada tablet device. BlackBerry Playbook.

Thursday, June 16, 2011

Silap haribulan.....

Have u ever had a situation where you were busy talking, gossiping, chit chatting aka practicing two ways communication with Si A and then suddenly out of nowhere tiba tiba ada this crazy fella menyibukkan diri untuk bersama sama joined your conversation sembang yang bukan bukan yang memang off topic langsung! That is sooooo annoying and I felt like I'm gonna spank his/her butt and shoooo him/her away. But, that's not possible kan. Silap haribulan orang kata aku pervert. No way. Hahaha..

Tuesday, June 14, 2011

Antara kopi, teh dan juga Milo

Mana satu aku nak minum. Memandangkan mulut aku ada satu saja, pundi kencing pun taklah sebesar mana, aku kena pilih. Malangnya kalau di bagi tiga pilihan kat atas tu, ni dah macam aku ni tak da pilihan saja. Kopi memang dah out dah. Sejak aku beranak ni, kopi dah tak lagi jadi pujaan tekak ku. Bukan tak teringin. Kopi itu lazat. Setiap kali aku bancuh ja air kopi untuk CP, menyengat sangat aroma dia masuk dalam lubang hidung aku. Oh, alangkah nikmatnya kalau aku boleh minum barang seteko dua. Melampau punya imaginasi. Sebenarnya, aku pernah terjatuh masa kat dalam bath tub. Jatuh gedebuk cam nangka busuk busuk tu. Sakit jangan cakaplah. Amat sangat. Tapi aku degil. Tak pi klinik pun. Konon hebat sangatlah. Ala, jatuh sikit ja, Mana ada luka pun. Tapi, semenjak dari hari tu, tiap aku minum benda yang berkafein, mulalah sentap kat kat bahagian yang aku terjatuh tu. Sakit woo. Sampai kadang kadang rasa macam nak rembat ja Painkiller masuk mulut tapi aku tahan. Sejak tu, aku dah berenti minum kopi dan mengucapkan selamat jalan Romeo pada si kopi.

Tadi cerita kopi. Ini cerita teh pulak. Macam macam. Lepas aku beranak jugak, aku dah tak minum teh. Tahu sebab apa? Sebab setiap kali aku minum teh, sakit kat pinggang macam nak tercabut padahal bila aku tak minum aku steady ja. Menu teh tarik macam dalam buangan ja setiap kali makan kat luar. Seksa woo. Kopi dan teh is my feveret. Mula mula aku rasa cam nak mogok jugak. Apahal orang lain minum tak da apa apapun tapi tang aku minum semua sakit. Tang sini sakit tang sana sakit. Mungkinkah ini cobaan. Mungkin tidak.

Dah kopi tak boleh, teh tak boleh tinggal Milo sajalah yang boleh. Minum Milo tada hal. Takda la pulak aku sakit sana , migrain sini, kembung sana, sentap sana sini. Jadinya minum Milo sajalah kan. Tapi aku tak kisah dah pun. Sekarang dah terbiasa da. Cuma kadang kadang bila nafsu membuak buak tengok teh tarik CP atau kopi panas yang menggelegak depan mata, sempat jugak lah aku tumpang hirup tiga empat saat. Hirup saja tau. Bukan segelas atau seteko dua. Kalau nak jugak melantak banyak banyak banyak, lepas ni boleh menggelupur atas katil macam ulat bulu kena bantai dengan lidi.

Sebenrnya, dalam hidup ni, ada banyak pilihan. Ada yang baik dan ada yang buruk. Semuanya dah tersedia untuk kita pilih. Samalah kalau ada segelas fresh oren dengan segelas wiski atas meja. Sebagai Muslim, mana satu kau nak minum. Atau antara sehelai baju berlobang sana sini ketat seksi meksi sampai nak jalan pun terkepit kepit dengan sehelai baju yang sopan, selesa dan menutup aurat. Makin kita dewasa, akal fikiran dan pertimbangan jugak semakin stabil dan matang. Kita dah boleh beza mana yang baik dan mana yang buruk. Bukankah itu gunanya akal yang Allah kurniakan kepada kita. Tepuk kepala kalau pening baca entry aku ni. Sekian. Tata.



P/s : Aku jugak minum Ho ho Horlicks dan Ovaltine. Tengok. Aku ada banyak pilihan.

Maaf. Hari ini sangat tidak gembira.

Pandangan mata selalu menipu. Kadang kadang apa yang kita nampak pada pandangan mata kita, itulah yang kita rasakan benar. Sebab visual pada ketika itu adalah yang terpaling jelas. Kita tak tahu kita mungkin tersilap membuat andaian padahal benda lain yang berlaku pada ketika itu. Sama jugak pandangan dan pendapat kita terhadap seseorang. Kita rasakan bila seseorang itu dekat dengan kita, rapat dengan kita, kita rasakan dia ikhlas dan memang boleh dipercayai. Kadangkala, kita tak perlu sebab apapun untuk menerima seseorang dalam hidup kita. Yang penting kita rasa dia memang boleh dipercayai. Tapi sebenarnya tidak!

Manusia memang pandai berpura pura. Berbaik baik bertanya khabar berita. Berkongsi cerita dan bergelak ketawa. Paling tidak boleh diterima kalau kita memang percayakan seseorang itu semenjak dari kita kecil dan masih berhingus lagi. Kenyataan memang pahit. Tapi kita perlu sedar. Hidup ini ada bermacam perasa. Ubat, walaupun pahit kita telan jugak sebab kita percaya denagn izin Allah kita boleh sembuh. Gula gula, walaupun semanis manapun, tetap akan mendatangkan kemudaratan kalau tak dikawal pengambilan dengan betul.

Aku masih terkejut. Aku rasa tak percaya. Tapi bila aku kenang balik segala macam perkara yang berkaitan dengan sang empunya diri, aku mula rasa ragu ragu. Aku terkilan kerana ia melibatkan orang yang aku sayang, yang dah tiada. Apapun, aku berdoa agar sang empunya diri itu kembali ke pangkal jalan. Bagi pihak orang yang aku sayang, aku halalkan segala macam penipuan dan pencurian yang telah dilakukan samada dalam keadaan kami sedar atau tidak. Kita tak selamanya akan bahagia menongkat langit. Berhentilah memburukkan orang lain semata mata untuk menutup perilaku sendiri.
Aku harap dan akan sentiasa berdoa agar sang empunya diri akn insaf dan bertaubat serta kembali ke pangkal jalan. Kalau pergi ke mana manapun, kita tetap bersaudara. Itu sudah pasti. Di saat kita dalam kesusahan, barulah kita tahu nak hargai saudara yang ada disekeliling.

Mungkin buat masa yang terdekat harap harap tiada lagi panggilan dari sang empunya diri itu. Aku maafkan dia tapi aku pasti aku tak dapat berpura pura macam tak ada apa apa dan macam aku tak tahu apa apa. Maaf. Hari ni sangat tidak gembira. Sekian. Tata.

Thursday, June 9, 2011

Saya harap saya pernah say Hi to awak, tapi saya tak pernah pun.

Today,  I was told by one of my high school junior that one of my friend during high school has passed away peacefully in her sleep, this morning. Dengar cerita, dia baru kahwin dalam sebulan kot i think. Kami ke sekolah rendah yang sama, kelas yang sama dan ke sekolah menengah yang sama sebelum aku pindah ke Alor Setar. Jumpa semula dalam FB, but I never had the chance to chat or sms her selama ni. But now she's gone. I wish that I could have say hi or hello to her before, but no, I didn't. I'm such a jerk! T____T

Saya berdoa semoga dia bahagia di sana. Marilah kita sama sama sedekahkan Al Fatihah kepada arwah Siti Noorul Azrin dan berdoa dia ditempatkan dikalangan yang beriman. Amin.

Wednesday, June 8, 2011

Spesis Perangai Pelik.

Ini cerita pasal perangai orang tak ada adab. Tolong jangan buat macam ni kalau berkunjung ke rumah orang.

Ada satu family ni pergilah berkunjung ke rumah sorang makcik yang pandai urut mengurut ni. Husband dia tak ikut sekali. Makcik mengurut ni pulak ada tiga orang cucu datang bermalam tiga empat malam yang umur depa lebih kurang sebaya dengan anak family tadi.  . Wife aka mak budak yang datang kecik comel vogue gitu dan jugak dua orang anak dia yang sorang budak laki umur 15 tahun kalau tak silap aku dan sorang lagi budak perempuan tahap dua kot kalau kat sekolah rendah sebab badan besar bagai. Datang rumah orang tua ni bawak dua kotak KFC. Masuk ja kat dalam hall rumah orang tua tu, mak budak budak suruh depa dua duduk bersila dan makan elok elok.

Yang cucu cucu makcik ni yang ada sekali kat hall tu terkebil kebil tengok aja. Jemput pun tidak. Maknya pun sama. Buat donno macam tada hal. Apahal la buat perangai macam ni. Mak budak budak ni bagi aku memang tak ada adab dan sangat mengong. Senang kata STUPID atau ayat lebih sesuai  lagi ialah KURANG AJAR. Ada ka patut ajar anak anak buat camtu. Takdanya nak tunjuk hormat kat tuan rumah dan isi rumah . Kesian cucu tuan rumah tu. Ya lah. Budak budak. Apa yang depa faham sangat. Tapi yang aku tak paham dengan perangai mak budak budak  tu. Janganlah bawak keluar  dari awal awal lagi. Dah la datang rumah orang dan kemudian buat macam rumah sendiri tak da hal melahap macam kebulur tahap apa ntah. Aku pelik betul dan tak faham kenapa ada manusia yang perangai macam ini.

Kesimpulannya, jadilah ibu bapa yang tidak biadap, tidak kurang ajar dan tidak sombong supaya anak anak tak ikut perangai macam tu bila dah besar nanti. Tata. Nak melawat Roiworld.

Tuesday, June 7, 2011

Jangan tak tahu

Jangan tak tahu yang mak budak pun boleh ketagih main game dress up. Siap sign up untuk join community dia lagi. Ketagihan yang macam ini bagi aku tak apa. Asalkan tak membahayakan kesihatan. Hahaha. Tengok anak anak main Baby alive ngan Barbie sekejap sekejap fesyen ni sekejap sekejap fesyen nun. Ish. Aku pun nak jugak main tapi tak maulah kejap kejap kena sikat rambut anak patung yang kusut masai  ya amat macam dah empat lima tahun tak sikat padahal anak aku baru ja sikat tiga empat minit tadi. Aku tak suka sebab aku kurang sabar.

Sebab tu ada ada orang cipta The Sims. Boleh main anak patung secara maya. Tak payah susah susah nak jaga. Kan rambut tu dah tak payah sikat. Style pun pakai klik klik ja. Kan senang. Tapi sekarang aku stop sekejap main The Sims 3 sementara tunggu adik aku balik suruh dia tambah apa yang patut.

Habih kalau tak main The Sims hang buat apa? Hehehe. Sekarang aku seronok main dekat Roiworld. Yang penting memang seronok gila main dress up games kat sini. Boleh beli barang dari atas kepala sampai kaki. weh. Lepas tu siap boleh adjust lagi hang nak background apa. Syok ooo.Tapi hari ni aku main sekejap ja. Sakit perut bagai apa ntah. Oklah. Aku minta diri dulu. Nak pergi dating dengan CP. Tata.

Monday, June 6, 2011

Aku hanya insan biasa

Hipokrit? Tak. Aku bukan hipokrit. Aku tak berpura pura pun. Ya. Aku ada dalam tiga empat helai jugak legging. Aku suka pakai legging. Malah, aku jugak pernah jual legging dalam blogshop aku. Aku dulu jahil jugak. Main belasah ja pakai apapun. Janji CP kata ok aku bedal. Tapi tu cerita dulu. Cerita zaman dulu dulu. Ehehe. Macamlah lama sangat kan tahun ni dengan tahun lepas kan. Sekarang ni aku dah tak buat dah cam tu lagi. Alhamdulillah. Tak mau dah pakai yang bukan bukan. Bukankah sebagai manusia kita dituntut untuk berubah ke arah kebaikan. Bukan ke lorong gelap ya. Sebagai isteri dan ibu, aku perlu ada batasan. Aku perlu jadi contoh yang baik untuk anak anak dan adik adik aku. Batasan aku untuk pakai yang gitu gitu hanyalah untuk dipakai didalam rumah. Bukan untuk aku pergi ke pasar, pergi bershopping dan juga pergi ambil anak kat sekolah. Pahal kau pakai ketat ketat seksi meksi pergi sekolah anak. Kang anak aku jugak yang malu. Ish mummy ni, dia lupa ka dia bukan kat dalam rumah, kata anak aku dalam hati. Kekeke. Bila aku nak keluar sidai kain pun aku tak akan pakai seluor jenis ni. Senang ja. Gamak nak keluar sekejap sekejap, saruklah jubah ka, seluar tidoq yang gaban ka atau kau pergi masuk bilik amik kain batik buat menutup aurat. Susah ya. Tak dalah. Lama lama biasalah. Dugaan memang banyak. Godaan apatah lagi. Kadang kadang tu hampir jugak terbabas tapi aku cuba kuatkan hati dan semangat aku. Alhamdulillah. Bagi aku, salah satu cara untuk kita berterima kasih kepada Allah dan bersyukur atas apa yang Dia telah beri kepada kita selama ini ialah dengan mengamalkan suruhanNya dan menjauhi perkara yang dilarang oleh Nya. Ok. Sekian.

P/s:Entry ini bukan untuk dipropa. Nak baca, bacalah, kalau tak suka kau boleh tekan butang pangkah kat atas sebelah kanan tu ok. Sebab tu aku disable comment kat blog aku ni. Kalau kau suka, kena dengan citarasa kau, kau puji, tapi kalau kau tak suka, tak kena dengan citarasa kau dan kau tak mau terima kau keji. Terpulanglah. Kita ada akal. Kita boleh berfikir. Kalau kau masih rasa nak pakai ketat ketat tertonjol sana sini, dan nak jugak jugak pakai sanggul tinggi macam boggol unta tu kat kepala kau, apalah daya ku. Aku hanya insan biasa.

Youtube lagi

Blog akukah yang berat atau bukunota ni yang lembab sangat nak loading. Selalu aku bukak ok ja blog aku. Bila aku bukak certain blog dia jadi makngot. FB pun sama jugak. Kadang kadang nak tunggu dia load gambar tu sempat jugak aku ulang alik ke rumah sebelah kidnap keropok ikan. Kalau bukak FB aku ok ja jugak. Kalau bukak Fb orang lain, bukunota ni cam bengong. Mungkinkah ia macam isyarat supaya aku tak payah dok buang masa bukak baca blog orang dan jugak tengok gambar orang dalam FB lama lama. Ataukah tuan punya gambar upload pic size besor sangat supaya kawan kawan cepat rasa bosan dan dengan segera macam nak tekan butang pangkah kat atas sebelah kanan itu. Cek tatau. Yang cek tau, kalau tengok video dalam Youtube ok ja. Takda la pulak tersedak sedak dia nak loading. Smooth ja pun. Dah. Aku nak tengok movie dalam Youtube. Banyak yang classic ooo. Cerita cerita banyak yang dah lama zaman hingusan dan masa aku belum wujud lagi. Semua ado. Cerita baru? Nak download ah sendiri kat memana. Aku tak tau. Bye. Nak pi amik popcorn ngan ayaq kopi segelas. Selamat menonton untuk diri sendiri.

Cara merehatkan badan dan mengaktifkan mata

Been spending my time watching videos from youtube for some tips and tricks. Bukan nak buat magic la. Learning how to wear my hijab dengan elok dan tidak serabut serebeh. I love shawls. I have loads of shawls. But I'm having some troubles on how to style it. Aku bukan kreatif sangat pun. Finally, I found this video tutorial, I mean lots of video tutorial from amenakin. You can check her out at this link. Her style is so simple and easy breezy. Tapi ada jugaklah yang tak simple and pening aku tengok but you can always choose which style suits you best. And remember, pakai tudung is as easy as ABC but as a Muslim, make sure that you cover up what should be covered. Tata.

Saturday, June 4, 2011

If it's meant to be.....

Two miscarriages in a row. Yes. Again, i lost my baby. But please, don't be sorry for me. I don't need your sympathy. I'm doing just fine. Life must go on. I got three little sunshine plus one 'bapak' sunshine to take care of. There's no need for me to cry, to mourn or to be sad. If it's meant to be, then it's meant to be. For those who share the same story with me, I just want to say;

Leave it all to Allah
For He knows everything
He knows what's best for us
So you better stop crying
Don't be sad
Just live your life happily
Especially with your loved one
And never ever  forget
To be thankful to Allah
for everything He has given you and me.

Thursday, June 2, 2011

Grow up. Wake up.

First, I'd like to say that I DO NOT, i repeat I do not listen to sad, pathetic, lonely frustration and take me back song. Stupid! I can get an instant headache if I sat beside a person nyanyi nyanyi that kind of song. Yeww. What's the point of listening to that kind of song when you have lots of lots of of songs out there which the lyrics tell us to love each other, love Allah, love ourselves, respect one another and full of motivation words. Why chose to be sad? Why chose to be feeling soooo pathetic when you can be happy all the time? Whyyyyyyyyyyyyy???/?/?? Grow up. Wake up. Open your eyes widely so you can see the other side of life which is full of happiness and love.

Monday, May 30, 2011

Kau Fikir Sendiri

Dua hari lepas aku berpeluang ikut aktiviti rukun tetangga kat kawasan rumah aku ni. Ada macam macam aktiviti yang disediakan. Mewarnalah, sukanekalah, aktiviti jualan oleh komuniti RT dan lain lain lagi. Seronok jugak sekali sekala macam ni. Malangnya, ada jugak rasa sedih kat dalam diri aku bila tengok gelagat budak budak dan mak budak zaman sekarang. Adakah bila kita dah pakai tudung kita rasa kita dah menunaikan kewajipan kita kepada Allah. Apakah kewajipan kita sebagai seorang wanita beragama Islam? Salah satunya kita wajib menutup aurat kan. Macam aku selalu kata dekat adik adik aku. Nak pakai tudung memang senang sangat. Nah. Sepantas kilat dah pakai tudung. Tapi nak menutup aurat hmmmm, kenapa susah sangat? Kenapa boleh lalai dengan benda benda macam ni.

Berubah untuk  menjadi yang lebih baik memang penuh dengan cabaran. Percayalah. Aku pun pernah berada dalam situasi macam tu. Sekarang pun masih bergelut jugak. Biasalah manusia. Mesti ada ujian dan cabaran kalau kita nak berubah kepada yang lebih baik. Ada saja halangan.  Kadang kadang pakai tudung tapi pakai T-shirt berlengan pendek yang kadang kadang bila angkat tangan tinggi tinggi boleh nampak ketiak. Halamak. Malu tak? Sekali sekala pakai seluar jeans yang super ketat matching dengan baju labuh menutup punggung pun ado jugak. Sesuai tak? Buruk lah. Betul. Sangat buruk dan menjolok mata. Tak sesuai. Saya malu! Memanglah ada sesetengan suami tak bising, tapi adakah benda benda ni kena ada peringatan dari orang barulah kita sedar padahal kita semua tahu apa yang boleh dan tak boleh. Kadang kadang geli satu macam pun ada bila nampak makcik makcik senior buat mudah saja bab bab menutup aurat ni. Biasalah. Bila kita dah beranak sampai lima enam kali, dah tentulah banyak jugak part yang mengembang esp yang di bahagian belakang. Apa salahnya pakai baju yang molek molek sikit cover sikit mana yang patut supaya tak tertonjol keluar. Hudoh tahu tak. Tapi kalau sendiri rasa seksi dengan keadaan camtu aku tak tahulah nak kata apa lagi dah. Lagipun, takkanlah tak boleh guna akal. Tak logik betui orang cam ni. Kita yang memandang pun jadi segan sendiri. Yang suami dah pusing pandang tempat lain. Nak muntah kot. Tak tahulah nak kata apa lagi dah.

Lagi satu trend sekarang buat sanggul tinggi tinggi macam ada bonggol unta atas kepala. Ingat cantik ke. Penipu sangatlah kalau kata rambut kau panjang sangat sebab tu kena sanggul camtu. Apasal rambut aku yang panjang mengurai mencecah pinggang takda tebonjol macam tu pong. Tipula. Sekarang ni siap ada jual sanggul palsu pulak tu. Apahal. Kau nak tunjuk dan bagitau kat sapa yang rambut kau panjang sangat.? Tak payahlah. Bila kita perasan sangat yang rambut kita ni konon konon panjang sangatlah sampai nak buat sanggul tinggi tinggi, tidakkah wujud perasaan riak dalam diri kita. Eh. ni sanggul ori ni. Eh, ni rambut asli tau. Apahal kau bagi statement camtu. Apalagi kalau bukan untuk meriak riak dan menunjuk kan. Tak payah lah tunjuk bonggol sangat. Tak cantik pun. Setahu aku, dah banyak kali dah orang highlight pasal benda tapi masih ada yang tak faham faham jugak. Atau kau buat buat tak paham sebab rasa macam benda ni kecik saja? Allah kurniakan kita akal supaya kita dapat berfikir dan memilih diantara yang baik dan yang tidak baik. Berfikirlah. Tapi kalau kau tak dapat berfikir sendiri, maaflah. Masakan orang lain pulak kena berfikir bagi pihak kau. Ciao...Tata.

Sunday, May 29, 2011

Umpan Kinder Joy

Sedang aku seronok seronok beronline seorang diri kat depan mengadap dinding, semua satu isi rumah sudah lama ZZzzZZz. Apahal suka sangat ZzzzZZ awal semua orang ni. Apa barang ZZzzZZ awal awal.Tapi bagus jugaklah. Boleh aku melantak ice cream sorang sorang tanpa rasa bersalah yang amat. Ya lah. Anak anak aku semua tak boleh makan ice cream sangat. Bila makan eskrem, dapatlah tiga pakej yang sangat tidak diundang. Demam, batuk dan jugak selesema. Lepas tu akan terpaksalah aku ngan CP ulang alik ke Medical Centre bagi talian nebs kat setiap seorang. Huuuu. Aku tak mau. Aku tak mau. Nehi kabhi nehi. Penat woooo.

Stress dah kurang sikit. Lepas kena sesi rotibasi motivasi ngan CP, aku dah semakin boleh control emosi aku. Besyukur dengan apa yang ada. Mungkin rezeki untuk itu bukan sampai waktu lagi. Takdalah aku tamak sangat ndak anak ramai ramai sampai boleh buat team bolasepak. Aku suka keluarga yang besar. Aku suka ramai budak kecik, padahal aku garang macam apa ntah. Tapi anak anak aku selalu kata ,saaayang mummy. Hehehe. Kalau tak sayang mummy, takda Kinder Joy. HahahahahKakakakakakaka. Oklah. Aku dah merepek sangat dah ni. Baik aku pong join ZZzzZZ. Good Night. Selamat Malam. Tata. ZZZZzzzZZZZzzZZZzzZZZzZZZZZZZZZZZzzzzZZZZZZzz

Wednesday, May 25, 2011

Please give me a sign

I-hate-waiting-as-much-as-I-hate-semut. I wish that this week is next week. I wish to hear only good things, good news. But hey, this is life. There is good news and bad news. Some are bitter and some are sweet. Hang in there sunshine. Ya Allah, please give me a sign.

Tuesday, May 24, 2011

Samba aku tak reti.

Minggu lepas dan minggu ini aku jadi agak sibuk. Bukan meyibuk tapi tersibuk. Tidak dapat berblogwalking seperti biasa. Tengah struggling satu keadaan yang macam sedang menaiki roller coaster. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Berperang dengan emosi sendiri dan jugak dengan sifat semulajadi tiga kanak kanak comel riang ria yang memang tak boleh duduk diam walau sesaat kecuali waktu ZZzzzZZzz. Takpa. Mummy tetap sayang kamoo. Ei. Benci aku ayat 'kamoo' tu. Ok. Ulang balik. Mami sayang kamu, kamu dan kamu.

Dah. Aku kena sambung kerja balik. Kain baju dah empat hari bertambun tak berlipat. Semua kena siap sebelum CP balik. Kalau sempatla. Kalau tak sempat, b/fwd untuk esok dan esok dan esok dan esok. Hehehe. Aku dah start serabut tengok rumah ni. Nak buat ops besar besaran memang tak da daya.  Buatlah apa yang patut. Yang penting lantai bersih, dapur ada makanan dan bilik siap dikemas untuk tidur. Eh, aku nak masak apa hah malam ni? Gamak malas, aku buat muka sedih pergi rumah tok aku kat sebelah buat buat tanya tok masak apa hari ni padahal aku tau yang tok aku memang tak masak pong lepas tu tok aku yang kesian tengok cucu dia yang pemalas sangat ni hulurlah tiga empat jenis lauk yang bapak aku hantar tadi. Boleh? Nah. Amik penampau ni. Takda lah aku malas sangat tahap ekstrem sampai nak berlakon tahap tertinggi nak dapat lauk sebab aku malas masak. Hish. Lauk kat rumah aku pon berlambak. Sambal pun ok jugak. Bukan samba la ngok. Samba aku tak reti. Tata.

Friday, May 20, 2011

Samsung Galaxy Tab

Jatuh cinta. Jatuh hati. Juling bijik mata. Wow. Berdebar debar aku bila first time ternampak si dia. Rasa macam sekarang jugak aku nak larik kuat kuat pecut laju laju dalam speed lebih kurang 30 km sejam semata mata nak bertentang mata dengan si dia. Tidur aku malam ni confirm tak lena. Tapi bab makan selera macam biasa. Apa barang tak lalu makan. Kalau kurus tak da tenaga nak berkarate dengan anak anak. Ok. Nah. Aku kongsi pengharapan dan impian bersama sama.Birthday aku lambat lagi. Sempat la CP nak buat budget kan kan kan kan kan kan kan kan kan kan kan kan kan kan kan. Kahkakakakakaka.


Samsung Galaxy Tab
I lap U

Pic credit:celcom

Wednesday, May 18, 2011

Bila perempuan tak berkelakuan seperti yang sepatutnya...

Dah lama tak online sebab sibuk menjaga hal ehwal rumah tangga dan jugak keadaan kesihatan yang kurang memberangsangkan. Maleh aku nak online lelama. Buat sakit jiwa. Tiba tiba pagi ni teringat nak google pasal satu kumpulan ni. Sana sini depan belakang orang asyik dok kecoh pasal sensasi terbaru ni. Ah. Tak lah baru sangat pun. Kat Korea dah lama dah benda alah ni. Tak sangka aku orang Melayu beragama Islam pun teringin nak jadi macam WonderGirls kan. Aku tak minat sangat pung ngan lagu lagu Korea. Ada satu lagu ja aku suka dari kumpulan SNSD, Into the New World. Lagu ni rileks ja. Takdalah kena tergedik gedik. Terkinja kinja. Tersembul segala isi dunia.

Tapikan, gadis gadis Korea semua comel comel dan badan slim shady ja. Kalau pakai seksi pun takda lah nampak sampai nak pecah miniskirt ngan meletup habis baju sebab terlalu sendat macam kumpulan tempatan berperasan comel bak Korea ni.. Bak kata aku, orang Korea dah memang pun comel comel aja. Lagipun diorang tu bukan orang Islam cam kita. Sebagai Muslim kan dah kewajipan kita menutup aurat. Aku pun tak paham lah ngan depa yang suka tiru artis artis Kpop ni. Tak da identiti sendiri pong. Apsai nak tiru orang. Tak sesuai lah. Sama jugak macam kalau umur dah 40an bakal menjelang senja masih lagi nak berfesyen (kononlah) macam LadyGaga. Meluats. Malulah. Jaja sana sini. Lagutaksedappong. Hampes. Kpop menda ntah. :-P

Itu satu hal. Ni hal lain pulak. Pagi tadi aku sajalah merewang dalam yuotube. Tetiba aku jumpa satu group budak budak perempuan separa tua sekejap lima orang, sekejap enam orang menyanyi tergedik gedik macam apa ntah. Dengar dialek tu macam dari Kelantan. Tajuk lagu semua dikir saja. Taksedappong. Macam Har***. Harap jaja bergelek, golek bontot ngan golek dada kasi orang nak tengok. Aku bukak sekejap ja. Tak sampai lima minit aku dah tutup. Meluats. Buat malu kaum wanita  ja. Jadi objek apa ntah. Yang syoknya Rosalinda pun ado. Iyo. Rosalinda pun ado jugak nyanyi ngan diorang ni hah. Kau tak kenal Rosalinda? Nak tahu, kau gi google sendirik cari dalam internet especially dalam Youtube. Tak taulah dia ni bangsa apa. Aku musykil. Sekian. Tata.

Wednesday, May 11, 2011

Short trip to Thailand

Hi,




These are few pics from our very short trip to Thailand. We went to Krabi and Hattyai and visited 4 islands, thrilling sampan ride at Le Khaokob Cave, went to Krabi Coastal Fisheries Research and Development Centre, we walked along Tha Pom Khlong Som Nam Nature Trail which is famous for its 'almost' crystallized water, we stayed at Timber house Ao Nang at Krabi for two nights and at Lee Gardens Plaza Hotel for one night at Hattyai. A wonderful experience for me and CP.



 
You have been through a long productive day and the only thing that you can think of is your bouncy bed and your soft warm blanket that you can caress yourself to sleep.

Now kick off that blanket of yours because IKEA wants to know your bedroom habits! Whether they're quirky, cute or funny, do tell IKEA your bedroom habits from 5th May to 26th June and you could be the lucky ones to stroll away with a grand prize of RM1,500 and more!
 

Tuesday, May 10, 2011

Jalan Jalan

While Aiman was sleeping, I did this.........


Click the pic to see the effect. Mengong betoi aku.

Takda kerja betoi. Baik pi masak.



 
In conjunction with its 4th World Milk Day, Dutch Lady Milk Elections is developed to find the newest flavour for their UHT milk, to encourage Malaysians to drink more milk
 
P/s: I love Caramel Toffee! What's better than combining milk & corn together. It's a perfect match. Vote today! #DutchLadyWMD

Monday, May 9, 2011

Organic Gardening.

CP was so passionate with his small little garden. We have bendi aka okra (green and red), bayam aka spinach, tomato cikonet aka cherry tomato, several types of chilies, mulberry trees and roselle plants. Here are some pics of what we have in our small little garden around our small little house.

 Pinkish bendi dan bendi hijau. Cute and yummy.


 First batch cili panjang. Tak pedas langsung.


 Wani and Wina's fav.


 My roses.


 Sweet and sour mulberries.


 Ready to cook, ready to eat.


Little gardener smile happily.





Aiman berjogging

Old pics from Mr Camera. Found the long lost USB in my old handbag. Yippee.












Aiman dah penat. It's time to go back. Tata.

Saturday, May 7, 2011

Bila kita fikir positif, kita dapat bertenang.

Hari Sabtu. Bangun pagi pagi excited semacam. Habis kejutkan satu rumah awal awal padahal takda sapa pun nak bangun seawal aku. Tak palah. Hari ni dapat result. Dap dup dap dup. Gelabah pun ada, tapi sikit ja. Risau pun ada jugak tapi aku cuba fikir positive. Banyak sangat dah absorb benda yang negative dalam kepala ni. Kalau resultnya baik, Alhamdulillah. Kalau tak, aku redha.

Sampai klinik tepat pukul 9.30 pagi, aku kecewa. Doktor belum sampai. Terpaksa pergi breakfast dulu pulak. Haiii. Pulak dahh. Macam macam. Pukul 10 pagi aku datang balik ke klinik. Aku orang pertama. Yippee. Then doktor bawak keluar sekeping kertas yang dah sah sah lah result tu yang dia nak tunjuk kat aku. Your bla bla bla is consistent with bla bla bla bla. Alhamdulillah. Syukur sangat. Tapi tak mau lah aku terlompat terkinja kat situ. Buat malu ja. Aku memang rasa gembira sangat tapi dalam masa yang sama aku cuba tak terover excited. Biasalah. Kita hanya merancang. Allah yang menentukan. Yang penting, kena take it easy. Tak payah gopoh dan kalut malut. Itu saja. Tata.






P/s: Heard of Tupperware? Bet you never heard about winning Galaxy Tabs with by just being the 100th person to SMS. Click now.

Friday, May 6, 2011

Menangani asthma Che Wani

Che Wani was prescribed with Ventolin Evohaler dan Seretide Evohaler by her paeds recently. At 7, she's now capable of using the inhaler instead of taking the nebs everytime she had the attack. Tak payah dah ulang alik tiga empat kali. Nurse dengan doktor pun dah meluats tengok muka aku. Hahahaha. Aku bergurau saja. Mula mula Dr Chua yang comel tu suruh Wani guna kuasa sedutan. So, dia bagilah Seretide Accuhaler yang comel colour purple yang dah memang Wani punya favorite colour macam kat bawah ni. Cantik. Boleh simpan dalam purse. Hehehe.


Seretide Accuhaler ~  to prevent from getting asthma symptoms
Comel dan compact, tapi kena ada kuasa sedutan tinggi.

Unfortunately, kuasa sedutan Wani agak rendah. So, the second Doctor which is DrRazif then decided to give Che Wani guna Seretide Evohaler yang turn out to be sangat mudah dan senang.

Seretide Evohaler : to prevent from getting asthma symptoms
Dua puff, dua kali sehari macam kilat
Tak payah tunggu lama lama macam buat nebulizer

Wani pun boleh buat sendiri. Mula mula ok saja. Lepas tu aku perasan jugak ada asap keluar setiap kali dia guna inhaler ni. Tanya Dr then dia suruh combine ngan AeroChamber Plus with Flow Vu. Apa benda ni. Aku pun tak tau. Tapi bila Dr tunjuk contoh kat aku, aku pun ikut sajalah. Yang Wani punya colour kuning tu. Siap ada gambar katun lagi.
Pic Credit:


Asalkan Che Wani sihat dan aktif macam biasa balik, syukur Alhamdulillah. Nak join Pendidikan Jasmani sekarang pun tak leh berlebih lebih. Habih takkan anak aku nak tengok saja kawan kawan main tapi dia kena duduk dekat tepi padang. Mana aci. Main sikit sikti bolehlah. Jangan terlebih sudah. Untuk parents yang ada anak anak yang keadaan sama macam Wani, aku rasa baiklah pergi consult Dr dan tanya kelebihan dan keburukan antara inhaler vs buat nebulizer. Carilah yang paling effective. Yang penting, anak anak kita sihat dan boleh bermain macam orang lain jugak. Jangan tunggu lama lama.. Lagi satu yang paling penting ialah Ventolin Evohaler esp bila ada batuk dan kahak. Kena spare siap siap. Ventolin lebih kepada relieving the symptoms compare dengan Seretide yang diguna untuk preventing the symptoms.

Ventolin Evohaler ~ to relieve asthma symptoms

Benda ni semua tak boleh suka suka hati pergi beli. Kena prescribe by Dr. Satgi jadi benda lain pulak kalau memandai ja pergi beli suka suka hati kat luar. Jumpa Dr dulu dan discuss kalau anak kerap sangat buat neb dan keluar masuk wad. Semua tu memakan masa dan duit. Cukuplah.
Tak larat dah aku tengok Che Wani ponteng sekolah dan keluar masuk wad. Yang paling penting, dia boleh buat aktiviti macam orang lain. Itu yang penting. Sekarang ramai sangat budak yang dapat penat, lelah asthma atau apakebenda entah lagi nama dia. Siapa nak anak dia sakit? Tak da kan. So, selagi terdaya, kita kena berikhtiar dan sentiasa berdoa kepada Allah supaya anak anak yang tersayang sentiasa sihat dan cergas macam anak orang lain. InshaAllah.


Ini Penting, sila baca:
P/s: Entry ini adalah semata mata berdasarkan pandangan dan pengalaman si penulis, Mone. Sila rujuk pakar atau pihak yang berkenaan untuk maklumat lanjut tentang penggunaan ubat ubatan diatas. Si penulis, Mone tidak bertanggungjawab di atas kesilapan pembaca jika berlaku misinterpretation dan pandai memandai di pihak pembaca sendiri. Saya bukan doktor. Saya surirumah sepenuh masa.


 
Hey.......Don't you just love a sweet dessert on a hot hot day? #myhoneymoon is here to wipe your perspire away with their awesome shaved ice & more! Click for more details....